Tuesday, 21 April 2026

MAKNA IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA

 

          Definisi “survival” terdapat berbagai versi yang diberikan dan jika diteliti keseluruhannya, ia membawa maksud yang sama iaitu untuk terus hidup. Di antara maksud yang diketahui umum apa itu  ikhtiar hidup “survival” adalah, “the will to live, to outlive, state of to continuing to live kehendak atau keupayaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

          Ikhtiar hidup “survival” pula berlaku apabila seorang terkeluar dari kumpulan disebabkan sesat di hutan, peperangan, bencana alam, darurat dan berbagai-bagai faktor lain yang di mana mereka terpaksa melakukan perkara-perkara di luar grid keselesaan sebagai manusia bagi memastikan kehidupan dapat diteruskan atau terus wujud dalam apa jua keadaan dan masalah yang dialami di saat itu. Ikhtiar hidup boleh berlaku di mana-mana samada di hutan, hutan paya, padang pasir, kawasan bersalji mahupun di bandar.

          Mempelajari ilmu ikhtiar hidup atau “bushcraft survival” sebenarnya terbuka untuk semua yang inginkan ilmu tidak kira apa fahaman anda. Jika kita lihat kepada aliran “preppers” dan “survivalist” telah dinyatakan dengan jelas antara ilmu penting adalah harus ada ialah mempelajari ilmu ikhtiar hidup.

 

“SURVIVAL” kerap diterjemahkan kepada :

·         S = Size up the situation (surroundings, physical condition, equipment)

·         U = Use all your sense, undue haste makes waste

·         R = Remember where you are

·         V = Vanquish fear and panic

·         I = Improve

·         V = Value living

·         A = Act like the native

·         L = Live by your wits, but for now, learn basic skill

 

Maksud ikhtiar hidup jika diperincikan satu persatu ialah:

 

 “IKHTIAR HIDUP”

·         I = Ingat dan bersedia                         

·         K = Kurangkan rasa takut

·         H = Harus menilai keadaan

·         T = Teliti segala perancangan

·         I = Improvisasi

·         A = Apakah menjadi keutamaan

·         R = Rancang dan susun gerakan

 

·         H = Halangan pasti ada   

·         I = Ilmu pasti akan membantu

·         D = Dapatkan pertolongan

·         U = Untuk hidup dan keluar

·         P = Pulang dengan selamat

 

IKHTIAR:

I = Ingat dan bersedia                         

Jika yakin telah sesat, perkara pertama dilakukan ialah duduk berehat sementara, selepas itu ingat kembali laluan yang dilalui sebelumnya dan buat keputusan wajar samada ingin berpatah balik atau tunggu sahaja bantuan. Apa jua keputusan anda, haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharunginya.

 

K = Kurangkan rasa takut

Setiap manusia yang normal, pasti ada perasaan takut terutamanya jika berseorangan di hutan. Perasaan takut atau panik yang melampau akan menyebabkan anda lebih tertekan atau “stress” mengakibatkan tidak dapat buat keputusan yang baik untuk keselamatan diri.

 

H = Harus menilai keadaan

Apa jua keputusan yang anda telah fikirkan, haruslah menilai keadaan pada masa itu bertepatan atau sebaliknya, contoh adakah mempunyai masa yang cukup untuk berpatah balik, jangkamasa waktu siang, bekalan air dan sebagainya.

 

T = Teliti segala perancangan

Pastikan semua peralatan yang penting dalam keadaan baik dan berfungsi. Berjimat terhadap sumber makanan, jika ada yang dibawa. Jika ingin berkhemah/bermalam fikirkan perkara terbaik untuk keselamatan diri. Perancangan yang baik akan berakhir dengan kejayaan.

 

I = Improvisasi

Pandailah improvisasi sesuatu untuk memudahkan ikhtiar hidup.

 

A = Apakah menjadi keutamaan

Sewaktu berlaku ikhtiar hidup, sentiasa rasional dalam membuat apa juga keputusan dan tindakan. Pilih manakah yang menjadi keutamaan dan mana yang tidak.

 

R = Rancang dan susun gerakan

Apabila segala perancangan yang pasti dan jelas pro dan kontranya. Mulakan gerakan untuk melaksanakannya sewaktu ikhtiar hidup tesebut.

