Monday, 13 June 2022

BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU

 


           kemarau berlaku apabila jumlah sejatan kurang daripada jumlah kerpasan  menyebabkan kekurangan air dalam tanah berlaku. Ia mengakibatkan permukaan bumi menjadi kering kontang dan menyebabkan proses hakisan oleh angin. Cuaca menjadi sangat kering dan kadar kelembapan udara juga adalah rendah dan menyebabkan peningkatan suhu panas. Hujan mungkin berlaku, tetapi kadar yang sedikit, jarang-jarang atau tiada langsung. Di Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (2011) telah menetapkan bahawa kemarau telah berlaku sekiranya hujan/aliran sungai berada di bawah paras normal dalam tempoh 3 bulan berturutan.

          Kawasan bandar-bandar besar  di mana padat kadar penduduknya seperti kuala Lumpur, Lembah kelang dan Johor Bahru adalah paling terkesan akibat musim panas. Permintaan terhadap bekalan air bersih pasti meningkat daripada pengguna dan sektor industri. Bayang jika tiba-tiba catuan secara drastik terpaksa dilakukan akibat kekurangan air terawat, pasti berbagai masalah akan timbul. Bagi mereka yang bersedia, dengan “prepping”, ikhtiar hidup  tersebut kurang bebannya dari meraka yang tiada pesediaan lansung.

PUNCA KEMARAU BERLAKU:

Kemarau juga boleh berlaku sekiranya lebih banyak air dikeluarkan daripada tanah secara berlebihan untuk pengunaan manusia atau industri.

Tiadanya hujan untuk beberapa waktu.

Fenomena El Nino disebabkan oleh pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh yang lama di Timur Lautan Pasifik.

Prepping” menghadapi musim kemarau:

          Di samping segala persediaan asas “prepping” yang telah disediakan untuk menghadapi musim kemarau ini, banyak lagi yang boleh dilakukan untuk meneruskan kehidupan seandai kemarau berlarutan. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan:

1. Simpan Air 
Buat stok yang lebih dari biasa terutama untuk minuman dan memasak. Berbagai cara boleh buat samada gunakan botol mineral, tong air, menambah jumlah tangki air atau tukar saiz yang lebih besar dari yang sediada di rumah. 

2. Sistem kitar semula air
Buat satu sistem di mana air buangan mandian, membasuh dan yang lain berkaitan dapat dikitar semula untuk kegunaan lain. 

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :
"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :

TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh
13 JUN 2022

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

No comments:

Post a Comment