Tuesday, 14 June 2022

BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI GEMPA BUMI

 

          Terdapat 15 negara yang berada di garisan “Pacific Ring of Fire” iaitu dalam zone gempa bumi  antaranya Amerika Syarikat, Indonesia, Mexico, Jepun, Kanada, Guatemala, Russia, Chile, Peru dan Filipina. Sementara itu negara yang kerap dilanda gempa bumi ialah Indonesia, India, Taiwan, Jepun dan Afghanistan. Negara kita Malaysia walaupun di luar kawasan “Lingkaran Api Pasifik” fenomena gempa bumi ada berlaku contohnya di Lahat Datu dan Ranau Sabah, Betong, Jerantut, Bukit Tinggi, Janda Baik Pahang, Manjung Perak dan sekitar Tasik Kenyir Terengganu. Gegaran gempa pernah dicatitkan di Malaysia antara 1.1 hingga 6.2 skala Richter.

 PERANCANGAN MENGHADAPI GEMPA BUMI:

          Gempa bumi adalah gegaran bumi yang berlaku secara tiba-tiba dan cepat yang disebabkan oleh pergeseran batu di bawah permukaan bumi. Kita agak bernasib baik kerana bukan negara dilingkaran gempa bumi, namun kadangkala berlaku juga dengan skala Richter kecil. Bagi meraka yang tinggal dalam daerah yang ada sejarah dan tanda-tanda gempa bumi, mulakanlah “prepping” walaupun secara asas. Perkara yang nampak kecil, tetapi jika sewaktu bencana, ia menjadi keperluan yang penting dan besar.

  1. Rancang pelan keselamatan menghadapi gempa bumi untuk keluarga anda, drafkan perkara-perkara berikut iaitutempat untuk bertemu jika berpisah, bagaimana untuk berhubung selepas gempa bumi, dan siapa akan bertanggungjawab menyelaras segala yang dirancangkan.
  2. Buat jaringan komukasi dikalagan keluarga, jiran terdekat, pihak berkuasa dan kominiti tempat tinggal agar dapat berhubung dan bertukar maklumat sewaktu kecemasan.
  3. Buat latihan “DROP”, “COVER”, dan “HOLD ON” dengan semua ahli keluarga.

PERKARA PERLU DILAKUKAN SEMASA GEMPA BUMI:

          Apabila gempa bumi besar melanda, bumi boleh bergoncang 1,10,15 saat dan boleh berlanjutan sehingga 5 minit. Gegaran boleh dirasai sehingga 1000 kilometer andai gempa yang besar. Jika anda tinggal di kawasan gempa bersedialah dengan pelan dan bekalan kecemasan. Persediaan yang anda lakukan sebelum gempa mungkin mempunyai impak yang paling besar terhadap kelangsungan hidup anda yang sebenar. 

1.     Jangan panik dan ambil “Earthquake Survival kit” dan dapatkan perlindungan dengan melakukan “DROP”, “COVER”, dan “HOLD ON”.

Video bagaimana gempa bumi terjadi

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :

TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh
15 JUN 2022

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

No comments:

Post a Comment