Wednesday, 29 April 2026

Prepping itu Sunnah berdasar dan Al Quran, Hadis dan Pendapat Ulamak

 


          Dalam islam, konsep menyimpan atau prepping bukanlah satu yang asing. Pengatahuan ini, telah dipraktikan oleh orang beriman@islam beribu tahun dahulu. Banyak dalil berkaitan perkara ini dinyatakan daripada sumber Al-quran dan Hadis yang menghubungkan mengenai amalan menyimpan makanan, dan menguruskannya sebagai persediaan.

Berikut adalah dalil dari ayat-ayat Al-quran:

1) Dari kisah Nabi Yusuf A.S. (Surah Yusuf juzuk 12 dari ayat 46 hingga 48):

“Yusuf, wahai oranag yang sangat dipercayai! Terangkan kepada kami (takwil mimpi) tentang tujuh ekor lembu betina yang gemuk yang dimakan oleh tujuh (ekor lembu betina) yang kurus tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan (tujuh tangkai) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang itu, agar mereka mengetahuinya.” (Surah Yusuf, 12:46:ms183) 

Dia (Yusuf) berkata, “Agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa; kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu membiarkan ditangkainya kecuali sedikit untuk kamu (Surah Yusuf, 12:47:ms183)

Kemudian setelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sukar), kecuali sedikit daripada apa (gandum) yang kamu simpan (Surah Yusuf 12:48:ms183)

          Ayat di atas menceritakan berkenaan Raja Mesir bermimpi berkenaan tujuh ekor lembu kurus memakan tujuh ekor lembu gemuk, dan Nabi Yusuf AS memberikan tafsiran yang mengandungi teknik penyimpanan bijirin (gandum) yang berkesan iaitu:

a) Selama tujuh tahun waktu subur, hendaklah menanam bijirin (gandum) seperti biasa dan simpan gandum berserta tangkainya. Simpanan bijirin hendahlah maksimum dan untuk dijadikan makanan adalah minimum.

b) Selama tujuh tahun waktu kemarau, diwaktu sulit inilah simpanan bijirin (gandum) digunakan secara minimum sebagai makanan.

          Begitulah secara terperinci Nabi Yusuf AS memberitahu cara prepping atau menyimpan yang terancang dan cara menguruskan bekalan makanan (bijirin) tersebut.

"Supaya apa yang kamu tuai itu hendaklah kamu biarkan pada tangkai-tangkainya;.. (Surah Yusuf, 12:47:ms183). 

          Ayat di atas memberitahu kaedah menyimpan bijirin lebih tahan lama (mungkin dijadikan anak benih setelah kemarau berakhir). Bijirin (gandum) yang dibiarkan pada tangkai diselaputi dengan kulitnya (sekam), menjadikan lebih tahan lama kerana terlindung daripada serangan serangga perosak, kulat dan kelembapan.

          Berdasar pengajaran di atas, menyimpan beras adalah cara prepping di Malaysia yang utama. Perubahan harus dilakukan, anda harus juga menyimpan benih padi samada padi bukit atau padi huma. Logiknya, jika anda kehabisan simpanan beras sewaktu darurat, apakah pilihan yang ada untuk menambah stok beras tersebut selain menanamnya. (kaedah ini sesuai bagi mereka yang mempunyai tanah dan bagi yang tiada, boleh tanam menggunakan pasu, tong air atau sebagainya) Sekoi juga satu bentuk makan yang harus dipertimbangkan sebagai simpanan makanan selain beras. Sekoi mudah ditanam walaupun ditanah kurang subur atau panas, jangka hayat simpan benih yang paling lama aiatu 2 hingga 5 tahun (pada suhu bilik)7 hingga 10 tahun (bekas kedap udara dan tempat sejuk).


2) “...dan berbekallah kamu, maka sesungguhnya sebaik-baik bekal itu adalah takwa...”
(Al-Baqarah 2:197:ms197): 

          Sebenarnya ayat Al-Quran ini adalah berkaitan haji dan takwa, Namun alim ulama yang lama atau baru mengaitkan prinsip "berbekal kamu" ini dalam urusan keduniaan, bahawa orang islam harus bijak merancang bekalan atau simpanan makanan atau sebagainya untuk menghadapi kecemasan masa hadapan demi kelangsungan hidup.

