Tuesday, 24 May 2022

Kelebihan Tuala Wanita Dan Kondom Dalam Rekreasi, Bushcraft & Survival


          Dua perkara ini nampaknya remeh tetapi begitu berguna di saat kecemasan. Dua alat ini sepatutnya berada di dalam survival kit atau BOB anda . Tidak kira apa aliran yang anda mahir mengenainya seperti bushcraft survival, preppers, survivalist atau rekreasi. Banyak perkara positif berkenaan tuala wanita dan kondom daripada nagetif jika kita benar-benar faham.

Tuala Wanita:

1.Sebagai bandage kepada luka

Jika luka yang agak besar, gunakan ia untuk menghalang pendarahan. Letak ditempat yang cedera, dan balut dengan kain atau sebagainya.

2.Sebagai penyejuk meraka yang deman

basahkan dengan air, dan letak di dahi. Menggurangkan sedikit panas di kepala.

3.Sebagai Penapis air (water filter)

Jika sudah terdesak untuk dapat air yang bersih, ia boleh dilakukan, namun ianya tidak digalakan kerana bahan kimia yang terdapat dalam tuala wanita itu selamat atau tidak

4.Sebagai “tinder”untuk menyalakan api

Koyakan ia, ambil isinya leraikan dan gunakan fire starter untuk menyalakan api.

5.Sebagai "sponge" untuk membersih badan dan lain-lain.

Basahkan ia sedikit dan sapu dibahagian yang kotor.

6.Sebagai penapis untuk asap atau bau busuk

Gunakan jika berlaku kebakaran hutan atau apa sahaja jika perlu.

7.Sebagai penebat haba

Gunakan jika ingin mengekalkan suhu sesuatu atau mengangkat sesuatu yang panas

8.Sebagai Penghidar serangga

Pancutkan atau tuang sebarang cecair “insect repellent”, dan letak disudut yang selamat, dengan bau cecair tadi di taula wanita mengurangkan serangga (nyamuk dan agas) mengigit. Ia amat berkesan jika di dalam khemah

 


Kondom:

1.Menyimpan barang berharga

Simpan kad pengenalan, kunci kereta dan sebagainya jika boleh masuk untuk mengelakan dari rosak terkena air

2.Menbalut kawasan luka dari basah

Gunakan dengan kreatif untuk menggelakkan kawasan balutan luka dari basah.

3.Untuk menyimpan air

Jika dalam kecemasan ia amat membantu untuk simpan air untuk sementara waktu. rujuk gambar 1

Gambar 1

4.Sebagai bahan bakar

Ia diperbuat dari getah, dan mudah untuk dibakar

5.Sebagai pelampong untuk memancing

rujuk gambar 2

 

Gambar 2

6.Sebagai senjata untuk memburu binatang kecil

Rujuk gambar 3, boleh buat lastik atau pengikat kepada senjata.

 

Gambar 3

7.Sebagai penghidup api

Rujuk gambar 4

Gambar 4

8.Sebagai penutup kepada senjata

Senjata seperti senapang dan pistol agar dapat ditutup curungnya dari dimasuki air.

9.Sebagai "Happy Ending Married Couple"

Jangan kotorkan khemah anda.

 


Kesimpulannya terdapat banyak kebaikan kedua-dua peralatan ini jika kita kreatif dan berfikir tentang kebaikannya dalam dunia rekreasi/survival. Semoga anda semua dapat pengajaran daripada penulisan saya mengenai perkara di atas.

Sekian terima kasih.

Lusuh Adventure

(Sam Lusuh)

web: www.lusuh.com.my

(Sabtu 10092016)

(kemas kini Rabu 25052022)

GAMBAR: sumber internet

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

https://www.lusuh.com.my/

https://shopee.com.my/lusuhadventure?v=d41&smtt=0.0.3

Klik link di bawah untuk membeli buku survival "kepentingan ilmu survival" di shopee lusuh adventure :

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

https://loras2u.blogspot.com/

Sam lusuh
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN



Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
5433A Jalan J9, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur Gombak Selangor.
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my
(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

No comments:

Post a Comment