Sunday, 3 May 2020

17 Jenis Cendawan@Kulat Liar Yang Selamat Dimakan dan Nilai Perubatan

Didalam ilmu Bushcrat Survival, (foraging) mempelajari ilmu pemakanan amatlah penting. Mengenali tumbuhan yang beracun atau selamat dimakan menentukan kelangsungan hidup seseorang bushcrafter atau survivalist. Antara makanan dari alam yang mudah didapati adalah cendawan liar, namum begitu kita harus dapat membezakan boleh dimakan atau tidak. Antara cendawan ini juga mempunyai kebaikan didalam perubatan alternatif, jadi amat berguna disaat kecemasan sewaktu di hutan. Cendawan juga mempuyai berbagai nama tertentu ikut kawasan atau negeri ia tumbuh, tetapi sebenarnya ia adalah jenis yang sama.
Cendawan Sawit@busut
1)Cendawan Sawit/volvariella/Busut (Termitomyces sp)
Berbentuk payung apabila matang. warna putih, putih krim dan kelabu mengikut kawasan dan ada benjolan warna perang dibahagin atasnya jika kembang. Bahagian bawah ada insang warna putih dan berbagai saiz  bertangkai. Struktur adalah cendawan kenyal

Habitat: 
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan, kebun, ladang kelapa sawit di atas lantai tanah yang subur. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.

Nilai perubatan:
  1. Mengurangkan panas badan dan baik untuk tenaga, 
  2. Menggalakkan pengeluaran cecair badan.
  3. Mengandungi Protein, Zink, pelbagai asid amino dan jumlah Vitamin C yang banyak.
  4. Penyembuhan untuk pesakit hipertensi 
  5. Mengurangkan tahap kolesterol 
  6. Rawatan tambahan untuk pesakit kanser dan diabetes.
Kulat lidah katak@kulat jeli
2)Kulat Lidah Katak/Kulat Jeli/kulat Salji (Tramella Fuciformis)
Bentuk bercabang-cabang seperti tanduk rusa, lusinar dan seperti agar-agar lut sinar. Permukaannya lembap dan berlendir. Tekstur lembut dan elastik.

Habitat: 
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas batang atau dahan pokok yang sudah mati. Mudah tumbuh dikawasan redup dan selesa.

Nilai perubatan:
  1. Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah
  2. Melawan pertumbuhan tumor
  3. Melindungi hati dan meredakan bengkak
  4. Menghilangkan kedutan di muka
  5. Mengurangkan panas badan dan batuk 
    cendawan kukur
    3)Cendawan Kukur@Cendawan sisir (Schizophyllum commune)
    Tumbuh dalam bentuk rumpunan dan bentuknya seakan kipas kecil ukuran 5-10mm. Struktur adalah cendawan kenyal, tak rapuh warna putih keperangan dan berbulu halus. Struktur bawahnya seperti insang warna coklat. Cendawan ini boleh dimasak Waktu segar atau dikeringkan sebelum dimasak.

    Habitat: 
    Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas kayu telah mati khas dipokok kayu getah. Mudah tumbuh dan tahan lasak.

    Nilai perubatan:
    1. Cendawan ini menggunakan Schizophyllan 
    2. ubat antitumor dan kanser
    3. meningkatkan sistem imuniti tubuh, 
    4. anti radangan, anti bakteria dan anti parasit 
    5. melindungi hati.

    Cendawan telinga kera
    4)Cendawan Telinga Kera@Cendawan Jeli Hitam (Auricularia auricula-judae)
    Tumbuh dalam bentuk rumpunan dan bentuknya "gelebeh" dan pelbagai ukuran. Struktur cendawan lembik tambahan kenyal warna keperangan dan sejuk. Cendawan ini boleh dimasak Waktu segar atau dikeringkan sebelum dimasak.

    Habitat: 
    Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas batang atau dahan pokok yang sudah mati. Mudah tumbuh dikawasan redup dan selesa.

    Nilai perubatan:
    1. Merawat gangguan kardiovaskular.
    2. Memecahkan darah beku.
    3. Mengawal-atur tekanan darah.
    4. Merendahkan kolesterol dan lipid.
    5. Antioksidan 
    kulat putih 
    5)Kulat Putih (lentinus squarrosulus)
    Tumbuh dalam bentuk rumpunan kecil dan bentuknya seakan kipas berbagai saiz Struktur adalah cendawan kenyal, tak rapuh warna putih dan berbulu halus. Struktur bawahnya seperti insang. Cendawan ini boleh dimasak sewaktu segar atau dikeringkan.

    Habitat: 
    Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas kayu telah mati atau tunggul pokok kayu yang mati. Mudah tumbuh dikawasan redup dan selesa.

    Nilai perubatan:
    1. Tidak diketahui 
    kulat mata pelanduk


    6)Kulat Mata Pelanduk (galiella rufa)
    Bentuk bulat kelihatan seperti matas ebelum ia menunjul keluar dengan bertangkai lusinar. Permukaannya lembap dan berlendir. Tekstur lembut .

