Thursday 25 June 2020

SOLAT DISAAT REKREASI @ SURVIVAL DAN CARA MELAKUKANNYA

solatlah walaupun dimana kamu berada
Solat itu wajib, tidak kira di mana dan apa juga keadaan, ia wajib dilakukan. Di sini lusuh akan fokuskan pada cara bersolat untuk meraka yang gemar 'outing' yang kadangkala mengembara beratus batu untuk mendaki gunung , pergi mandi-manda bersama rakan atau keluarga dan sebagainya. Di waktu itu kita dikenali sebagai musafir.

 Apabila anda telah menjadi musafir, anda boleh mengqasar (memendekan) solat dari empat rakaat kepada dua sahaja:
"Firman Allah (terjemahan): "Dan apabila kamu bersafar, mata tidak ada dosa atas kamu, mengqasarkan solat".(An-Nisa ayat 101).

Syarat dibolehkan qasar itu apabila:

1-Perjalan melebihi 2 marhala persamaan dengan 16 farsah atau 80  kilometer
(pendapat ulamak)

2-Jarak yang paling dekat ialah 3 batu atau farsah berdasar hadis berikut:
"diriwayatkan oleh Ahmad,Abu daud,Al-Baihaqy dari Yahya ibn Yazid, Ujarnya: "saya bertanya kepada Anas ibn Malik r.a. tentang qasar solat, maka anas menjawap:(terjemahan)
"Adalah Nabi SAW. apabila pergi 3 mil atau fasakh, niscaya beliau bersolat dua rakaat".(menqasar solat).

3.-Perjalanan bukan untuk bermaksiat

Apabila didalam program itu, kita kadangkala terikat dengan masa. Oleh itu islam memudahkan lagi umatnya dengan memboleh melakukan solat jamak (memgumpulkan dua waktu solat); yang dinamakan jamak takdim dan jamak Takhir.

Jamak takdim-contoh melakukan solat asar pada waktu zohor; bermakna lakukan solat zohor dua rakaat dan salam, kemudian melakukan pula solat asar dua rakaat dan salam.

Jamak Takhir-contoh melakukan solat zohor diwaktu solat asar;bermakna melakukan solat zohor dua rakaat dan salam dahulu diwaktu asar, kemudian melakukan pula solat asar dua rakaat dan salam.

Berapa lamakah solat jamak ini boleh dilakukan? itulah persoalan yang sering diterima. Ulamak bercanggah pendapat tentang ini. Ada yang mengatakan kurang dari 3@4 hari dan ada mengatakan selamanya selagi musafir. Penyelesaiyan kita ikut cara nabi dan sahabat lihat hadis dibawah:

Diterangkan oleh Al-Bukhari dari ibnu Abbas ujarnya:(terjemahan)
"Nabi SAW bermukim disebahagian safarnya sembilan belas hari, bersolat dua-dua rakaat; maka kami apabila bermukim sembilan belas hari, kami solat dua rakaat. Jika lebih dari itu, kami sempurnakan."

kata hafash ibnu Ubaidillah:"Anas ibn Malik tinggal di Syam dua tahun, memgerjakan solat safar."

Setelah dinyatakan secara terperinci tengtang solat qasar dan jamak; lihat pula bagaimana nak mempraktikan di dalam kegiatan rekreasi anda:


Bagaimana cara nak solat:

1. Jika sudah masuk waktu  solat , berehat dan berniatlah untuk qasar atau menjamakan solat.

2.Berwuduk samada dengan air atau bertayamun sahaja (jika tiada air atau air terhad)

3.Cari arah kiblat guna kompas atau apa saja

4.Pakailah pakaian "treking" yang anda pakai tu, tidak payah tukar selagi tidak nampak jelas najis atau bau najis pada pakaian anda.(jangan was-was pasal peluh, tanah ,lumpuh atau apa saja itu tidak najis). Bagi lelaki yang pakai seluar contoh 'tide', atau apa saja, asalkan lebih lutut dah boleh sembahyang.