3) Dan persaipkanlah dengan segala memampuan untuk menghadapi meraka dengan kekuatan (apa saja) yang kamu miliki (sanggupi)….” (Al-Anfal 10:60:ms184): 


          Sebab turunnya ayat di atas merujuk kepada persiapan ketenteraan di medan perang, tetapi alim ulama kontemporari memperluaskan kefahaman kepada pemikiran yang lebih besar. “maastata’tum min quwwah” (apa saja kekuatan yang kamu sanggupi). Peluasan makna perkataan quwwah (kekuatan) dalam dunia moden bermakna:

Kekuatan Ekonomi: Mandiri dari segi kewangan dan makanan
Kekuatan Ilmu dan Teknolgi: Mandiri dalam ilmu sais, teknikal dan navigasi
kekuatan Fizikal dan Mental: Mandiri dalam kesihatan dan ikhtiar hidup

          Berikut adalah tokoh-tokoh ulamak, cendekiawan islam yang membincangkan (menulis buku/mentafsir) konsep I’dad (persediaan) yang merangkumi pelbagai aspek kekuatan yang meluas dan bukan sekadar ketenteraan tetapi mengcakupi ekonomi, sains dan kemandirian diri dalam dunia moden:
  • Dr. Yusuf al-Qaradawi: fiqh al-Jihad
  • Syeikh Said Hawwa: Al-Asas fi al-Tafsir
  • Dr. Wahbah al-Zuhaili: Al-Tafsir al-Munir
  • Dr. Majdi al-Hilali: Ar-Rasyad fi al-I’dad 
  • Dr. Abdullah Azzam: Fi al-Jihad: Adap wa Ahkam (antara intipati kemahiran aktiviti luar, disiplin diri dan pengurusan makan)
  • Syeikh Imran Hosein: The Gold Dinar and Silver Dirmin in Islam

Berikut adalah dalil dari Hadis Nabi Muhammad SAW:

1)Hadis berkaitan menyimpan bekalan makanan selama setahun:
"Diriwayatkan daripada Umar bin al-khattab R.A, bahawa Nabi SAW pernah menjual kurma dari kebun bani Nadhir dan baginda menyimpan bekalan makanan untuk keperluan keluarganya selama setahun." 
(Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

          Hadis di atas menjadi sandaran (sunnah), keharusan menyimpan bekalan makanan untuk keperluan keluarga bagi tempoh setahun. Ini adalah satu contoh yang dilakukan oleh Nabi SAW, untuk kita ikuti yang dinamakan dengan “prepping”. Hadis menunjukan menyimpan makanan tidak bercanggah dengan konsep tawakal, kerana ikhtiar menyimpan stok makanan sebagai usaha mengelak sebarang kemungkinan (peperangan, darurat atau sepertinya) yang kita tidak pasti berlaku di masa hadapan. 

2)Hadis berkaitan menyimpan daging korban:
Daripada Salamah bin al-akwa RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda:”Sesiapa diantara kamu yang melakukan korban, maka janganlah ada lagi baki daging itu di rumahnya selepas selepas tiga hari.

Apabila tiba tahun berikutnya, para sahabat bertanya:”wahai Rasulullah, adakah kami perlu lakukan (larangan simpan lebih 3 hari) seperti mana tahun lepas?”
Baginda SAW menjawap: “Makanlah, berilah makan (sedekah), dan simpanlah. Sesungguhnya pada tahun lepas, orang ramai (penerima korban) berada dalam kesusahan, maka aku mahu kamu membantu mereka pada masa itu.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

          Apa yang difokuskan daripada hadis di atas berkenaan menyimpan daging. Pada permulaannya ada larangan menyimpan, tetapi telah dibatalkan dan dibenarkan pada tahun berikutnya. Pada zaman tersebut cara menyimpan daging agar tahan, dengan cara menyalai (salai daging hingga kering menggunakan api yang terkawal). Jika dikaitkan dengan prepping untuk zaman ini, ia boleh dipraktikkan. Terdapat berbagai teknik pengeringan dan pemprosesan daging untuk dijadikan makanan agar tahan lama (bagus disimpan dalam stok prepping) seperti daging salai, pekasam, dendeng dan serunding.

3. Hadis berkaitan menabung/menyimpan:
Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas RA Rasulullah SAW bersabda kepadanya "Sesungguhnya jika kamu meninggalkan waris-waris kamu dalam keadaan kaya (cukup keperluan), itu adalah lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan fakir sehingga mereka meminta-minta kepada manusia."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari No.1295)

          Hadis adalah satu dalil yang konkrit bahawa perancangan kewangan, persediaan keperluan (prepping-makanan, tempat tinggal dan sebagainya) adalah amat penting daripada meninggalkan meraka dalam keadaan kesusahan. Di dalam Islam mengamalkan "prepping" bukanlah satu perkara tidak percaya kepada takdir, malahan ia satu tanggungjawab bagi memastikan keluarga hidup dengan sempurna dan tidak melarat@meminta-minta..

Berikut adalah pendapat dari cendekiawan islam lama dan baru:

"Supaya apa yang kamu tuai itu hendaklah kamu biarkan pada tangkai-tangkainya;.. 
(Surah Yusuf, 12:47). 

