Thursday 17 June 2021

Peta & Kompas mana lebih penting dalam navigasi?


Perkara ini diperbincangkan bagi meraka yang berminat pada peta dan kompas, juga para jurulatih, pecinta rekreasi, bushcraft survival dan survialist..

Bagi saya kedua-duanya penting semasa navigasi kerana ia ibarat irama dan lagu, suami dan isteri , bulan dan mentari saling melengkapi. Persoalan penting kini andai kita diberi pilihan samada peta atau kompas untuk navigasi di hutan mana pilihan utama?


Andai pilih peta!

Pro:

1)dapat tahu bentuk muka bumi

2)dapat tahu dimana kawasan penduduk, ladang, kebun dan sebagainya

3)dapat merancang perjalanan dan menetapkan masa

4)dapat menganggar jarak sesuatu kawasan

5)dapat memberi kordinat (secara kasar) berdasar keadaan kawasan keliling atau bentuk muka bumi)


Kontra:

1)perlu mencari arah utara (cara semulajadi berdasar matahari, tumbuhan, sungai dan hanya yang pakar dan terlatih saja yang berjaya) bagi orang biasa/tiada latihan sukar untuk lakukan.

2)risiko tersasar dari arah utara amat tinggi jika tidak berhati-hati.

3)perlu satu panduan yang sentiasa konsistan.


Andai pilih kompas!

Pro:

1)Mudah untuk mencari arah utara

2)mudah menentukan arah dengan tepat dan tidak mudah tersasar.

3)Boleh patah balik dgn tepat jika tersilap laluan (back bering)

4)Jika di tempat yang lapang, berbukit yang telah diterokai atau di kawasan bandar kompas amat membantu.

Kontra:

1)kita tiada info yang lengkap kawasan yang akan kita lalui (sungai, gunung, lurah, paya dan sebagainya)

2)tak dapat menentukan masa dgn tepat jarak yang perlu dilalui

3)jika terpaksa, naik kepuncak yang yang tinggi untuk melihat muka bumi sekeliling atau ada kawasan penempatan yang boleh ditujui.

4)masa dan tenaga banyak terpaksa dilakukan.

Ok itulah dia pro & kontranya.. 

Untuk memilih salah satu darinya (peta atau kompas) dalam melakukan navigasi di hutan hanya yang pakar dan terlatih sahaja mampu melakukanya. meraka boleh melakukan dengan bantuan dan panduan dari alam seperti daun pokok, banir pokok dan sebagainya. Juga ada teknik-teknik tertentu sebagai panduan untuk mengelakan dari tersasar atau sesat. Bagi anda yang tak mahir atau acah acah pandai..lebih baik bawa peta dan kompas dan tak perlu bincang yang mana lebih peting  sattle problem.

Sementara itu pertingkatkan ilmu navigasi dan belajarlan ilmu bushcraft survival kedua duanya bagai irama dan lagu...


sekian terima kasih

Lusuh Adventure

18062021 1244

Sam Lusuh

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

https://www.lusuh.com.my/

https://shopee.com.my/lusuhadventure?v=d41&smtt=0.0.3

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

https://loras2u.blogspot.com/


Sam lusuh
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN



Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
5433A Jalan J9, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur Gombak Selangor.
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my
(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)