CARDIOPULMONARY RESUSCITATION-CPR
Sewaktu melakukan aktiviti luar
kemalangan boleh berlaku dan ianya diluar jangkaan.Persediaan perlu ada kepada
meraka yang aktif di dalam aktiviti luar ini terutama ilmu “first aid” dan
“basic life support”. Pengatahuan berkaitan ilmu ini pasti membantu
menyelamatkan banyak nyawa .
Terdapat tiga cara untuk
menyelamatkan mangsa:
1) EAR-Expired Air Resuscitation
Kaedah menyelamat dengan cara
melakukan hembusan untuk memasukkan udara kedalam paru-paru mangsa dengan cara:
- Mulut ke mulut
- Mulut ke hidung
- Mulut, hidung dan mulut
- Mulut ke “mask”
2) ECC-External Cardiac Compression
Kaedah menyelamat dengan
melakukan 100@120 perminit tekanan secara terus ke atas dada mangsa dengan
menggunakan tangan.
3) CPR-Cardio Pulmonary Resuscitation
Kaedah menyelamat dengan
melakukan 30:2 iaitu 30 tekanan dan 2 kali hembusan. Penyelamat melakukankan
dua gerakan iaitu hembusan da tekanan jantung secara bergilir-gilir.
Apakah CPR?
Maksud CPR ialah
Cardio-Pulmonary Resuscitation yang merupakan kaedah pertolongan cemas
berfungsi untuk:
·
Mengembalikan
pengaliran darah dan kadar oksigen yang mengcukupi keparu-paru, otak dan organ
penting yang lain.
·
Prosedur ini
merangkumi tekanan dada dan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.
Bilakah CPR dilakukan:
Ianya dilakukan apabila semua
komponen dan bahagian penting di dalam sistem pernafasan dan peredaran darah
berhenti berfungsi.
Bagaimana CPR dilakukan:
Sewaktu kecemasan, seharusnya
selalu bertenang untuk membantu mangsa dan ingat DRSABCD untuk menyelamatkan mangsa.
Teknik CPR Dewasa: (8 tahun ke atas)
1) 30 kali tekanan dan dua
hembusan 2) Lima pusingan 3) Dua tangan bertindih 4) Tengah dada 5) ke dalaman
2 inci (50mm) 6) Mulut atau hidung 7)
lakukan di tempat yang rata dan stabil
Teknik CPR Kanak-kanak: (1 tahun ke 8 tahun)
1) 30 kali tekanan dan dua hembusan 2) Lima pusingan 3) Satu tangan 4) Tengah dada 5) ke dalaman 2 inci (50 mm) 6) Mulut atau hidung 7) lakukan ditempat yang rata dan stabil
Teknik CPR Bayi: (1 tahun ke bawah)
1) 30 kali tekanan dan dua
hembusan 2) Lima pusingan 3) Dua jari 4) Tengah dada 5) ke dalaman 1.5 inci (38
mm) 6) Mulut dan hidung 7) Lakukan di
tempat yang rata dan stabil
Nota:
1) Berhenti melakukan CPR apabila paramedik sampai dan mereka
akan mengalas tugas seterusnya
2) Mangsa
telah sedar
3) Jika terlalu penat
untuk meneruskan
4) Tempat kejadian
menjadi tidak selamat
5) Adanya alat
AED dan bersedia untuk digunakan.
2) Untuk DEFRIBILLATION tidak
semua kawasan ada kemudahan AED. Jika di kawasan rekreasi hutan, tidak mungkin
kemudahan ini tersedia.
Seandainya mangsa tidak sedarkan diri
tetapi telah bernafas dan tidak mempunyai keadaan lain yang mengancam nyawa,
lakukan kedudukan pemulihan “recovery position” yang bertujuan memastikan jalan
nafas atau saluran udara tetap terbuka dan juga memastikan bahawa sebarang
muntah atau cecair tidak akan menyebabkan mangsa tercekik
Tanda-tanda kejayaan CPR:
1.Hilang warna biru atau pucat
2. Ada tindakbalas suara mengerang mangsa
3. Terdapat pergerakan di mata mangsa
4. Ada tindakbalas rasa sakit mangsa
5. Denyutan nadi semakin aktif
Chest Compression Device:
Ini adalah salah satu cara dalam melakukan CPR tetapi tekanan dilakukan oleh alat ini. Apakah alat ini?
"Chest compression is the act of applying pressure to someone's chest in order to help blood flow through the heart in an emergency situation. Give one breath of mouth-to-mouth resuscitation, followed by five chest compressions."
.jpg)

Automated External Defibrillator
(AED)
Apakah maksud AED?
An automated external defibrillator (AED)
is a medical device designed to analyze the heart rhythm and deliver an
electric shock to victims of ventricular fibrillation to restore the heart
rhythm to normal.
Bagaimana ia berfungsi:
An AED is a type of computerized
defibrillator that automatically analyzes the heart rhythm in people who are
experiencing cardiac arrest. When appropriate, it delivers an
electrical shock to the heart to restore its normal rhythm.
7 langkah untuk menggunakan AED:
The AED protocol has seven basic steps:
1. Check unresponsiveness.
2. Call 999 or the local emergency number (if applicable)
and retrieve the AED.
3. Open the airway and check for breathing.
4. Check for a pulse.
5. Attach the AED electrode pads.
6. Analyze the heart rhythm.
7. Press the "shock" button, if advised.
Secara asasnya alat AED akan memberikan arahan secara
outomatik apabila kita menggukannya. Kita hanya perlu mendengar dengan dan faham
arahan yang diberikan untuk menyelamatkan mangsa. Sebaiknya tahu secara asas
menggunkan alat ini adalah langkah terbaik.
Sekian....
Sam lusuh
03102022
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN
Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami 011-1220 7394(sam)
lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
5433A Jalan J9, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my
(bahan penulisan hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)