“...dan berbekallah kamu, maka sesungguhnya sebaik-baik bekal itu adalah takwa...” 
(Al-Baqarah 2:197): 

Merujuk ayat di atas, ada alim ulamak memberikan tafsiran dan penjelasan:

Tafsir al-Quran  al azim (ibnu kathir):  
Merujuk asbabun nuzul (sebab turun ayat) mengenai penduduk Yaman yang tidak membawa bekalan makanan untuk menunaikan haji. Penegasan Ibnu Kathir bahawa perbuatan itu salah. Berbekal adalah perlu supaya tidak menjadi beban atau meminta-minta kepada orang lain.

Al-Jami’li Ahkam al-Quran (Iman Al-Qurtubi): 
Beliau menekankan bahawa zad (bekalan) merangkumi makanan, minuman dan keperluan asas. Dalam aspek ikhtiar hidup, beliau melihat persediaan itu sebagai satu bentuk kemuliaan diri agar maruah terjaga sewaktu kesusahan.

Ihya’ Ulumuddin (Iman Al-Ghazali): 
Dalam kitab At-Tawakkal, di mana beliau membincangkan tahap-tahap tawakal dan mengharuskan penyimpanan makanan bagi mereka yang mempunyai keluarga atau jiwa yang lemah jika tidak mempunyai simpanan.

Tafsir al-Sa-di (Syeikh Abdurrahman as-sa’’di): 
Beliau menghuraikan bahawa perintah berbekal bersifat umum. Ia merangkumi ilmu, kemahiran dan harta. Dalam konteks hari ini, beliau menyokong idea bahawa seorang muslim harus mempunyai pelan dalam menghadapi ketidaktentuan. 

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi :
Perbincangan beliau berkaitan keselamatan makan &kedaulatan ekonomi. Dalam kitab beliau Daur al-qiyam wa-al Akhlaq al-iqtisad al-islami (peranan nilai dan akhlak dalam ekonomi islam). Beliau menulis etika pengeluaran dan penggunaan, menggalakkan pelaburan dalam sektor pertanian dan asas tani satu bentuk ibadah dan jihad ekonomi. Walaupun beliau tidak menggunakan istilah prepping, tetapi beliau berpendapat menguasai ilmu pertanian dan pengeluaran makanan adalah fardu kifayah. Beliau sering merujuk pengurusan Nabi Yusuf AS adalah model ekonomi yang terbaik dalam menghadapi krisis bekalan makanan melalui system simpanan pusat yang teratur.

Syeikh Imran Hosein: The Gold Dinar and Silver Dirmin in Islam
          Beliau adalah tokok ulamak eskatologi islam (akhir zaman). Beliau banyak berbicara tentang prepping dan pesediaannya. Beliau menggalakkan umat islam agar mengamalkan ilmu prepping dan antara cadangan atau saranan beliau adalah:

Membina perkampungan Muslim (persediaan menghadapi keruntuhan ekonomi global)
Mandiri Tenaga dan Makan (Menanam makanan [menyimpan] dan mencari sumber air)
Menyimpan Emas dan Perak (Pelindung nilai harta berbanding dengan wang kertas)

Dr Zakir Naik: 
          Beliau adalah seorang tokoh pendakwah antarabangsa yang terkenal dalam bidang perbandingan agama. Beliau menghafal Al-Quran, Bible, Taurat, Veda dan Bhagavad Gita yang beliau gunakan dalam ceramah atau berhujah. Dalam ilmu prepping walaupun beliau tidak menyatakan secara khusus, tetapi beliau kerap menekankan konsep “I’dad” (persediaan). Beliau sering menekankan umat islam perlu menjadi pakar dalam setiap bidang (sains, ekonomi dan teknologi, orang islam harus kuat segi fizikal, mental dan harta. Terakhir perlunya orang islam untuk mempunyai kemandirian ekonomi dalam persediaan menghadapi tekanan global.

          Kesimpulan, secara umumnya hukum “prepping” menurut alim ulamak dan cendekiawan islam adalah harus (terutama makanan). Ia akan dipandang sebagai sunnah jika prepping itu adalah untuk menjaga keharmonian dan kebajikan keluarga. Pendapat Iman Al-Qurtubi: beliau menyatakan menyimpan makanan untuk keperluan keluarga tidak mencacatkan sifat tawakal seseorang kerana ia adalah sebahagian daripada ikhtiar yang diperintahkan oleh Allah. Para ulamak sepakat bahawa prepping adalah satu jalan ikhtiar yang diredai kerana banyak kebaikan daripadanya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat

Sekian terima kasih Iklas dari
Sam Lusuh
Certified Instructor level 3 :KBSM
Certified Train The Trainer (TTT) Bushcraft & Survival :JPK
Certified Company :MaTEx&MPC
Bushcraft Survival, Recreation & Survival Instructor
T: 011-12207394
loras bushcraft survival (LORAS)


(bahan penulisan hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau  menerbit tanpa kebenaran) 29/04/2026






No comments:

Post a Comment