Tuesday, 17 May 2022

BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA

       


          Di dalam mencari erti yang tepat definisi “survival” terdapat berbagai versi yang diberikan dan jika diteliti keseluruhannya, ia membawa maksud yang sama iaitu untuk terus hidup. Di antara maksud yang diketahui umum apa itu  ikhtiar hidup “survival” adalah, “the will to live, to outlive, state of to continuing to live kehendak atau keupayaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

          Ikhtiar hidup “survival” pula berlaku apabila seorang terkeluar dari kumpulan disebabkan sesat di hutan, peperangan, bencana alam, darurat dan berbagai-bagai faktor lain yang di mana mereka terpaksa melakukan perkara perkara di luar grid keselesaan sebagai manusia bagi memastikan kehidupan dapat diteruskan atau terus wujud dalam apa jua keadaan dan masalah yang dialami di saat itu. Ikhtiar hidup boleh berlaku di mana-mana samada di hutan, hutan paya, padang pasir, kawasan bersalji mahupun di bandar.

          Kegiatan rekreasi lasak di Malaysia ini kebanyakannya dilakukan di kawasan hutan membabitkan aktiviti pendakian gunung dan bukit, beriadah (hiking) di kawasan air terjun dan sungai serta program-program ilmu hutan seperti “bushcraft survival” dan ikhtiar hidup. Sebagai peminat dunia rekreasi, terutama melibatkan aktiviti di dalam hutan, mempelajari ilmu asas ikhtiar hidup atau ilmu “bushcraft survival” adalah satu keperluan kerana memudahkan untuk kelangsungan hidup dalam keadaan paling minima bersumber dari peralatan yang dibawa bersama serta sumber dari alam jika berlaku sebarang masalah di hutan antaranya adalah jika tersesat. Anda tahu membina tempat berlindung secara primitif atau moden, menghidupkan api, mencari sumber makanan, mencari arah berpandu alam, memberi isyarat “SOS” dan berbagai lagi mencerahkan peluang untuk untuk bertahan untuk hidup dan ditemui pasukan penyelamat. Mempelajari ilmu ikhtiar hidup atau “bushcraft survival” sebenarnya terbuka untuk semua yang inginkan ilmu tidak kira apa fahaman anda. Jika kita lihat kepada aliran “preppers” dan “survivalist” telah dinyatakan dengan jelas antara ilmu penting adalah harus ada ialah mempelajari ilmu ikhtiar hidup.

 

“SURVIVAL” kerap diterjemahkan kepada :

·         S = Size up the situation (surroundings, physical condition, equipment)

·    U = Use all your sense, undue haste makes waste 

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :


TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh
17May2022

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

No comments:

Post a Comment