Di dalam
tubuh manusia, 60% adalah air dan ia adalah kedua terpenting selepas oksigen. Iklim
hutan kita yang panas dan lembab, mengakibatkan tubuh manusia banyak kehilangan
air kerana berpeluh sewaktu beriadah atau eksplorasi di hutan, terutama di
musim panas. Tubuh manusia memerlukan air sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan
kehilangan air yang banyak dalam tubuh mengakibatkan kepanasan atau kesejukan
melampau serta tekanan dan keletihan cepat terasa, elakkan dari berlaku sewaktu
rekreasi. Kemungkinan sewaktu eksplorasi di gunung, hutan, belukar atau pulau
anda tersesat dan terputus bekalan air minuman, oleh itu sesuatu perlu
dilakukan mencari bekalan air bersih agar terus dapat bergerak dan menuju ke destinasi
yang hendak ditujui. Berikut adalah 17 teknik untuk mendapatkan bekalan air
segera yang boleh dipraktikkan.
17 TEKNIK YANG BOLEH DILAKUKAN:
2. Pokok periuk kera, kebiasaan terdapat air di dalamnya. Jika menjumpainya pastikan air itu bersih untuk diminum. Sebaiknya tapis sebelum minum atau dimasak air tersebut.
3. Rekahan-rekahan batu, lubang atau lekukan pokok, carilah kemungkinan ada air yang bertakung di dalamnya. Untuk mengetahui ada air atau tidak, lihat semut dan seranga di sekitar lubang/lekukan pokok atau kelihatan najis burung di sekitar tempat rekahan/lubang tersebut di dalamnya pasti ada air.
4. Embun pagi caranya gunakan baju, ikat pada kayu dan lebarkan baju kemudian sapukan pada daun di waktu pagi untuk perangkap embun. Ataupun gunakan baju, ikat baju anda dipeha dan lalu di kawasan berumput/tumbuhan renik yang tingginya melebihi paras lutut untuk memerangkap air embun dari rumput dan daun.
5. Air bawah tanah, biasanya ditemui di laluan sungai yang telah kering. seseorang itu perlu ada kemahiran mencari jika guna teknik ini. Antaranya dengan melihat rumput yang menghijau di sisir sungai yang kering, melihat tanah atau pasir yang lembab, itu tanda ada air di dasarnya. Perlu digali untuk mendapatkan air dan guna penyedut atau kain untuk mengambil air.
Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :
No comments:
Post a Comment