Wednesday, 1 June 2022

BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF

          Peta dan kompas adalah pasangan yang penting (seperti irama dan lagu) sewaktu navigasi di hutan dan sangat membantu untuk mencari jalan keluar jika tersesat. Peta memudahkan perancangan pergerakkan kerana dapat membaca bentuk muka bumi untuk ke kawasan yang dikehendaki dan jarak perjalanan, manakala kompas dapat memberi sudut (bering) yang tepat dan jarak yang akan dilalui melalui skala yang diberikan serta di mana kita berada di atas peta dengan mengunakan kaedah “intersection”. Bagaimanakah pula jika di saat sesat, kita tiada kompas, ada kompas tetapi tiada peta atau ada peta tetapi kompas rosak. bagaimana untuk mencari arah utara dan arah-arah yang lain untuk memudah cari jalan keluar. Bagi meraka yang mahir, sumber alam dapat memberi petujuk untuk mencari arah utara dan lain-lainya dengan mudah.

           Mari kita mengkaji sedikit sejarah kompas, jenis-jenis kompas, anatomi kompas dan juga arah mata angin sebelum meneruskan perbincangan mengenai mencari arah utara secara moden dan primitif. Kita harus ingat perkara-perkara asas yang penting semasa menggunakan kompas terutama antomi kompas dan arah mata angin.

SEJARAH KOMPAS:

          Sejarah awal kompas, ia telah dicipta secara sainstifik di zaman Dinasti Song di negeri China pada abad ke sebelas. Namun begitu terdapat catatan sejarah ia telah dicipta lebih awal iaitu pada abad ke empat berdasarkan sastera kuno cina dalam buku 'Book of the Devil Valley Master'. 

JENIS-JENIS KOMPAS:

Replika bentuk kompas dinasti Han



Kompas Orienteering        

14 TEKNIK MENCARI ARAH UTARA:

 1. Menggunakan kompas

          Penggunaan kompas ini berbagai jenis iaitu kompas sebenar seperti kompas prismatik, kompas digital atau dari kompas telefon bimbit. Cara lain ialah membina kompas mengunakan daun, buluh yang dipotong atau bahan lain dan dibentuk agar dapat menakung air. Pelampung untuk diletakkan jarum di atasnya dipermukaan air. Jarum hendahlah digosok kepada magnet dan jika tiada magnet gunakan kain kapas anggaran 30 saat. Setelah itu letakkan jarum di atas pelampung. Arah utara ditujukkan oleh lubang jarum.

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :

TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh
02 JUN 2022

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

No comments:

Post a Comment