5.Untuk wanita pula,pakailah pakaian "treking" yang anda pakai tu, tidak payah tukar selagi tidak nampak jelas najis atau bau najis pada pakayan anda.(jangan was-was pasal peluh, tanah ,lumpuh atau apa saja itu tidak najis).
pakailah tudung yang ada;Jika baju lengan pendek, tutuplah dengan telekung, jika tiada, gunakan sarung tangan panjang kemudian gunakan sarung tangan untuk tutup tangan jari-jemari (guna stokin pun boleh). Untuk kaki pula gunakan setokin kemudian solatlah.

6.Jika nak solat, ramai orang lalu lalang dihadapan anda, jadi letaklah 'sutrah', berupa beg anda, sepatu,kayu atau apa saja. Jika ada 'sutrah' dihadapan anda maka solatlah,jangan risau orang yang lalu lalang dihadapan anda.


   Contoh di gambar. Menggunakan kerusi sebagai 'sutrah'

nota:
-Jika anda tidak mempunyai baju yang bersih (bersih dari najis-berlaku didalam darurat sahaja), atau anda malas untuk tukar pakaian (sedangkan anda tahu ia ada najis), maka solat sahaja, ia sah. Walaupun syarat solat itu 'suci dari hadas besar dan kecil','suci badan,pakaian dan tempat untuk bersolat Ulamak bercangah pendapat mengenainya, ada yang mengatakan ia adalah wajib, dan ada mengatakan ia sunat. Pendapat yang benar ialah: membersihkan diri, tempat dan pakaian dari najis adalah"wajib", tetapi ia bukan syarat sahnya solat. Ini bermakna jika seseorang itu bersolat, dengan dirinya ada najis dan tidak membersihkan diri, maka bererti ia meninggalan suatu yang 'wajib,' tetapi solatnya tetap sah.(jika mahu maklumat lanjut, refer buku 'Pedoman Solat' keluaran Thinkers Library)

-jika pakaian anda kotor akibat darah kerana gigitan pacat atau luka, usah risau solat sahaja, kerana darah itu tidak najis melainkan darah haid dan nifas.

Mengenal Najis oleh Abu Ubaidah Al Atsari
Berikut ini, kami menerangkan beberapa item yang dipertimbangkan oleh beberapa kumpulanOrang Islam berada dalam kategori najis walaupun tidak.Darah selain darah haid. Sesiapa yang menyamakan hukum darah haid
dengan darah lain, seperti darah manusia atau darah haiwan, maka dia telah menjadi kesalahan yang boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh cadangan berikut:

a) Cadangan pertama:

Selagi semuanya suci, itu tidak boleh dipalingkan kecuali dengan dalil yang kuat. Walaupun tidak ada bukti yang menyatakan bahawa semua darah tidak bersih.

b) Cadangan kedua:

Kisah seorang sahabat Anshor yang ditembak oleh seorang musyrik dengan tiga anak panah ketika dia sedang solat, rakan itu meneruskan doanya walaupun darah mengalir dan membasahi tubuhnya. Peristiwa itu berlaku dalam perang Essence of Riqo '. 28
Zhohir hadis ini, bahawa Nabi mengetahui kejadian itu. Kerana, sangat banyak mustahil Nabi tidak mengetahui mengenai kejadian ini Sekiranya benar demikian, maka ini termasuk taqrir (persetujuan) Nabi. Sekiranya berlaku darah itu najis dan membatalkan solat, tentu Nabi tidak akan menangguhkan penjelasannya. Dan sekiranya memang Nabi tidak mengetahui kejadian itu, tetapi mungkinkah Tuhan tidak tahu?

c) Cadangan ketiga:

Dari Muhammad bin Sirin dari Yahya bin Al-Jazzar berkata, Ibn Mas'ud telah berdoa sementara di perutnya ada kotoran dan darah domba dia menyembelih, dan dia tidak melakukan wudhu 'lagi. 29

d) Cadangan keempat:

Hasan Basri berkata, "Umat Islam selalu berdoa dengan luka
mereka. "30

Sebagai kesimpulan, Imam Syaukani berkata, Sekiranya masalah ini jelas baginya anda, maka anda dapat mengetahui bahawa peraturan undang-undang asal darah itu suci. Kerana tidak ada hujah yang kuat untuk mencemarkannya. 31

28HR. Bukhari mu'allaq (1/375). Al-Ha_dz berkata, dan meriwayatkan

Ahmad, Abu Dawud, Daruqutni dan tidak menghormati Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Al-Hakim.

