Definisi “survival” terdapat berbagai versi yang diberikan dan jika diteliti keseluruhannya, ia membawa maksud yang sama iaitu untuk terus hidup. Di antara maksud yang diketahui umum apa itu ikhtiar hidup “survival” adalah, “the will to live, to outlive, state of to continuing to live” kehendak atau keupayaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Ikhtiar hidup “survival” pula berlaku apabila seorang terkeluar dari
kumpulan disebabkan sesat di hutan, peperangan, bencana alam, darurat dan
berbagai-bagai faktor lain yang di mana mereka terpaksa melakukan perkara-perkara
di luar grid keselesaan sebagai manusia bagi memastikan kehidupan dapat
diteruskan atau terus wujud dalam apa jua keadaan dan masalah yang dialami di saat
itu. Ikhtiar hidup boleh berlaku di mana-mana samada di hutan, hutan paya, padang
pasir, kawasan bersalji mahupun di bandar.
Mempelajari ilmu ikhtiar hidup atau “bushcraft survival” sebenarnya terbuka untuk semua yang inginkan ilmu tidak kira apa fahaman anda. Jika kita lihat kepada aliran “preppers” dan “survivalist” telah dinyatakan dengan jelas antara ilmu penting adalah harus ada ialah mempelajari ilmu ikhtiar hidup.
“SURVIVAL” kerap diterjemahkan
kepada :
·
S = Size up the situation (surroundings, physical
condition, equipment)
·
U = Use all your sense, undue haste
makes waste
·
R = Remember where you are
·
V = Vanquish fear and panic
·
I = Improve
·
V = Value living
·
A = Act like the native
·
L = Live by your wits, but for
now, learn basic skill
Maksud ikhtiar hidup jika diperincikan satu persatu
ialah:
“IKHTIAR
HIDUP”
·
I =
Ingat dan bersedia
·
K =
Kurangkan rasa takut
·
H = Harus
menilai keadaan
·
T = Teliti
segala perancangan
·
I = Improvisasi
·
A =
Apakah menjadi keutamaan
·
R =
Rancang dan susun gerakan
·
H =
Halangan pasti ada
·
I =
Ilmu pasti akan membantu
·
D =
Dapatkan pertolongan
·
U = Untuk
hidup dan keluar
·
P = Pulang dengan selamat
IKHTIAR:
I =
Ingat dan bersedia
Jika yakin telah sesat, perkara pertama dilakukan
ialah duduk berehat sementara, selepas itu ingat kembali laluan yang dilalui
sebelumnya dan buat keputusan wajar samada ingin berpatah balik atau tunggu
sahaja bantuan. Apa jua keputusan anda, haruslah bersedia dari segi mental dan
fizikal untuk mengharunginya.
K = Kurangkan rasa takut
Setiap manusia yang normal, pasti ada perasaan
takut terutamanya jika berseorangan di hutan. Perasaan takut atau panik yang
melampau akan menyebabkan anda lebih tertekan atau “stress” mengakibatkan tidak
dapat buat keputusan yang baik untuk keselamatan diri.
H = Harus menilai keadaan
Apa jua keputusan yang anda telah fikirkan, haruslah menilai keadaan
pada masa itu bertepatan atau sebaliknya, contoh adakah mempunyai masa yang cukup
untuk berpatah balik, jangkamasa waktu siang, bekalan air dan sebagainya.
T = Teliti segala perancangan
Pastikan semua peralatan yang penting dalam keadaan baik dan berfungsi.
Berjimat terhadap sumber makanan, jika ada yang dibawa. Jika ingin berkhemah/bermalam
fikirkan perkara terbaik untuk keselamatan diri. Perancangan yang baik akan
berakhir dengan kejayaan.
I = Improvisasi
Pandailah improvisasi sesuatu untuk memudahkan ikhtiar hidup.
A = Apakah menjadi keutamaan
Sewaktu berlaku ikhtiar hidup, sentiasa rasional dalam membuat apa juga
keputusan dan tindakan. Pilih manakah yang menjadi keutamaan dan mana yang
tidak.
R = Rancang dan susun gerakan
Apabila segala perancangan yang pasti dan jelas pro dan kontranya. Mulakan
gerakan untuk melaksanakannya sewaktu ikhtiar hidup tesebut.
