Wednesday, 25 May 2022

BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA

          

        Berbagai cara untuk membina atau mencari tempat perlindungan sementara sewaktu ikhtiar hidup berlaku. kita kena kreatif  berfikir untuk membina atau mencari tempat perlindungan ini, agar dapat bertahan selama yang mungkin. Dengan adanya tempat berlindung sementara ini, setidaknya meningkatkan semagat menempuh dugaan di waktu malam dan terjamin keselamatan dari ancaman binatang buas. Ia juga mengelak daripada hujan, kesejukan dan ketakutan.

        Elemen paling asas yang penting sebelum membina,  memasang khemah atau mencari tempat perlindungan selamat sewaktu ikhtiar hidup yang mesti dipraktikkan iaitu:

1. Pastikan kawasan selamat dari bahaya seperti tanda-tanda kehadiran binatang buas, pokok mati, dahan mati, kawasan tanah runtuh dan laluan air. Amalkan 3P iaitu, pandang atas, pandang bawah dan pandang keliling.

  • Pandang atas anggaran 45 darjah dan pusingkan badan 360 darjah untuk mengenal pasti tanda bahaya seperti dahan mati, pokok mati dan sebarang petunjuk bahaya yang lain.
  • Pandang bawah ke lantai hutan dan pusingkan badan 360 darjah untuk mencari sebarang bahaya seperti sarang semut, tunggul tajam dan sebagainya.
  • Pandang sekeling lurus 90 darjah dan pusingkan badan 360 darjah untuk mencari sebarang bahaya seperti laluan binatang, sarang serangga berbisa, laluan untuk berlari di saat kecemasan dan sebagainya.

2. Berdekatan sumber air dan sumber makanan.

  • Adalah satu kelebihan jika khemah sementara sewaktu ikhtiar hidup berhampiran sumber air seperti sungai kerana menjadi sumber bekalan air dan makanan. Sebelum itu, pemeriksaan harus dilakukan untuk melihat sebarang tanda ada kenaikan paras air sebelumnya akibat banjir atau ibu air agar kita membina khemah sementara di tempat yang selamat. 100 kaki dari sungai adalah jarak yang selamat.

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :

TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh
26 May 2022

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

No comments:

Post a Comment