 

HIDUP:

H = Halangan pasti ada  

Risiko pasti ada dalam pergerakan untuk mencari jalan keluar sewaktu berjalan atau di kawasan penempatan tempat anda menunggu sehingga ditemui oleh pasukan penyelamat.

I = Ilmu pasti akan membantu

Jika mempunyai ilmu “bushcraft survival” atau Ikhtiar hidup walaupun secara asas, amat membantu di saat genting tersebut.

 

D = Dapatkan pertolongan

Berdasar ilmu “bushcraft survival” atau Ikhtiar hidup, memudahkan membina, menanda simbol-simbol tertentu sebagai tanda SOS (save our soul) untuk memudahkan lagi usaha untuk ditemui oleh pasukan penyelamat.

 

U = Untuk hidup dan keluar

Hanya satu matlamat iaitu untuk teruskan kelangsungan hidup dan mencari jalan keluar.

 

P = Pulang dengan selamat

Semoga dengan pergerakan atau tindakan penuh dengan kesempurnaan dapatlah pulang dan ditemui dengan selamat.

 

Bilakah Dipraktikkan Ikhtiar Hidup:

 

  1. Peperangan atau darurat.
  2. Sesat jika berekreasi.
  3. Bekalan makan yang berkurangan.

4.     Menjalani kehidupan natif.

5.     Bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tsunami

  1. Dan lain-lain.

          Jika berlaku atau terjadi dari salah satu perkara di atas, apakah yang perlu dilakukan untuk kelangsungan hidup.  Secara ringkas, anda sepatutnya tenang dan berfikir jalan penyelesaian di sinilah ilmu “bushcraft survival” dan  ikhtiar hidup amat perlu. Jika difokuskan kepada situasi  sesat sewaktu berekreasi” contohnya semasa explorasi hutan dan pendakian gunung dan bukit, perkara utama yang mesti dilakukan ialah  “BERHENTI” yang bermaksud:

 

“BERHENTI” 

·         B = Berhenti jalan

·         E = Eksplorasi

·         R = Rehat dan rawat

·         H = Hindarkan tekanan perasaan.

·         E = Elakkan bahaya

·         N = Nilai kedudukan diri

·         T = Terus atau tunggu

·         I  = Inspirasi dan imaginasi

 

BERHENTI:

B = Berhenti jalan

Apabila yakin diri telah tersesat atau tersasar dari laluan yang betul, sebaiknya berhenti berjalan, rehat dan tunggu di tempat tersebut.

E = Eksplorasi

Di dalam setuasi menunggu, lakukan sedikit tinjauan di sekeliling kawasan tersebut selamat dan terhindar dari bahaya.

R = Rehat dan rawat

Yakin semua terkawal, berehatlah sementara dan berfikir apakah tindakan yang selanjutnya.

H = Hindarkan tekanan perasaan.(agoraphobia)

Hindarkan rasa panik dan sentiasa positif akan selamat dan ditemui.

E = Elakkan bahaya

Sewaktu menunggu, keluarkan pisau atau parang sebagai persediaan mengelak bahaya kemungkinan gangguan atau serangan haiwan liar.

N = Nilai kedudukan diri

Setelah melakukan perkara-perkara yang sepatutnya sewaktu menunggu, bolehlah membuat keputusan yang terbaik.

T = Terus atau tunggu

Sama ada terus untuk berpatah balik atau menunggu pasukan penyelamat tiba dan bersedia untuk bermalam.

I  = Inspirasi dan imaginasi

Seterusnya setiasa berinspirasi dan imaginasi perkara yang berlaku akan berakhir dengan selamat.

 

          Setelah mendapat ilham atau tindakan yang perlukan dilakukan ia haruslah secara paling selamat dan teratur untuk mencapai matlamat, gunakan istilah “SELAMAT” yang bermaksud:

 

“SELAMAT”

·         S = Sentiasa positif

·         E = Elakkan kemalangan dan jimatkan tenaga

·         L = Lihat dan adaptasi keadaan

·         A = Ambil jalan selamat

·         M = Makan bila perlu

·         A = Atasi masalah secara rasional

·         T = Tabah hingga berjaya

 

SELAMAT:

S = Sentiasa positif

Sentiasa berfikiran positif di saat ikhtiar hidup. Mati itu pasti, tetapi mengalah bukan satu pilihan.

E = Elakkan kemalangan dan jimatkan tenaga

Sentiasa fokus kepada keselamatan dan jangan ambil jalan mudah. Sentiasa kekal cergas dan berehat secukupnya.

