Monday, 23 May 2022

BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA



          Dalam ikhtiar hidup di hutan, api memainkan peranan penting kerana dapat menaikkan semagat untuk bertahan menghadapi musibah. Api berfungsi untuk, memanaskan badan jika sejuk, menghindar rasa takut, sebagai pelindung daripada gangguan binatang buas dan serangga, membina dan memberi isyarat keselamat S.O.S, membina peralatan dan memasak makanan. 

KEPENTINGAN API:

1)Sebagai pemanas badan

Sewaktu kesejukan api memainkan peranan penting untuk menghangatkan badan manusia, jika sesat di kawasan pergunungan di aras tinggi atau di hutan belantara yang besar. Di musim hujan, api sangat membantu untuk mengelakkan hipotermia dan mengeringkan pakaian yang basah.

2)Menghindar rasa takut

Perasaan takut bagi seorang manusia adalah perkara normal. Berbagai-bagai perkara difikirkan ketika berseorangan di dalam hutan sewaktu ikhtiar hidup. Dengan adanya api, perasaan takut sedikit terhindar dan semakin menaikkan semagat untuk terus bertahan.

3)Menghindar binatang buas dan serangga

Telah terbukti selama beribu tahun api telah digunakan sebagai senjata kepada manusia untuk menghindar dari gangguan dan serangan haiwan liar. Daripada kepanasan api dan asap yang terhasil haiwan dan serangga menghidar untuk menghampiri penempatan manusia sewaktu ikhtiar hidup dan “bushcraft”.

4)Membina dan memberi isyarat keselamat S.O.S

Salah satu teknik memberi isyarat keselamatan SOS adalah dengan membina unggun api. Isyarat asap dan api dengan teknik yang betul dapat memudahkan pencarian pasukan penyelamat.

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :

TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

No comments:

Post a Comment