29 Abdur Rozaq meriwayatkan dalam Al-Mushannaf (1/125); Ibn Abi Syaibah
(1/392); Thabrani di Mu'jamul Kabir (9/284) dengan sanad yang saleh.

Lihat keturunan Ahadits Shahihah juz 1 perkara. 605-608 dan Tamamul Minnah hlm.

51-52 oleh Al-Albani.

30 Bukhari meriwayatkan dalam Sahih mu'allaqnya.

31Sailul Jarar (1/44)

sumber:

2.http: //cahayasunnah.wordpress.com


7.Anda boleh secara jemaah atau sendirian (terbaik adalah berjemaah). Boleh lakukan secara berdiri atau duduk.


Persoalan memgenai mengqadar solat dan solat menghormati waktu:


Sebelum lusuh teruskan penulisan, kita lihat dulu tentang bidaah untuk lebih memahami akan apa yang lusuh akan tulis nanti:
HUKUM BID’AH DALAM AD-DIEN (amalan beribadat kepada Allah)
Segala bentuk bid’ah dalam Ad-Dien hukumnya adalah haram dan sesat, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
 “Artinya : Janganlah kamu sekalian mengada-adakan urusan-urusan yang baru, karena sesungguhnya mengadakan hal yang baru adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat”. [Hadits Riwayat Abdu Daud, dan At-Tirmidzi ; hadits hasan shahih].


Dan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam

“Artinya : Barangsiapa mengadakan hal yang baru yang bukan dari kami maka perbuatannya tertolak”.


Dan dalam riwayat lain disebutkan :

“Artinya : Barangsiapa beramal suatu amalan yang tidak didasari oleh urusan kami maka amalannya tertolak”.


Maka hadits tersebut menunjukkan bahwa segala yang diada-adakan dalam Ad-Dien (Islam) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat dan tertolak.

Artinya bahwa bid’ah di dalam ibadah dan aqidah itu hukumnya haram.


Catatan :

Orang yang membagi bid’ah menjadi bid’ah hasanah (baik) dan bid’ah syayyiah (jelek) adalah salah dan menyelesihi sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Artinya : Sesungguhnya setiap bentuk bid’ah adalah sesat”.


Karena Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menghukumi semua bentuk bid’ah itu adalah sesat ; dan orang ini (yang membagi bid’ah) mengatakan tidak setiap bid’ah itu sesat, tapi ada bid’ah yang baik !



Al-Hafidz Ibnu Rajab mengatakan dalam kitabnya “Syarh Arba’in” mengenai sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Setiap bid’ah adalah sesat”, merupakan (perkataan yang mencakup keseluruhan) tidak ada sesuatupun yang keluar dari kalimat tersebut dan itu merupakan dasar dari dasar Ad-Dien, yang senada dengan sabdanya : “Artinya : Barangsiapa mengadakan hal baru yang bukan dari urusan kami, maka perbuatannya ditolak”. Jadi setiap orang yang mengada-ada sesuatu kemudian menisbahkannya kepada Ad-Dien, padahal tidak ada dasarnya dalam Ad-Dien sebagai rujukannya, maka orang itu sesat, dan Islam berlepas diri darinya ; baik pada masalah-masalah aqidah, perbuatan atau perkataan-perkataan, baik lahir maupunbatin.  


 sumber:http://cahayasunnah.wordpress.com


Ok...setelah anda membacanya, pasti terlintas difikiran kata-kata...'kau tak solat ke!!!, ahhh tak apa, nanti aku qadar jer....atau waktu solat dah tiba.....sibuk ni..tak apa kita solat menghormati waktu jer....tak apa....(paling kerap berlaku jika pergi berjalan-jalan, pergi "outing")
Untuk pengatahuan sebenarnya tiada dalam sunnah Nabi Muhammad SAW dan sunnah para sahabat dan tabiin dan tabiin-tabiin dan seterusnya tentang meng'qadak' solat dan solat menghormati waktu. Apa yang ada ialah jika tidak solat berdosa, dan bila masuk waktu sembahyang saja tidak kira bagaimana caranya.

