'Sesat di hutan', adalah satu perkataan yang amat ditakuti oleh semua pencinta
rekreasi. Namun, perkara ini kadangkala berlaku juga. Amat menyedihkan jika ianya
berakhir dengan kematian atau hilang begitu sahaja. Antara peristiwa orang
sesat di hutan yang popular adalah Nur Maisara Sameaun yang sesat di hutan
selama 19 hari ketika mendaki Gunung Tahan di Pahang pada tahun 2008 dan beliau
dapat menceritakan pengalaman beliau. Ada juga peristiwa orang sesat yang tidak
ditemui hingga sekarang seperti kes saudara Muhammad Ashraf Hassan yang hilang
pada Mac 2019 yang berlaku di Perak. Walaupun berbagai persediaan telah
dilakukan dari segi ilmu pengetahuan dan stamina, kadangkala ia berlaku juga.
Untuk menjadi pengajaran dan iktibar, mari kita lihat faktor-faktor ia berlaku.
ANTARA FAKTOR-FAKTOR IA BERLAKU:
- Lemah atau gagal bermula dari peringkat perancangan aktiviti, persiapan melakukannya mahupun di peringkat perlaksanaan.
- Tiada persediaan dari segi mental dan fizikal, serta melakukan sesuatu aktiviti itu tampa bimbingan orang yang berkelayakan dan berpengalaman.
- kurang pengetahuan ilmu rekreasi dan tiada kemahiran yang sepatutnya.
- Keadaan mental dan fizikal yang lemah akibat terlalu penat, lapar atau tekanan perasaan. Semua ini menyebabkan menyebabkan hilang tumpuan semasa berjalan di laluan sebenar.
- Terleka dan lalai, kerana hendak sampai atau balik cepat ke destinasi yang ditujui hingga tersasar laluan sebenar.
- Tiada ilmu untuk membezakan denai haiwan dan laluan manusia.
- Perubahan fizikal pada laluan asal akibat tanah runtuh dan sebagainya.
- Terlalu yakin untuk merintis sesuatu kawasan tampa ilmu dan kelengkapan yang lengkap.
- Jurupandu atau penganjur yang kurang bertanggungjawab. Seorang jurupandu atau penganjur sepatutnya tidak boleh meninggalkan peserta berjalan berseorangan terlalu jauh atau meninggalkan bersendirian, kerana tidak semua peserta berpengalaman (jika menyertai program rekreasi).
- Tidak mematuhi arahan jurupandu atau penganjur di dalam sesuatu program (jika menyertai program rekreasi.
Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :
(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
No comments:
Post a Comment