Apabila mempelajari ilmu “bushcraft survival” atau ikhtiar hidup, yang akan diperjelaskan secara lengkap ialah, apabila telah sesat, jalan terbaik untuk mencari jalan keluar adalah melalui jalan sungai. Cara ini dipraktikkan di seluruh dunia. Kelebihan menggunakan sungai untuk mencari jalan keluar adalah, kita tidak perlu meredah hutan yang pastinya memerlukan tenaga yang banyak untuk mendaki, merintis, ancaman binatang, serangga berbisa dan sebagainya. Sungai juga adalah sumber air bersih dan sumber makanan yang mudah sewaktu ikhtiar hidup. Banyak sumber protein yang boleh diperolehi dari sungai. Selain sungai boleh ia juga boleh diperolehi dari tasik dan kolam
Terdapat berbagai jenis hidupan air yang dapat memberikan sumber
protein. Yang paling mudah didapati adalah ikan yang jenis bersisik seperti
ikan tengas, daun, kelah, jelawat, lampam, dan sebagainya. Contoh ikan yang
tidak bersisik pula, seperti ikan baung, patin, dan keli. Hidupan lain seperti
belut, udang sungai, lokan dan siput contohnya siput godang. Untuk katak,
kura-kura dan labi-labi ia hanya pilihan terakhir jika tiada atau sukar
mendapat hidupan air yang lain dan boleh dikatakan dalam keadaan terpaksa. Jika
memilih katak, pastikan yang tidak beracun contohnya katak minyak. Bagi yang
beracun seperti katak puru dan katak hijau ia tetap boleh dimakan apabila dibuang
kulit dan isi perutnya. Terdapat juga katak bersaiz besar yang hidup di sungai
berarus dipanggil katak gunung yang saiznya boleh mencapai dua kilogram. Ia
mudah ditemui pada bulan Disember dan Januari setiap tahun.
Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :
No comments:
Post a Comment