Sunday 6 December 2020

26 Teknik Mencari Arah Utara Dari Sumber Alam dan Peralatan Moden

             


Mungkin info yang diberi bercangah dengan pemahaman anda.Logik atau tidak apa yang dinyatakan? Tetapi sebagai sumber ilmu, Saya share dulu ilmu 25 teknik mencari arah utara dari sumber alam dan peralatan moden. Jika Nak mahir kenalah berguru, berkursus atau buat kajian mengenainya dilapangan.

Kali ini lusuh akan ceritakan pula teknik mencari arah Utara. Mencari arah utara ini penting dalam navigasi, terutama untuk peta. jadi harap kita semua dapat ilmu dari usaha ini ok dan bersama-sama mengamalkannya. 

1.Dengan melihat tumbuhan 'lumut; yang selalunya akan tumbuh  pokok atau batu yang tebal di bahagian dibahagian sebelah barat (arah barat matahari terbenam) pada sebelah belakang  dan tumbuh nipis di .timur iaitu matahari terbit

NOTA: 

Tidak semua jenis lumut akan menghindar sinaran matahari terbit bermakna ia tumbuh menghadap matahari terbit iaitu arah timur seperti di video yang dikongsikan dibawah. Ada juga yang tumbuh menghidar sinar matahari terbit atau terbenam. ini bermakna ia akan tumbuh arah utara dan selatan. cara mengatasinya ialah dengan merasa bahagian pohon atau batu yang sebelah mana lebih panas. dan lebih tepat jawapannya jika dilakukan sebelah senja atau waktu malam. Jika malam sebelah bahagian yang panas itulah arah barat. Ia juga boleh dipastikan dengan memeriksa lumut-lumut yang lain 8 hingga 10 contoh untuk dapat kepastian dengan tepat arah utara yang kita cari. lumut di bawah kanopi dan lumut yang terdedah kepada matahari mungkin menunjukan kesan yang berbeza. Mungkin lumut dikawasan yang kurang terima cahaya matahari akan tumbuh tebal kearah timur dan yang banyak terima cahaya matahari akan tumbuh tebal bahagian barat.

https://youtu.be/RweuN0CcjOc

video adalah satu contoh dimana lumut itu tebal di kawasan timur 

2.Dengan melihat sarang labah-labah (spider). Dimana sarang akan selalunya dibina ke sebelah arah selatan pokok. Jadi tahulah arah utara.


3.Dengan menggunakan jam tangan anda. Caranya seperti berikut:

 

a. Pegang jam tangan di dihadapan badan anda dan pastikan jarum pendek jam menghala ke arah matahari. Daripada angka pukul 12:00 ke jarum pendek, bahagi kepada dua bahagian (seperti garisan oren dalam rajah di atas).

b. Jikalau waktu  itu sebelum jam 6 pagi atau selepas 6 petang, bayangkan satu garisan  di jam anda contoh seperti garisan oren dalam gambar, itulah menunjuk ke arah utara. Waktu dalam gambar di atas ialah 1:25 petang, maka garisan oren menunjukkan arah selatan.

c. Jika anda memakai jam tangan digital, lukiskan jam dalam sekeping kertas, dan ikut cara yang ditunjukkan seperti rajah di atas.


Pehatian untuk semua, cara di atas ini hanya sesuai untuk kawasan hemisfera utara sahaja. Untuk hemisfera selatan, caranya ialah seperti dalam rajah dibawah.

                                 

4.Dengan memggunakan kayu lurus (stick), Pacakan kayu itu secara menegak,dan tandakan dimanakan hujung bayang itu berada, kemudian tunggu 10 hingga 15 minit, kemudian tanda pula pada hujung bayang yang terakhir itu. Buat satu garisan lurus antara dua tanda tersebut dan anda telah dapat arah timur dan barat. Untuk mencari utara letakan kaki kiri anda pada tanda petama yang anda buat (barat), dan kaki  kanan anda pada tanda bayang terakhir yang ditanda (timur). Ok sekarang anda menghadap UTARA, lihat ganbar dibawah.


5.Dengan mencari bintang timur (north star-polaris), jika di hamisfera utara carilah bintang ini, Bintang ini dapat dikenali sebagai North star kerana ia yang paling terang bercahaya ' in handdle of little dipper'. jika lihat bintang ini,sekarang anda telah menghadap Utara. Lihat gambar dibawah.


6.Jika di hamisfera selatan, carilah bintang 'southern cross'.Bintang ini terbentuk dengan lima bintang dan empat yang paling terang yang membentuk cross. Yang paling bawah dari empat bintang yang membentuk cross itu ialah arah selatan, dan pasti anda tahu dinama arah utara.

7.Dengan melihat matahari terbit dari timur, dan 180 darjah (belakang anda) adalah arah barat,arah utara pula sebelah kiri anda.

8.Dengan melihat matahari terbenam ke barat, dan 180 darjah (belakang anda) adalah arah Timur,arah utara pula sebelah kanan anda.

