Monday, 13 June 2022

BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI

 


          Di Malaysia kejadian  terburuk tsunami yang melanda negara pada 26 Disember 2004 dikenali sebagai “Tsunami Lautan Hindi 2004” apabila gempa bumi berlaku di pantai barat laut Sumatera Indonesia dengan magnitud 9.1 skala Richter mengakibatkan tsunami melanda negara. Banyak kawasan yang terbabit, namun yang paling teruk terjejas adalah Kedah iaitu Pulau Langkawi dan Kota Kuala Muda serta Pulau Pinang yang meragut 68 nyawa dan  kerosakkan harta benda yang besar. Satu laporan atau kajian (2018) daripada Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapati daerah Tawau Sabah berpotensi dilanda tsunami. Ia mungkin berlaku kerana lokasinya berhampiran lingkaran pusat gempa bumi dan tsunami di negara Filipina dan Indonesia. Jika berlaku gempa bumi yang kuat terjadi, daerah Tawau mungkin menerima kesannya. Itu adalah kajian yang dijalankan, hakikatnya di mana-mana sahaja kawasan berpantai di Malaysia boleh berlaku tsunami tampa diduga. 

Tanda-Tanda  Berlaku Tsunami:

 1)Perilaku haiwan yang berubah

·         Daripada kejadian tsunami yang telah berlaku haiwan dapat memberi petunjuk tsunami akan terjadi. Haiwan ini akan menghindari pantai, burung akan berterbangan dan berbagai perkara pelik akan berlaku.

 2)Berlaku gegaran akibat akibat dari gempa bumi

·         Kita tidak mungkin akan rasa gegeran gempa bumi di tempat lain dan kita hanya menerima kesan tsunami sahaja. Oleh itu meraka yang tinggal berhampiran pantai, selalu peka terhadap amaran tsunami. Sebaliknya jika merasa gegaran gempa bumi, menilai keadaan kerana tidak semestinya akan berlaku tsunami cuma ikutilah laporan semasa dari pihak berkuasa dan bersedialah untuk keluar andai diarahkan.

Persediaan Menghadapi Tsunami:

          Persediaan menghadapi tsunami tidak sama seperti kita menghadapi banjir dan kemarau di mana “prepping” makanan itu penting disamping peralatan-peralatan lain untuk ikhtiar hidup. Kita pula ada pilihan menetap atau meninggalkan rumah. Bagi mereka yang menetap di persisiran pantai, jarak yang selamat dari tsunami sekitar 5 kilometer dari pantai (kawasasan yang telah berlaku atau diramal berlaku). 


bagaimana tsunami berlaku

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :

TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh
14 JUN 2022

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)



No comments:

Post a Comment