HIDUP:
H = Halangan pasti ada
Risiko pasti ada dalam pergerakan untuk mencari jalan keluar sewaktu
berjalan atau di kawasan penempatan tempat anda menunggu sehingga ditemui oleh
pasukan penyelamat.
I = Ilmu pasti akan membantu
Jika mempunyai ilmu “bushcraft survival” atau Ikhtiar hidup walaupun
secara asas, amat membantu di saat genting tersebut.
D = Dapatkan pertolongan
Berdasar ilmu “bushcraft survival” atau Ikhtiar hidup, memudahkan membina,
menanda simbol-simbol tertentu sebagai tanda SOS (save our soul) untuk
memudahkan lagi usaha untuk ditemui oleh pasukan penyelamat.
U = Untuk hidup dan keluar
Hanya satu matlamat iaitu untuk teruskan kelangsungan hidup dan mencari
jalan keluar.
P = Pulang dengan selamat
Semoga dengan pergerakan atau tindakan penuh dengan kesempurnaan dapatlah
pulang dan ditemui dengan selamat.
Bilakah Dipraktikkan Ikhtiar
Hidup:
- Peperangan atau darurat.
- Sesat jika berekreasi.
- Bekalan makan yang
berkurangan.
4.
Menjalani kehidupan natif.
5.
Bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tsunami
- Dan lain-lain.
Jika
berlaku atau terjadi dari salah satu perkara di atas, apakah yang perlu
dilakukan untuk kelangsungan hidup. Secara ringkas, anda sepatutnya
tenang dan berfikir jalan penyelesaian di sinilah ilmu “bushcraft survival”
dan ikhtiar hidup amat perlu. Jika
difokuskan kepada situasi “sesat sewaktu berekreasi” contohnya
semasa explorasi hutan dan pendakian gunung dan bukit, perkara utama yang mesti
dilakukan ialah “BERHENTI” yang bermaksud:
“BERHENTI”
·
B =
Berhenti jalan
·
E =
Eksplorasi
·
R = Rehat
dan rawat
·
H =
Hindarkan tekanan perasaan.
·
E = Elakkan bahaya
·
N = Nilai
kedudukan diri
·
T = Terus
atau tunggu
·
I = Inspirasi dan imaginasi
BERHENTI:
B = Berhenti jalan
Apabila yakin diri telah tersesat atau tersasar dari laluan yang betul,
sebaiknya berhenti berjalan, rehat dan tunggu di tempat tersebut.
E = Eksplorasi
Di dalam setuasi menunggu, lakukan sedikit tinjauan di sekeliling
kawasan tersebut selamat dan terhindar dari bahaya.
R = Rehat dan rawat
Yakin semua terkawal, berehatlah sementara dan berfikir apakah tindakan yang
selanjutnya.
H = Hindarkan tekanan perasaan.(agoraphobia)
Hindarkan rasa panik dan sentiasa positif akan selamat dan ditemui.
E = Elakkan bahaya
Sewaktu menunggu, keluarkan pisau atau parang sebagai persediaan
mengelak bahaya kemungkinan gangguan atau serangan haiwan liar.
N = Nilai kedudukan diri
Setelah melakukan perkara-perkara yang sepatutnya sewaktu menunggu,
bolehlah membuat keputusan yang terbaik.
T = Terus atau tunggu
Sama ada terus untuk berpatah balik atau menunggu pasukan penyelamat
tiba dan bersedia untuk bermalam.
I
= Inspirasi dan imaginasi
Seterusnya setiasa berinspirasi dan imaginasi perkara yang berlaku akan
berakhir dengan selamat.
Setelah
mendapat ilham atau tindakan yang perlukan dilakukan ia haruslah secara paling
selamat dan teratur untuk mencapai matlamat, gunakan istilah “SELAMAT” yang bermaksud:
“SELAMAT”
·
S =
Sentiasa positif
·
E =
Elakkan kemalangan dan jimatkan tenaga
·
L = Lihat
dan adaptasi keadaan
·
A =
Ambil jalan selamat
·
M =
Makan bila perlu
·
A =
Atasi masalah secara rasional
·
T =
Tabah hingga berjaya
SELAMAT:
S = Sentiasa positif
Sentiasa berfikiran positif di saat ikhtiar hidup. Mati itu pasti,
tetapi mengalah bukan satu pilihan.
