Sunday, 5 June 2022

BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN

Kita sering beriadah dengan melakukan pendakian gunung dan penerokaan hutan hanya untuk menikmati keindahan alam ciptaaNya dan mencari ketenangan jiwa. Di dalam perjalanan itu, kita mungkin melalui pengalaman terlihat binatang liar atau melihat kesan-kesan yang ditinggalkan. Di saat itu ada dua perkara yang pasti terfikir, adakah dalam setuasi selamat atau tidak. 

          Di negara kita, kes-kes akibat serangan binatang buas terhadap manusia amatlah terpencil. Contoh jika harimau, ia disebabkan oleh harimau belang yang tercedera dan terpaksa mencari mangsa yang mudah untuk kelangsungan hidup atau harimau yang sudah tua. Memang ada kes-kes mengenai jenis haiwan lain menyerang manusia terutama membabitkan harimau mutahir ini, namun ia kejadian terpencil dan ditangani baik oleh pihak berkuasa.

HARIMAU BELANG:

          Harimau Belang (Panthera tigris) keseluruhannya ia mempunyai saiz yang besar 80-129 kg, berbadan berbelang boleh berlari sehingga 96km/j. Kebiasaanya ada tiga ciri utama tempat tinggal harimau ini iaitu, terdapat tempat perlindungan yang bagus, dekat dengan sumber air dan terdapat banyak sumber makanan. Selalunya ia bergerak secara bersendirian dan jika harimau betina ia akan memburu disebelah malam. Harimau belang ini, ada kawasan dan wilayah masing-masing ia ditandakan dengan air kencingnya. Lingkungan kawasan pemburuannya ialah sekitar 20 kilometer persegi, bagi harimau betina dan antara 60-100 km persegi bagi harimau jantan. harimau belang sangat pandai berenang. Di Malaysia harimau hanya terdapat di Semenanjung sahaja.

                Kebiasaannya harimau akan lari dari manusia apabila terhidu bau kita. Secara teknikalnya harimau belang ini tidaklah merbahaya kepada manusia kecuali kita ganggu habitatnya kerana penerokaan hutan secara haram, harimau tua, harimau yang mempunyai anak kecil dan yang tercedera atau sakit.

Mengenali kehadirannya:

1. Jika terlihat tapak kaki tetapi tiada berbau hamis, jangan risau kerana ia mungkin berada jauh dari kita.

2. Jika terjumpa tapak kakinya dan berbau hancing bercampur hamis, jangan risau anda telah melalui sempadan yang ditandanya.

3. Jika terjumpa tapak kaki atau tidak, tetapi bau hamis yang amat kuat jangan cemas kerana ia mungkin berada di sekitar tetapi kena berjaga-jaga.

4. Jika sedang anda berjalan tiba-tiba suasana hutan menjadi bising dari unggas atau monyet mungkin ia ada berdekatan. dan mengekori anda.

5. Harimau ini dapat juga dikesan berdasarkan cakaran yang di tinggalkan di pokok.

6. Melalui ngauman harimau, ia dapat didengar dalam jarak dua batu. Harus diingat bahawa harimau dapat bergerak dengan lincah dan tertib apabila mendekati mangsanya, bermakna ia ada berhampiran mangsa tampa disedari.

7. Jika terjumpa bangkai haiwan dan mempunyai kesan gigitan dan pendarahan di leher.


Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :

TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh
06 JUN 2022

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

No comments:

Post a Comment