Tuesday 7 January 2020

Kisah benar kanak-kanak sesat dan terselamat

Bergunanya ilmu Bushcraft Survival, Ibu & bapa harus sedar betapa pentingnya ilmu ini untuk diri anda dan anak-anak anda.


Kanak-Kanak 10 Tahun Ini Tersesat Di Hutan, Nasib Baik Ajaran Bapanya Jika Tersesat Dalam Hutan Telah Menyelamatkannya!

Kanak-kanak lelaki ini bernama Malachi Bradley. Dia bersama keluarganya sedang berkhemah berdekatan Tasik Paul, berhampiran hutan Utah. Ketika dia asyik memetik cendawan bersama bapanya, sehinggalah dia menyedari yang sebenarnya dia telah tersesat di dalam hutan tersebut. Dia pun menjerir dan mencuba memanggil bapanya tetapi panggilannya hanya sia-sia.

Ketika dia memanggil-manggil bapanya, dia telah melihat seekor ular dan kerana ketakutan Malachi pun berlari sekuat hati. Apabila kepenatan Malachi menyedari yang dia telah masuk jauh ke dalam hutan tersebut.
Malachi berusaha memanggil bapanya tetapi yang dia dengar hanyalah gema suaranya yang memantul ke seluruh hutan itu. Kerana ketakutan, dia menggigil dan terasa ingin menangis mengenangkan nasib dirinya. Ketika itulah dia teringat pesanan dari bapanya jika tersesat di dalam hutan.
Dengan perlahan-lahan dia mengikuti jalan yang dia boleh melaluinya, dia cuba untuk keluar dari hutan tersebut sebelum malam menjelma. Dia begitu terasa haus selepas penat berlari. Dalam keadaan yang tidak bermaya itu, nasibnya bertuah kerana dia melihat ada anak sungai di depannya. Hatinya begitu lega dan rasa paniknya hilang kerana dia dapat menghilangkan dahaganya.
Tetapi air sungai itu telah bercampur lumpur dan dia ingat tentang bagaimana bapanya mengajarnya bagaimana untuk mendapatkan air yang bersih dari sungai yang kekuningan dan bercampur lumpur. Dia menggunakan topi dan jaket yang dipakainya untuk menapis air.
Malachi mengambil keputusan untuk terus menunggu di tepi sungai tersebut kerana malam semakin menunjukkan gelapnya. Suhu udara uang mulai sejuk membuatkan Malachi menggigil kesejukan. Ketika itulah dia mengingati pesanan dari bapanya jika kesejukan.
Dia mencari batu besar dan duduk di antara batu tersebut sampil menutup tubuhnya dengan jaket. Kata bapanya, batu yang menyerap panas matahari pada waktu siang akan menghangatkan tubuhnya dan menjadi pelindung untuknya dari angin sejuk. Malachi terus berada di situ sehinggalah pagi.
Waktu pagi itu, Malachi terdengar gema suara helikopter berdegar-degar di udara. Malachi terus mencari tanah lapang dan berlari ke situ sambil melambaikan tangannya memanggil helikopter tersebut.
Dia bernasib baik apabila dilihat oleh pasukan penyelamat dan mereka terus menyelamatkannya. Dia di hantar ke h0spital untuk dilakukan pemeriksaan. Doktor yang merawatnya memuji semangat Malachi dan mengatakan yang Malachi berada dalam keadaan yang sihat.
Malachi ketika ditanyakan oleh wartawan adakah dia masih mahu pergi ke hutan setelah apa yang berlaku memberitahu, “walaupun saya melalui malam panjang yang menakutkan, tetapi saya akan tetap pergi berkhemah bersama keluarga. Saya akan terus mencari kulat dan cendawan. Tetapi saya akan berhati-hati. Saya akan terus bersama bapa tau orang lain supaya saya tidak tersesat lagi.”
“Saya masih ingat apa yang diajarkan bapa jika tersesat di dalam hutan, jika bapa tidak mengajarkan saya, mungkin saya sudah tiada di sini.” Kata Malachi kepada INSIDE.
(Copy dari group WhatsApp) Sumber: INSIDE

Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS

(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my