E = Elakkan kemalangan dan
jimatkan tenaga
Sentiasa fokus kepada keselamatan dan jangan ambil jalan mudah. Sentiasa
kekal cergas dan berehat secukupnya.
L = Lihat dan adaptasi
keadaan
Peka kepada persekitaran dan adaptasi keadaan tersebut.
A = Ambil jalan selamat
Jika berjalan keluar gunakanlah laluan sedia ada elakkan merintis,
dikhuatiri bertambah jauh tersasar dari laluan asal.
M = Makan bila perlu
Berjimat terhadap makanan yang dibawa. Jikalau terpaksa mencari makanan
dari sumber hutan, pastikan ianya selamat untuk dimakan.
A = Atasi masalah secara
rasional
Sewaktu melalui ikhtiar hidup, pasti pelbagai masalah timbul dan
atasinya secara rasional.
T = Tabah hingga berjaya
Dengan memilik ilmu ikhtiar hidup dan semangat juang yang kuat, kita
pasti berjaya.
MEMAHAMI PRINSIP IKHTIAR HIDUP:
Semoga
anda memahami secara asas apa yang perlu jika menghadapi keadaan yang membawa
kepada ikhtiar hidup. Untuk melengkapinya, tiga perkara utama mesti ada di saat
kecemasan itu iaitu:
1.Utamakan Keselamatan
keutamaan soal keselamatan nyawa. Jika
melakukan sesuatu perkara, buatlah dengan berhati-hati, elakkan daripada
melakukan perkara-perkara yang boleh merbahayakan diri sebagai contoh,
hindarkan dari memakan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan tidak pasti selamat,
hindarkan dari bertembung dengan binatang buas dan berhati-hati semasa
menggunakan parang atau pisau, hindari kecederaan berpunca darinya.
2.Kawalan diri (emosi)
kawal emosi diri agar keadaan tidak menjadi
terlalu negatif. Sentiasalah berfikiran positif agar berasa tenang dengan apa
yang anda lakukan. Jangan cemas dalam setiap keadaan kerana ia boleh memburukan
lagi keadaan.
3.Usaha
Jangan putus asa jika berlaku kegagalan semasa ikhtiar hidup, contohnya
menyalakan api, mencari makanan dan sebagainya. Alam memang dijadikan untuk
menduga manusia yang suka cabaran, ia tidak kejam tetapi berusahalah untuk
menjadi kawan, adaptasi dan mengatasi cabaran tersebut.
Apakah Kepentingan Mempelajari Ilmu ‘bushcraft survival” atau ikhtiar hidup:
1)Menghindari diri dari sesat atau tersasar sewaktu berekreasi di hutan.
2)Memahami selok belok hutan, memudahkan mencari jalan keluar jika sesat di hutan.
3)Agar cepat mengadaptasi suasana hutan di saat ikhtiar hidup.
4)Supaya mengurangkan perasaan takut dan tekanan perasaan.
5)Pengurusan masa serta tindakan kecemasan yang lebih tepat dan teratur.
Ilmu ikhtiar hidup dan “bushcraft survival” ini banyak nilai positif
yang terdapat di dalamnya. Ia mengajar kita menjadi lebih waras dalam tindakan jika
menghadapi sebarang masalah dan mencari jalan penyelesaian. Keberkesanan ilmu
ini boleh dipraktikkan di mana-mana sahaja.
Rujukan : Buku "kepentingan Ilmu Survival" edisi 1
Semoga perkongsian ini bermanfaat
Sekian terima kasih
Iklas dari
Sam Lusuh
Certified Instructor level 3 :KBSM
Certified Train The Trainer (TTT) Bushcraft & Survival :JPK
Certified Company :MaTEx&MPC
Bushcraft Survival, Recreation & Survival Instructor
T: 011-12207394
loras bushcraft survival (LORAS)
https://youtube.com/@
TikTok
https://www.tiktok.com/@sam_
online shop shopee:
https://my.shp.ee/9wcQ9GSr
Untuk beli buku Kepentingan Ilmu Survival kilk sini:
https://my.shp.ee/HTCgLn8S
.jpg)
No comments:
Post a Comment