9.Dengan melihat pergerakan awan,kebiasaannya ia akan bergerak dari barat ke timur (tidak berlaku disesetengah kawasan). Tambahan bergantung juga kepada bulan atau musim apa waktu itu.

10.Dengan melihat pergerakan haiwan atau memerhati sarang burung yang lebih cenderung ke arah barat (+/-)

11.Dengan melihat tumbuhan yang menumpang (melilit) perhatikan dipenghujungnya (pucuk) yang lazimnya ke arah Timur

12.Dengan guna kompas jer...cari utara senangkan

13.Dengan menggunakan sistem GPS dan jam digital...carilah utara

14.Dengan mengetahui arah kiblat melalui bintang contoh gambar dibawah caranya carilah bintang rigel dan Bellatrix ia menunjukkan arah utara.

Teknik 15 (tambahan 24/09/2016)

>melihat bayang pada kayu, pacak kayu di tanah dikawasan lapang, jika pagi menuju tengahari , bayangan condong kearah barat, jika petang menuju malam, bayangan condong kearah timur. maka kita boleh cari arah utara.

Teknik 16 

>Melihat Masjid atau kuburan islam, pasti arah barat (mihrab), jika di luar negara lihat gereja atau kuburannya pasti menghadap arah barat, jadi anda pasti tahu arah utara

Teknik 17

>Guna jarum caranya mudah, gosokan jarum kepada magnet atau barang yang kering seperti kain sutera, rambut,batu atau besi. Ia bertujuan agar jarum berubah menjadi bermagnet, kemudian letakan jarum diatas daun dan diletakan pula dipermukaan air, dan terapung (rujuk gambar). hujung jarum pasti menunjuk arah utara atau selatan. 

 Teknik 18

>Jika dimalam hari, carilah pokok yang agak terdedah kepada cahaya matahari, rasalah bahagian mana yang lebih panas, maka itulah arah barat. Jika sudah tahu mana barat dan timur pasti anda tahu arah utara. Harus periksa lebih dari 3 pokok keatas untuk kesahihan

Teknik 19

>Carilah pokok pandan yang terdedah kepada cahaya matahari, kebiasaan arah dauhnya adalah kearah timur. Harus periksa lebih dari 3 pokok keatas untuk kesahihan

Teknik 20 (tambahan 18/11/2020)

>Melihat banir pokok, yang paling tinggi dan besar kebiasaan mengarah ke Timur.

Teknik 21

>Melihat kepada garisan-garisan (kontor) pada pokok yang dipotong, yang paling rapat garisannya menuujukan arah timur

Teknik 22

>Melihat kepada dahan-dahan yang lebih menunjul dari dahan pokok yang lain. Itu menunjukan arah timur.

Teknik 23:

>Apabila melihat penghijrahan burung dari kawasan sejuk dari Hemisfera utara dan hamisfera selatan. negara china , jepun korea. Burung-burung ini akan terbang dari arah utara ke selatan, dan terbang semula dari Selatan ke Utara musim bunga/panas

NOTE: Untuk dapat arah utara bergantung kepada bulan-bulan tertentu burung ini akan berhijrah contoh bualan Oktober-November-Disember burung akan terbang dari utara ke selatan contoh kawasan Tanah Bencah Kuala Baram, Bulan Feb-Mac-April (kawasan Tanjung Tuan Negeri Sembilan), (Parit Jawa Johor) akan terbang semula dari selatan ke utara.

Teknik 24:

>Sungai, di Malaysia Kebanyakan sungai mengalir kearah selatan (utara malaysia adalah Thailand dataran tahah tinggi)

Teknik 25:

>Dengan guna kompas kiblat, dapat arah barat pasti dapat  arah timur utara dan selatan


Teknik 26:

>Sekiranya berada dekat perairan dimana burung, ikan atau amfibia berkembang biak, kebiasaanya kehidupan ini sering lebih gemar kesebelah arah barat matahari terbenam.

Hanya 26 arah utara sila taip diruangan komen tu. Sekarang anda semua dah membaca dan faham.Harap dapat sebarkan ilmu ini kepada kawan-kawan dan keluarga. Ia mungkin amat berguna pada masa atau waktu yang kita atau rakan ditimpa musibah dihutan Yang benar dari Allah dan yang salah dari saya, maaf jika ada kesilapan dalam penulisan saya. selamat membaca.

Penghargaan kepada Tuan Edward Dio mantan jurulatih di PULADA atas perkongsian ilmu keatas penulisan ini

sekian terima kasih

Lusuh Adventure

220309 1241

http://lusuh.multiply.com

(update 22032018)

(update 18112020)

(update 07122020)

(update 16122020)

Sam Lusuh

www.lusuh.com.my

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

https://www.lusuh.com.my/

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

https://loras2u.blogspot.com/


Sam lusuh
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN



Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my


(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)