1.Dengan melihat tumbuhan 'lumut; yang selalunya akan tumbuh pokok atau batu yang tebal di bahagian dibahagian sebelah barat (arah barat matahari terbenam) pada sebelah belakang dan tumbuh nipis di .timur iaitu matahari terbit
NOTA:
Tidak semua jenis lumut akan menghindar sinaran matahari terbit bermakna ia tumbuh menghadap matahari terbit iaitu arah timur seperti di video yang dikongsikan dibawah. Ada juga yang tumbuh menghidar sinar matahari terbit atau terbenam. ini bermakna ia akan tumbuh arah utara dan selatan. cara mengatasinya ialah dengan merasa bahagian pohon atau batu yang sebelah mana lebih panas. dan lebih tepat jawapannya jika dilakukan sebelah senja atau waktu malam. Jika malam sebelah bahagian yang panas itulah arah barat. Ia juga boleh dipastikan dengan memeriksa lumut-lumut yang lain 8 hingga 10 contoh untuk dapat kepastian dengan tepat arah utara yang kita cari. lumut di bawah kanopi dan lumut yang terdedah kepada matahari mungkin menunjukan kesan yang berbeza. Mungkin lumut dikawasan yang kurang terima cahaya matahari akan tumbuh tebal kearah timur dan yang banyak terima cahaya matahari akan tumbuh tebal bahagian barat.
https://youtu.be/RweuN0CcjOc
2.Dengan melihat sarang labah-labah (spider). Dimana sarang akan selalunya dibina ke sebelah arah selatan pokok. Jadi tahulah arah utara.
a. Pegang jam tangan di dihadapan badan anda dan pastikan jarum pendek jam menghala ke arah matahari. Daripada angka pukul 12:00 ke jarum pendek, bahagi kepada dua bahagian (seperti garisan oren dalam rajah di atas).
b. Jikalau waktu itu sebelum jam 6 pagi atau selepas 6 petang, bayangkan satu garisan di jam anda contoh seperti garisan oren dalam gambar, itulah menunjuk ke arah utara. Waktu dalam gambar di atas ialah 1:25 petang, maka garisan oren menunjukkan arah selatan.
c. Jika anda memakai jam tangan digital, lukiskan jam dalam sekeping kertas, dan ikut cara yang ditunjukkan seperti rajah di atas.
4.Dengan memggunakan kayu lurus (stick), Pacakan kayu itu secara menegak,dan tandakan dimanakan hujung bayang itu berada, kemudian tunggu 10 hingga 15 minit, kemudian tanda pula pada hujung bayang yang terakhir itu. Buat satu garisan lurus antara dua tanda tersebut dan anda telah dapat arah timur dan barat. Untuk mencari utara letakan kaki kiri anda pada tanda petama yang anda buat (barat), dan kaki kanan anda pada tanda bayang terakhir yang ditanda (timur). Ok sekarang anda menghadap UTARA, lihat ganbar dibawah.
5.Dengan mencari bintang timur (north star-polaris), jika di hamisfera utara carilah bintang ini, Bintang ini dapat dikenali sebagai North star kerana ia yang paling terang bercahaya ' in handdle of little dipper'. jika lihat bintang ini,sekarang anda telah menghadap Utara. Lihat gambar dibawah.
7.Dengan melihat matahari terbit dari timur, dan 180 darjah (belakang anda) adalah arah barat,arah utara pula sebelah kiri anda.
8.Dengan melihat matahari terbenam ke barat, dan 180 darjah (belakang anda) adalah arah Timur,arah utara pula sebelah kanan anda.
9.Dengan melihat pergerakan awan,kebiasaannya ia akan bergerak dari barat ke timur (tidak berlaku disesetengah kawasan). Tambahan bergantung juga kepada bulan atau musim apa waktu itu.
10.Dengan melihat pergerakan haiwan atau memerhati sarang burung yang lebih cenderung ke arah barat (+/-)
11.Dengan melihat tumbuhan yang menumpang (melilit) perhatikan dipenghujungnya (pucuk) yang lazimnya ke arah Timur
12.Dengan guna kompas jer...cari utara senangkan
13.Dengan menggunakan sistem GPS dan jam digital...carilah utara14.Dengan mengetahui arah kiblat melalui bintang contoh gambar dibawah caranya carilah bintang rigel dan Bellatrix ia menunjukkan arah utara.