Bersabda Rasulullah SAW:
"barangsiapa lupa akan sesuatu solat atau tidur daripadanya, maka kifarat ialah melaksanakan (solat yang tinggal itu) dikala dia ingat." (H.R. Al-Bukhari dan Muslim dari Anas; At-taisier 1:188)


Sadda Rsulullah SAW. ini menyatakan, bahawa orang yang sengaja meninggalkan solat, tidak ada qadak baginya untuk solat yang ditinggalkan.

Iman daud dan Ibnu Hazm serta sebahagian Asy Syfi-y berpendapat:

"Sesungguhnya tidak ada keterangan yang tegas yang menyatakan kewajipan mengqadakkan solat yang telah di tinggalan itu dengan sengaja dan menganggap terlepas dari dosa apabila telah mengqadakkannya". Maka barang siapa yang meninggalkan solat itu dengan sengaja maka berdosalah ia dan hanya bertaubat untuk menhapuskan dosa itu. Kesimpulannya tiada jika berpadukan pada sunnah nabi...tiada istilah qadak dalam solat dan solat menghormati waktu.

lusuh telah catitkan segalanya sebagai panduan kita semua, terserah kepada anda untuk menjadi baik atau sebaliknya, kini tiada sebab untuk tidak bersolat atas alasan kesuntukan masa,pakaian kotor atau terlalu penat atau nanti boleh qadak,apa saja alasan untuk tidak bersolat.


Sekian saja, yang dapat lusuh catatkan, yang baik dari Allah dan yang buruk datang dari kesilapan diri sendiri. Jika ada kesilapan didalam penulisan ini harap dimaafkan dan tegurlah demi kebaikan bersama.


sumber rujukan:

buku:
1.asas-asas fardu ain (ustaz sulaiman endut-pustaka haji andul majid)
2.pedoman solat (Prof. dr. TM Hasbi Ash Shiddieay-Thinkers Library)
3.fiqh Nabawi (Muhammad Thalib-Darul Nu'man)
sumber internet:
1.http://www.mail-archive.com/assunnah@yahoogroups.com
2.http://cahayasunnah.wordpress.com

terima kasih.
Lusuh Adventure
200709  0004
(update 25062020)
http://lusuh.multiply.com

Sekian....

Sam lusuh
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN




Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS

(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my


(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)





Saturday 20 June 2020

Doa dan amalan sebelum memasuki hutan


Hutan dan kehidupan didalamnya penuh misteri
Sebelum masuk kehutan untuk apa sahaja tujuan, sebaik-baiknya kita memohon dan berdoa perlindungan daripada Allah daripada sebarang kecederaan dan gangguan-gangguan daripada makluknya yang nampak atau tidak. Semoga apa jua aktiviti yang dilakukan selamat dari sebarang masalah.

HUTAN adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutama Jin Kafir & binatang buas.
Mahluk Ghaib dari bangsa Jin
Jangan sesekali lafazkan "Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau" & seumpamanya kerana hukumnya syirik


Doa ketika melangkah masuk ke hutan. Setiap langkah di baca doa "Salamun a'la sulaiman fil a'lamin" yang bermaksud " Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman". Setiap langkah dibaca 1x sehingga 7 langkah.

Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita.

Amalan doa sebelum masuk ke hutan

بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim

"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Barangsiapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

Doa untuk mengelakkan haiwan buas atau binatang berbisa

berbisa dan mematuk
membelit dan menelan
menyerang dan menerkam
memijak dan melempar
menyegat  bisa

"Salamun a'la nuhin fil a'lamin"
-Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh-

Kredit :
komando GGK paskal paskau VAT69


Sumber:
Gambar google search
informasi dari carian blog-blog blogspot dan dot. Com

Sekian....

Sam lusuh
(20062020)
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN




Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS

(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my


(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)