Thursday 16 June 2022

BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) dan “PREPPERS"

 

          Frasa asal perkataan “Bushcraft” adalah dari Australia. Perkataan lain yang digunakan yang sama maksudnya adalah "wilderness skills ataupun “woodcraft”. Ilmu “bushcraft” telah diamalkan sekian lama sebelum wujud aliran moden yang lain.  Satu lagi ialah “backwoodsman” yang bermakna seorang yang biasa tinggal di kawasan hutan yang jauh dari tamadun atau kemudahan moden. Teras ilmu yang dipraktikkan ialah kemahiran api, makanan, tempat berlindung dan air. Berdasarkan pengatahuan itu, meraka berjaya hidup dengan cara sederhana. Dengan ilmu menghidupkan api, membina senjata, perangkap, tempat berlindung dan ditambah dengan ilmu mengenali bintang dan sebagainya, mempelajari dan mahir ilmu bushcraft (bushcraft survival) adalah satu kelebihan untuk kelangsungan hidup untuk pengikut “preppers, “survivalist”, pengiat dan peminat rekreasi di hutan atau di bandar.

(A) APA ITU “BUSHCRAFT”:

          “Bushcraft” bermakna memperkembangkan ilmu mengenai alam semulajadi dan mempunyai kemahiran untuk melakukannya. Ilmu “bushcraft” antaranya adalah:

  • Menghidupkan api (moden dan primitif)
  • Teknik mengesan
  • Memburu
  • Memancing
  • Membina tempat berlindung moden dan primitif
  • Navigasi secara berpandu alam semulajadi dan moden
  • Mencari sumber makanan dan air
  • Ia juga berkaitan dengan pengunaan alatan seperti pisau, parang dan kapak
  • Kemahiran kraf tangan membina peralatan dari sumber alam
  • kemahiran simpulan dan ikatan tali
  • “first aid.” (tambahan)
Tujuh peralatan asas di dalam bushcraft survival

          Selain daripada perkara-perkara yang dinyatakan, terdapat penambahan iaitu “Bushcraft First Aid” (wilderness first aid) dibukukan oleh Dave Canterbury. Di Hemisfera Selatan ilmu “bushcraft” dipopularkan oleh Les Hiddins (the Bush Tucker Man) dan di Hemisfera Utara oleh Mors Kochanski dikenali sebagai “Bapa Bushcraft”. Ia juga dikenali di United Kingdom dan Australia kerana dipopularkan Ray Mears seorang “bushcrafter”, pelakon dan penulis buku seperti bukunya “RAY MEARS bushcraft survival” (diterbitkan pada tahun 2005).

          Sementara itu "Bushcraft Survival" adalah mempelajari segala ilmu yang yang terdapat di dalam disiplin ilmu "bushcraft" dan dengan ilmu itu dapatlah dipraktikkan di saat “survival” (ikhtiar hidup) kerana harus dilakukan untuk meneruskan kehidupan. Manakala istilah "Bushcraft Survival" dipopularkan oleh Ray Mears seorang bushcrafter yang terkenal di Austrialia, Stave Martin dan beberapa pengamal “bushcraft survival” penulis-penulis buku yang lain.



(B) APA ITU “PREPPER”:

          Perkataan “prepper” bermula pada tahun 1920-an di United Kingdom di mana ia merujuk kepada seseorang yang menghadiri sekolah persediaan biasanya tempat pendidikan elit. Institusi ini kadangkala dipanggil “preppers”. “Prepper” juga merupakan istilah untuk “preppie” pada tahun 1962 merujuk kepada orang kaya yang mempunyai hobi yang mahal.

          “Prepper” bermaksud seseorang yang mempercayai bencana besar atau kecemasan mungkin akan berlaku di masa hadapan dan membuat persiapan untuk menghadapinya dengan melakukan persedian seperti menyimpan makanan, menyediakan senjata dan peralatan penting yang lain. “Prepper” juga dikaitkan dengan “survivalist”, yang bersedia untuk menghadapi pelbagai kejadian seperti bencana alam besar, rusuhan, peperangan, kejatuhan ekonomi dunia, serangan nuklear dan berbagai lagi. 

Bagaimana bermula prepping

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :

TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh
17 JUN 2022

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)



No comments:

Post a Comment