Wednesday 19 October 2022

Panduan Asas “Bug Out Bag Preppers”


“Bug Out Bag” adalah beg mudah alih atau beg galas yang ada barang-barang penting (“multitools”, makanan, air dan lain-lain) yang anda perlukan sekurang-kurangnya 72 jam dalam senario SHTF. BOB penting jika rumah anda tidak lagi dirasakan selamat diduduki akibat rusuhan atau ancaman nyawa dan anda mungkin perlu keluar atau berundur. Berlindung di pusat perlindungan kerajaan, pusat perlindungan yang kumpulan anda tubuhkan, saudara mara, rakan-rakan atau berlindung di hutan. Tidak kira ke mana anda pergi, anda akan memerlukan beberapa asas untuk membantu anda mengatasinya. BOB yang baik adalah ringan lengkap segala keperluan di dalamnya. BOB perlu dimiliki oleh setiap ahli keluarga. Berikut ada senarai yang BOB yang boleh dijadikan rujukan.
Contoh Keperluan Penting Di dalam “Bug Out Bag”
Untuk ikhtiar hidup:
1. Bekalan air untuk seorang bertahan untuk 24@72 jam.
2. Bekalan makanan bertahan untuk 24@72 jam.
3. Bekalan perubatan peribadi.
4. Kit pertologan cemas (first aid kit).
5. Pelitup muka contoh jenis N95 atau setara.
6. Khemah dan “ground sheet”.
7. “Tarp”/”flysheet”.
8. Beg tidur (sleeping bag).
9. Selimut kecemasan (emergency blanket).
10. Alat penapis air (water filter).
11. Botol air atau “blader” air, “Mess tin” atau set periuk untuk memasak (camping cooking set).
12. Tablet penulenan air (water purification tablets).
13. Kit ikhtiar hidup (survival kit).
14. Wang dan emas.
15. Dapur rekreasi dan bahan bakar.
16. Buku catatan dan pen.
Kebersihan dan keselesaan:
1. Seluar dan baju yang sesuai dan mudah kering.
2. Krim pelembab dan pelindung matahari.
3. Produk kebersihan peribadi (wanita, lelaki & kanak-kanak).
4. Tuala mudah kering microfiber.
5. Tisu tandas atau tisu basah.
6. Berus gigi, “floss” dan ubat gigi.
7. Tuala wanita dan kondom.
8. Sabun buku.
Kelengkapan keselamatan dan baik pulih:
1. Peralatan multifungsi (multitools), pisau atau parang.
2. Penyodok boleh lipat (folding shovel).
3. Senjata api (jika berlesen), lastik atau panah.
4. Mancis, pemetik api atau “magnesium fire starter”.
5. Lampu kepala dan “lantern”.
6. Pita pelekat (duct tape).
7. Tali paracord atau setara.
8. “Water Shut off key”.
9. Kit menjahit (sewing kit).
10. Bandana.
11. Bateri.
12. Powerbank “mAh” tinggi.
Komunikasi:
1. Radio “Hand Crank” atau yang setara.
2. Lampu picit.
3. Wisel.
4. Bateri tambahan.
5. Pengecas solar (solar charger).
6. Walkie talkie.
7. Alamat dan nombor telefon bimbit/rumah.
8. Cermin kecil.
Navigasi:
1. Kompas.
2. Peta topo dan peta jalan.
3. GPS (global positioning system).
4. Jam analog.
Rujukan buku:
Kepentingan Ilmu "Survival"
untuk membeli klik link di bawah:

Sekian....

Sam lusuh
19102022
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN



Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
5433A Jalan J9, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my


(bahan penulisan hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Sunday 2 October 2022

CARDIOPULMONARY RESUSCITATION-CPR (Asas Cara Melakukannya)

CARDIOPULMONARY RESUSCITATION-CPR

 

          Sewaktu melakukan aktiviti luar kemalangan boleh berlaku dan ianya diluar jangkaan.Persediaan perlu ada kepada meraka yang aktif di dalam aktiviti luar ini terutama ilmu “first aid” dan “basic life support”. Pengatahuan berkaitan ilmu ini pasti membantu menyelamatkan banyak nyawa .

Terdapat tiga cara untuk menyelamatkan mangsa:

1) EAR-Expired Air Resuscitation

Kaedah menyelamat dengan cara melakukan hembusan untuk memasukkan udara kedalam paru-paru mangsa dengan cara:

  1. Mulut ke mulut
  2. Mulut ke hidung
  3. Mulut, hidung dan mulut
  4. Mulut ke “mask”

2) ECC-External Cardiac Compression

Kaedah menyelamat dengan melakukan 100@120 perminit tekanan secara terus ke atas dada mangsa dengan menggunakan tangan.

