Thursday, 2 June 2022

BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS

 

          Tanda atau isyarat keselamatan (marking) dan S.O.S ini bermaksud isyarat untuk berkomunikasi atau penunjuk jalan tampa menggunakan lisan. Tanda-tanda isyarat ini dibuat untuk memudahkan perjalanan di dalam satu aktiviti di dalam hutan atau sebaliknya. Ia juga bertujuan menyampaikan maklumat tertentu dari segi keselamatan persekitaran, kecemasan dan lain-lain. Oleh itu kita harus tahu memahami maksud yang tersirat jika terjumpa atau melihat tanda-tanda tersebut dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

          Untuk memudahkan anda memahaminya, mari kita lihat beberapa contoh, umpamanya isyarat pengakap. Tanda atau isyarat akan dibuat dengan menggunakan ranting, daun, rumput, batu dan sebagainya untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Isyarat S.O.S (Save Our Soul) pula, ia menggunakan beberapa teknik komunikasi yang menggunakan tulisan, cahaya dan bunyi. Kedua-dua teknik ini perlu dipelajari oleh pengemar rekreasi, pendaki, ”bushcrafter”, ”survivalist”, “preppers” dan selainnya kerana ia amat berguna di saat kecemasan atau memudahkan pejalanan dan komunikasi di lapangan.

          Berikut adalah beberapa tanda isyarat (marking) dan apakah maksudnya agar mudah difahami:

 Gambar 1 

Gambar 2 

1. Gambar 1 dan 2 bermaksud “tidak boleh lalu” atau “kawasan bahaya” apabila melalui denai/laluan di pergunungan atau hutan dan terjumpa tanda-tanda ini. Ia diperbuat daripada dahan kayu atau tali pita plastik. Ada juga yang dibuat di permukaan tanah bersimbol “X” di laluan yang ditutup tersebut.

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :

TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh
03 JUN 2022

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)


No comments:

Post a Comment