L = Lihat dan adaptasi keadaan

Peka kepada persekitaran dan adaptasi keadaan tersebut.

A = Ambil jalan selamat

Jika berjalan keluar gunakanlah laluan sedia ada elakkan merintis, dikhuatiri bertambah jauh tersasar dari laluan asal.

M = Makan bila perlu

Berjimat terhadap makanan yang dibawa. Jikalau terpaksa mencari makanan dari sumber hutan, pastikan ianya selamat untuk dimakan.

A = Atasi masalah secara rasional

Sewaktu melalui ikhtiar hidup, pasti pelbagai masalah timbul dan atasinya secara rasional.

T = Tabah hingga berjaya

Dengan memilik ilmu ikhtiar hidup dan semangat juang yang kuat, kita pasti berjaya.

 

 MEMAHAMI PRINSIP IKHTIAR HIDUP:

          Semoga anda memahami secara asas apa yang perlu jika menghadapi keadaan yang membawa kepada ikhtiar hidup. Untuk melengkapinya, tiga perkara utama mesti ada di saat kecemasan itu iaitu:

 

1.Utamakan Keselamatan

          keutamaan soal keselamatan nyawa. Jika melakukan sesuatu perkara, buatlah dengan berhati-hati, elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh merbahayakan diri sebagai contoh, hindarkan dari memakan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan tidak pasti selamat, hindarkan dari bertembung dengan binatang buas dan berhati-hati semasa menggunakan parang atau pisau, hindari kecederaan berpunca darinya.

 

2.Kawalan diri (emosi)

         kawal emosi diri agar keadaan tidak menjadi terlalu negatif. Sentiasalah berfikiran positif agar berasa tenang dengan apa yang anda lakukan. Jangan cemas dalam setiap keadaan kerana ia boleh memburukan lagi keadaan.

 

3.Usaha 

         Jangan putus asa jika berlaku kegagalan semasa ikhtiar hidup, contohnya menyalakan api, mencari makanan dan sebagainya. Alam memang dijadikan untuk menduga manusia yang suka cabaran, ia tidak kejam tetapi berusahalah untuk menjadi kawan, adaptasi dan mengatasi cabaran tersebut.

 

Apakah Kepentingan Mempelajari Ilmu ‘bushcraft survival” atau  ikhtiar hidup:

1)Menghindari diri dari sesat atau tersasar sewaktu berekreasi di hutan. 

2)Memahami selok belok hutan, memudahkan mencari jalan keluar jika sesat di hutan. 

3)Agar cepat mengadaptasi suasana hutan di saat ikhtiar hidup.

4)Supaya mengurangkan perasaan takut dan tekanan perasaan. 

5)Pengurusan masa serta tindakan kecemasan yang lebih tepat dan teratur. 

6)Agar memudahkan membina penempatan dan mencari makanan di saat kecemasan. Dengan ilmu ini, kita tahu tempat yang wajar untuk bermalam dan membina khemah sementara dan tahu membezakan sumber makanan yang selamat dimakan atau beracun. 

7)Agar dapat bertahan hidup lebih lama sebelum diselamatkan atau jumpa jalan keluar.  

8)Agar dapat membantu keluarga atau rakan di saat kecemasan di hutan atau urban. 

9)Mengurangkan risiko kecederaan atau menghindari risiko kematian. saat kecemasan seperti darurat, peperangan, terkandas kerana sesat, sakit dan terputus makanan ilmu ini amat membantu.


               Ilmu ikhtiar hidup dan “bushcraft survival” ini banyak nilai positif yang terdapat di dalamnya. Ia mengajar kita menjadi lebih waras dalam tindakan jika menghadapi sebarang masalah dan mencari jalan penyelesaian. Keberkesanan ilmu ini boleh dipraktikkan di mana-mana sahaja.

Rujukan : Buku "kepentingan Ilmu Survival" edisi 1

Semoga perkongsian ini bermanfaat

Sekian terima kasih Iklas dari
Sam Lusuh
Certified Instructor level 3 :KBSM
Certified Train The Trainer (TTT) Bushcraft & Survival :JPK
Certified Company :MaTEx&MPC
Bushcraft Survival, Recreation & Survival Instructor
T: 011-12207394
loras bushcraft survival (LORAS)