3) CPR-Cardio Pulmonary Resuscitation

Kaedah menyelamat dengan melakukan 30:2 iaitu 30 tekanan dan 2 kali hembusan. Penyelamat melakukankan dua gerakan iaitu hembusan da tekanan jantung secara bergilir-gilir.

 Apakah CPR?

Maksud CPR ialah Cardio-Pulmonary Resuscitation yang merupakan kaedah pertolongan cemas berfungsi untuk:

·         Mengembalikan pengaliran darah dan kadar oksigen yang mengcukupi keparu-paru, otak dan organ penting yang lain.

·         Prosedur ini merangkumi tekanan dada dan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.

Bilakah CPR dilakukan:

Ianya dilakukan apabila semua komponen dan bahagian penting di dalam sistem pernafasan dan peredaran darah berhenti berfungsi.

Bagaimana CPR dilakukan:

Sewaktu kecemasan, seharusnya selalu bertenang untuk membantu mangsa dan ingat DRSABCD untuk menyelamatkan mangsa.


Teknik CPR Dewasa: (8 tahun ke atas)

1) 30 kali tekanan dan dua hembusan 2) Lima pusingan 3) Dua tangan bertindih 4) Tengah dada 5) ke dalaman 2 inci (50mm)  6) Mulut atau hidung 7) lakukan di tempat  yang rata dan stabil

Teknik CPR Kanak-kanak: (1 tahun ke 8 tahun)



1) 30 kali tekanan dan dua hembusan 2) Lima pusingan 3) Satu tangan 4) Tengah dada 5) ke dalaman 2 inci (50 mm)  6) Mulut atau hidung 7) lakukan ditempat  yang rata dan stabil

Teknik CPR Bayi: (1 tahun ke bawah)

 

1) 30 kali tekanan dan dua hembusan 2) Lima pusingan 3) Dua jari 4) Tengah dada 5) ke dalaman 1.5 inci (38 mm)  6) Mulut dan hidung 7) Lakukan di tempat  yang rata dan stabil


Nota:

1) Berhenti melakukan CPR apabila paramedik sampai dan mereka akan mengalas tugas seterusnya 

2) Mangsa telah sedar 

3) Jika terlalu penat untuk meneruskan 

4) Tempat kejadian menjadi tidak selamat 

5) Adanya alat AED dan bersedia untuk digunakan.

 2) Untuk DEFRIBILLATION tidak semua kawasan ada kemudahan AED. Jika di kawasan rekreasi hutan, tidak mungkin kemudahan ini tersedia.

          Seandainya mangsa tidak sedarkan diri tetapi telah bernafas dan tidak mempunyai keadaan lain yang mengancam nyawa, lakukan kedudukan pemulihan “recovery position” yang bertujuan memastikan jalan nafas atau saluran udara tetap terbuka dan juga memastikan bahawa sebarang muntah atau cecair tidak akan menyebabkan mangsa tercekik

 


Tanda-tanda kejayaan CPR:

1.Hilang warna biru atau pucat
2. Ada tindakbalas suara mengerang mangsa
3. Terdapat pergerakan di mata mangsa
4. Ada tindakbalas rasa sakit mangsa
5. Denyutan nadi semakin aktif

Chest Compression Device:
Ini adalah salah satu cara dalam melakukan CPR tetapi tekanan dilakukan oleh alat ini. Apakah alat ini?

"Chest compression is the act of applying pressure to someone's chest in order to help blood flow through the heart in an emergency situation. Give one breath of mouth-to-mouth resuscitation, followed by five chest compressions."



Automated External Defibrillator (AED)  

Apakah maksud AED?

An automated external defibrillator (AED) is a medical device designed to analyze the heart rhythm and deliver an electric shock to victims of ventricular fibrillation to restore the heart rhythm to normal.

Bagaimana ia berfungsi:

An AED is a type of computerized defibrillator that automatically analyzes the heart rhythm in people who are experiencing cardiac arrest. When appropriate, it delivers an electrical shock to the heart to restore its normal rhythm.

7 langkah untuk menggunakan AED:

The AED protocol has seven basic steps:

1.   Check unresponsiveness.

2.   Call 999 or the local emergency number (if applicable) and retrieve the AED.

3.   Open the airway and check for breathing. 

4.   Check for a pulse. 

5.   Attach the AED electrode pads.

6.   Analyze the heart rhythm.

7.   Press the "shock" button, if advised.



Secara asasnya alat AED akan memberikan arahan secara outomatik apabila kita menggukannya. Kita hanya perlu mendengar dengan dan faham arahan yang diberikan untuk menyelamatkan mangsa. Sebaiknya tahu secara asas menggunkan alat ini adalah langkah terbaik.


Sekian....

Sam lusuh
03102022
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN



Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
5433A Jalan J9, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my


(bahan penulisan hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)