Tuesday, 17 May 2022

BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA

         
          Malaysia adalah sebuah negara yang berada di garisan khatulistiwa di mana ciri cuacanya adalah panas dan lembab. Hutan kita masih lagi meliputi 50 peratus daripada keluasan negara. Negara kita kaya dengan flora dan fauna yang berbagai dan unik. Inilah yang menjadikan Malaysia terkenal di seluruh dunia. Keluasan kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia pada tahun 2020 merujuk kepada data jabatan perhutanan adalah 5.69 juta hektar dan hutan simpan kekal adalah 4.81 juta hektar. Keluasan kawasan berhutan di Serawak adalah 7.8 juta hektar, dan hutan simpan kekal 4.3 juta hektar (Serawakvoice.com-2019) manakala di Sabah hutan simpan kekal 3.9 juta hektar (utusanborneo-2018). Jika merujuk kepada data diberi, hutan di negara kita masih besar dan amat mencabar jika kita tersesat di dalamnya, begitu juga jika gerakkan menyelamat hendak dilakukan mencari orang hilang (sesat), begitu besar hutan yang hendak diterokai untuk mengesan kedudukannya. 

          Hutan pula terbahagi kepada empat kelas tertentu dan amat berbeza muka bumi serta flora dan fauna yang ada di dalamnya. Perbezaan berdasarkan beberapa faktor pembentukan seperti pengaruh iklim, tanah, dan biotik. Empat kelas hutan tersebut ialah, hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai dan hutan gunung. Begitu juga jika ikhtiar hidup di dalamnya, pasti berbeza juga caranya. Berikut adalah hutan-hutan yang terdapat di Malaysia mengikut kategori tertentu.

CIRI-CIRI HUTAN HUJAN TROPIKA: 
.
          Hutan Hujan Tropika adalah hutan yang paling luas di Malaysia. Terdapat di kawasan pedalaman dan kaki bukit kurang daripada 1200 meter. Hutan ini juga dibahagikan kepada dua kelas iaitu hutan campuran dan hutan dominan tunggal.

1) Padat dengan kepelbagaian biologi flora dan fauna.

2) Banyak spesies tumbuhan dan bukan berdirian tulen (menumpang).
3) Malar hijau iaitu tumbuhan yang sentiasa menghijau sepanjang tahun.

4) Terdapat empat lapisan hutan iaitu:

a) Lapisan renjong atau emergen
Pokok tumbuh lurus, tinggi dan berakar banir. Lapisan paling atas pokok diketinggian antara 40 - 50 meter. Antara pokok jenis ini ialah cengal, kapur, kempas, tualang dan meranti. Hidupan liar yang boleh ditemui jenis-jenis burung.

b) Lapisan kanopi (silara)
Pokok tumbuh rapat dan padat untuk membentuk kanopi yang tebal. Kanopi tebal ini yang menghalang cahaya matahari terus ke lantai hutan. Ketinggian pokok antara 20 - 40 meter. kedondong, kandis, penarahan dan kelat antara contoh pokok tersebut. Hidupan liar yang boleh ditemui, lotong tupai, burung dan kera.

c) Lapisan tengah 
Di lapisan tengah ini, berketinggian pokok di antara 10 – 20 meter dan sederhana padat. Terdapat dua tumbuhan utama yang menumpang pada pokok yang lain di sini iaitu Epifit, tumbuh-tumbuhan seperti paku langsuyar (bird’s-nest fern). Parasit seperti orkid dan sejenis tumbuhan yang memanjat seperti jenis pokok jenis liana dan rotan. Hidupan liar yang boleh ditemui orang utan, tupai, harimau bintang dan lotong.

d) Lantai hutan 
Lapisan bawah ini, kurang mendapat cahaya matahari. ketinggian pokok kurang daripada 10 meter. Contoh tumbuhan yang hidup seperti pokok renek, pokok herba dan semak samun. Tumbuhan Saprofit seperti kulat dan cendawan. Hidupan liar yang boleh ditemui seperti rusa, pelandok, tapir, landak, harimau, gajah dan lain-lain.

KEPELBAGAIAN HUTAN:

1. Hutan Paya Laut 
Hutan ini terdapat di antara kuala sungai dan tepi pantai yang berair masin, mengalami air pasang dan surut serta berselut. 
kebanyakannya terdapat di negeri Perak, Selangor, Johor, Serawak dan Sabah. 

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk 
"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :


TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh

Sumber Gambar : Jabatan Perhutanan Negeri Johor


(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

No comments:

Post a Comment