Di Malaysia terdapat kira-kira 190 spesis ular dan 21 jenis spesis ular laut yang dikenal pasti oleh penyelidik. Kesemua ular laut adalah berbisa. Terdapat kira-kira 30 spesis ular darat yang disahkan berbisa dan boleh membawa kecerderaan yang parah atau maut jika lambat dapat rawatan. Peminat rekreasi yang tiada ilmu berkaitan ular dan dipatuk, pasti akan merasa cemas, tetapi ingatlah andai kata dipatuk oleh ular yang berbisa sekalipun, tidak semestinya ia menyebabkan kematian kerana majoriti dari patukan ular adalah 'dry bites' patuk dan lari. Untuk memdapat jawapan, mari kita mengenali jenis-jenis ular, fizikal, sintom dan cara mengatasinya.
Untuk pengatahuan, kecedaraan akibat patukan ular terhadap manusia bergantung kepada jenis, saiz, jumlah racun, jumlah patukan serta saiz mangsa. Setiap orang mungkin berbeza kesannya. Umum bisa ular bertindak melalui 3 cara iaitu:
1) Toksin darah (Haemotoxins)
2) Toksin saraf (Neurotoxins)
3)Toksin jantung (Cardiotoxins)
Kesan bisa patukan ular berbeza mengikut jenis ular, ada yang cepat dan ada yang lambat.
JENIS-JENIS ULAR:
ovophis convictus tropidolaemus wagleri
1. Jenis Ular Kapak (keluarga Viperidae):
Terdapat berbagai jenis ular kapak dan berikut adalah yang diketahui umum.
• Ular Kapak Bakau “Mangrove Pit Viper” (Cryptelytrops purpureomaculatus).
• Ular Kapak Bodoh “Malayan Pit Viper” (Calloselasma rhodostoma).
• Ular Kapak Gunung “Mountain Pit Viper” (Ovophis convictus).
• Ular Kapak Borneo “Bornean Palm Pit-Viper” (Trimeresurus borneensis).
• Ular Kapak Cameron Highland “Cameron Highland Pit Viper” (Trimeresurus nebularis).
• Ular Kapak Sumatra “Sumatran Pit Viper” (Trimeresurus sumatranus).
• Ular Kapak Tokong “Wagler's Pit Viper” (Tropidolaemus wagleri) - berbisa tetapi tidak membawa kecederaan teruk atau kematian. Gambar menunjukkan jantan berwarna hijau dan betina berbelang.
Ciri-Ciri Ular Kapak:
• Kepala yang besar dan berbentuk seperti segi tiga.
• Berbisa dan membawa kepada kecederaan teruk atau kematian.
• Ada warna hijau, hitam, kuning dan berbelang-belang.
Sintom-simtom patukan ular ini:
• Sakit yang amat sangat pada tempat patukan (dalam waktu lima minit).
• Bekas patukan akan membengkak dan perubahan warna
Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :
No comments:
Post a Comment