Mempelajari ikatan dan simpulan ikatan tali amat penting bagi pengemar rekreasi kerana sewaktu ikhtiar hidup, ilmu simpulan dan ikatan ini membantu untuk membina tempat berlindung, perangkap haiwan, mengikat senjata, menyelamat di saat kecemasan dan sebagainya. Terdapat berbagai jenis ikatan dan simpulan yang berguna dan setiap jenis ikatan dan simpulan ini ada fungsi dan kelebihan masing-masing. Ikatan-ikatan ini juga berguna semasa berkhemah, “bushcraft”, menyelamat dan lain-lain.
1. Ikatan Tindih Kasih
(Bowline)
Di dalam ikhtiar hidup ikatan ini berguna untuk menggantung kayu atau barang-barang. Kelebihan ikatan ini, tidak menjerut dan mudah untuk dibuka. Jika saat kecemasan ia boleh dijadikan tali pandu keselamatan semasa menaik dan menurunkan usungan, digunakan untuk menarik mangsa tercedera terutama yang pengsan, berguna juga sebagai tajul kepada rakit atau sampan dan boleh juga digunakan untuk menjerat binatang atau tambat binatang.
2. Simpul Manok (Clove
Hitch)
Sewaktu ikhtiar
hidup, ikatan ini digunakan untuk membuat pengusung (stretcher) untuk mengusung
mangsa yang tercedera juga mengikat mangsa agar tidak bergerak semasa diusung.
Ikatan ini digunakan dipermulaan atau pengakhiran untuk ikatan dan simpulan yang
lain. Ikatan boleh dilakukan samada di awal tali, ditengah-tengah untuk
menambat atau sebagai ikatan sauh. Ikatan ini mudah dibuka.
Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :
No comments:
Post a Comment