Teknik 15 (tambahan 24/09/2016)
>melihat bayang pada kayu, pacak kayu di tanah dikawasan lapang, jika pagi menuju tengahari , bayangan condong kearah barat, jika petang menuju malam, bayangan condong kearah timur. maka kita boleh cari arah utara.
Teknik 16
>Melihat Masjid atau kuburan islam, pasti arah barat (mihrab), jika di luar negara lihat gereja atau kuburannya pasti menghadap arah barat, jadi anda pasti tahu arah utara
Teknik 17
>Guna jarum caranya mudah, gosokan jarum kepada magnet atau barang yang kering seperti kain sutera, rambut,batu atau besi. Ia bertujuan agar jarum berubah menjadi bermagnet, kemudian letakan jarum diatas daun dan diletakan pula dipermukaan air, dan terapung (rujuk gambar). hujung jarum pasti menunjuk arah utara atau selatan.
Teknik 18>Jika dimalam hari, carilah pokok yang agak terdedah kepada cahaya matahari, rasalah bahagian mana yang lebih panas, maka itulah arah barat. Jika sudah tahu mana barat dan timur pasti anda tahu arah utara. Harus periksa lebih dari 3 pokok keatas untuk kesahihan
Teknik 19
>Carilah pokok pandan yang terdedah kepada cahaya matahari, kebiasaan arah dauhnya adalah kearah timur. Harus periksa lebih dari 3 pokok keatas untuk kesahihan
Teknik 20 (tambahan 18/11/2020)
>Melihat banir pokok, yang paling tinggi dan besar kebiasaan mengarah ke Timur.
Teknik 21>Melihat kepada garisan-garisan (kontor) pada pokok yang dipotong, yang paling rapat garisannya menuujukan arah timur
Teknik 22
>Melihat kepada dahan-dahan yang lebih menunjul dari dahan pokok yang lain. Itu menunjukan arah timur.
Teknik 23:
>Apabila melihat penghijrahan burung dari kawasan sejuk dari Hemisfera utara dan hamisfera selatan. negara china , jepun korea. Burung-burung ini akan terbang dari arah utara ke selatan, dan terbang semula dari Selatan ke Utara musim bunga/panas
NOTE: Untuk dapat arah utara bergantung kepada bulan-bulan tertentu burung ini akan berhijrah contoh bualan Oktober-November-Disember burung akan terbang dari utara ke selatan contoh kawasan Tanah Bencah Kuala Baram, Bulan Feb-Mac-April (kawasan Tanjung Tuan Negeri Sembilan), (Parit Jawa Johor) akan terbang semula dari selatan ke utara.
Teknik 24:
>Sungai, di Malaysia Kebanyakan sungai mengalir kearah selatan (utara malaysia adalah Thailand dataran tahah tinggi)
Teknik 25:
>Dengan guna kompas kiblat, dapat arah barat pasti dapat arah timur utara dan selatan
Teknik 26:
>Sekiranya berada dekat perairan dimana burung, ikan atau amfibia berkembang biak, kebiasaanya kehidupan ini sering lebih gemar kesebelah arah barat matahari terbenam.
Penghargaan kepada Tuan Edward Dio mantan jurulatih di PULADA atas perkongsian ilmu keatas penulisan ini
sekian terima kasih
Lusuh Adventure
220309 1241
http://lusuh.multiply.com
(update 22032018)
(update 18112020)
(update 07122020)
(update 16122020)
Sam Lusuh
www.lusuh.com.my
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Lusuh Adventure Online Camping Shop
https://www.lusuh.com.my/
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)
https://loras2u.blogspot.com/
#lusuhadventure
#lorasbushcraftsurvival
https://loras2u.blogspot.com/
www.lusuh.com.my
https://www.youtube.com/user/lusuhadventure
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN
lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my