Saturday, 28 May 2022

BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN


          Hutan negara ini, terdapat berbagai-bagai jenis tubuh-tubuhan dan buah-buahan hutan yang selamat dimakan dan mempunyai nilai komersial. Dalam konteks ikhtiar hidup dan “bushcraft survival”, mempunyai ilmu mengenainya amat membantu untuk meneruskan kelangsungan hidup di hutan di waktu sukar tersebut. Bagi pengamal “preppers” dan “survivalist”, jika B.O.L (bug our location) anda di hutan amat penting tahu ilmu ini seandai bekalan makanan telah terputus atau berkurangan dan tahu pilihan lain mencari makanan yang selamat.

                      (1)Buah Kabung                                  

(2)Buah Kasai

1. Pokok Enau/kabung (Arenga pinnata)

          Sumber makanan adalah umbut dan buah. Buahnya boleh dimakan tetapi perlu direbus satu hingga dua jam untuk buang bahan kimia gatal yang ada pada buahnya. Isinya  kenyal dan putih jernih. Pokok ini boleh ditemui di lereng bukit yang berhampiran sungai, lembah serta di tanah pamah. Daunnya boleh dibuat atap. Ia sejenis pokok palma, Pokok kabung juga menghasilkan nira kabung yang boleh diminum, dibuat gula dan cuka. 

2. Buah Kasai/Matoa (Pometia pinnata) 

          Tumbuh liar di kawasan yang berhampiran sungai. Boleh dimakan di mana isinya jernih, nipis, manis dan berbiji. Berwarna hujau muda jika belum matang dan merah kehitaman jika matang. Buahnya bergugus seperti buah longan. Sewaktu ikhtiar hidup ia sebagai pembekal tenaga segera untuk terus hidup. Daun muda pokok ini boleh juga dimakan jika terpaksa.

 
                             (3)Buah Bertam                           

        (4)Buah Salak Hutan

3. Pokok Bertam/Muyu (Eugeissona tristis Griff)

          Sumber makanan adalah umbut dan buahnya yang masih muda (putik). Buah akan bertukar keras apabila matang walaupun kelihatan seperti buah muda. Isinya berwarna putih jernih dan kenyal. Sifat pokok tumbuh berumpun dan berduri. Pokok ini boleh ditemui di hutan dara. Daunnya boleh dibuat atap. Ia sejenis pokok palma.

4. Pokok Salak Hutan (Salacca wallichiana)

          Sumber makanan adalah umbut dan buahnya yang sudah matang. Rasa buah masam manis kadangkala masam. Sifat pokok tumbuh berumpun dan berduri. Pokok ini boleh ditemui di hutan dara dan di kawasan tanah rendah. Daunnya boleh dibuat atap. Ia sejenis pokok palma.

5. Pokok Rotan Jenis Ruak Air, Cincin, Lalih, Semambu Dan Manau

          Sumber makanan adalah umbut dan buahnya. Sifat pokok tumbuh memanjat dan berduri. Pokok ini boleh ditemui di hutan dara, di kawasan tanah pamah dan lereng-lereng bukit. Batang pokok rotan boleh digunakan untuk binaan perabot, tali dan duri untuk mata......(bersambung)

Buah Hutan Yang Selamat Di Makan Sewaktu Ikhtiar Hidup

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :

TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh
29 May 2022

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

No comments:

Post a Comment