    Habitat: 
    Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas lantai tanah yang subur. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.

    Nilai perubatan:
    1. Tidak diketahui
    cendawan tali@cendawan togeh
    7)Cendawan Tali @ Cendawan Taugeh (Termitomycetes Microcarpus)
    Berbentuk payung warna putih keperangan dan ada benjolan warna perang dibahagin atasnya. Bahagian bawah ada insang warna putih. Saiz antara 20-30 mm dan panjang tangkainya antara 60-70mm.Struktur adalah cendawan kenyal

    Habitat: 
    Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas lantai tanah yang subur dan terdapai anai-anai dibawahnya. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.

    Nilai perubatan:
    1. Tidak diketahui
    8)Kulat Kunyit@Buluh@kaki Tiung (Hygrocybe Conica) 
    Buah berbentuk payung warna jingga kekuningan. Permukaan atas payung licin dan melekit. Bebagai saiz iaitu antara 20-40mm. Dibahagian bawah bentuk insang berwarna kuning putih. Tangkai ber warna jingga kekuningan dan berongga di tengahnya. Tekstur lembut dan tidak kenyal.

    Habitat: 
    Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas lantai tanah yang subur dan berhampiran dengan pokok buluh atau di tanah lapang. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.

    Nilai perubatan:
    1. Tidak diketahui
    Cendawan mangkuk 
    9)Cendawan Mangkuk (cookiena sulcipes)
    Bentuk bulat kelihatan seperti mangkuk dan berwarna kuning kemerahan. Tumbuh dalam kumpulan dan bertangkai. Permukaannya ada bulu-bulu halus dan tekstur lembut.

    Habitat: 
    Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas kayu mati dan kadangkala diatas buah-buahan reput hutan. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa. Orang Temuan makan cendawan ini dan juga dijadikan sebagai umpan untuk memancing.

    Nilai perubatan:
    1. Tidak diketahui
    Kulat tepus@kulat trompet 
    10)Kulat Tepus@ Kulat Trompet (Cantharellus Sp)
    Bentuknya seperti trompet dan berwarna kuning. Dibahagiannya iaitu payung berwarna kuning dan dibahagian tengah berwarna ungu. Dibawah payung ada insang dan tangkai warna kuning.

    Habitat: 
    Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas lantai tanah Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.

    Nilai perubatan:
    1. Tidak diketahui
    kulat mata kerbau
    11)Kulat Mata Kerbau (galiella rufa)
    Bentuknya bulat dan berwarna coklat muda/pekat. Struktur cendawan kenyal Cendawan ini boleh dimasak waktu segar atau dikeringkan sebelum dimasak.

    Habitat: 
    Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas tunggul atau kayu mati. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.

    Nilai perubatan:

    1. Tidak diketahui
    Cendawan kasut
    12)Cendawan kasut
    Berbentuk payung dan apabila matang mangkuk. warna putih keperangan dan ada benjolan warna perang dibahagin atasnya. Bahagian bawah ada insang warna putih dan berbagai saiz  bertangkai. Struktur adalah cendawan kenyal

    Habitat: 
    Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas lantai tanah yang subur. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.

    Nilai perubatan:
    1. Tidak diketahui
    Gambar kredit : Pendekar Rimba


    13)Raja_kulat 
    Bentuk payung,sifat diameter kelopak kulat dianatara 250 mm, diameter batang kulat diantara 25 mm, ketinggian diantara 300mm dari atas tanah. Lokasi ditemui Perlis. berwarna Putih kirim, keliling kelopak kulat beralun dan tumbuh dalam kelompok

    Habitat:
    tumbuh dikaki bukit ditempat redup beriklim sederhana dan bermusim


    Nilai perubatan:
    1. Tidak diketahui
    Kredit info & picture : Mohd Al Hafis



    Kulat Nyelutong
    14)Kulat Nyelutong@gelang@resak (Lentinus sajor-caju)
    Bentuk payung berwarna perang bercampur kirim, keliling kelopak kulat beralun dan tumbuh dalam kelompok pada dahan mati atau tunggul pokok yang mati. Bersifat kenyal apabila tua atau kering.

    Habitat:
    tumbuh dipohoh mati atau tunggul mati ditempat redup dan bermusim terutama selepas musim hujan.


    Nilai perubatan:

    1. Tidak diketahui

    cendawan susu harimau (lignosus rhinocerus)
    15)Cendawan Susu Harimau (lignosus rhinocerus)
    Ia tumbuh dibawah tanah dan akan mengeluarkan batang dan payung kepermukaan bumi. Ia bertangkai.warna keperangan dan mempunyai garisan-garisan atasnya. Struktur adalah cendawan separa keras dan mempuyai ubi (sclerotium) yang beada didalam tanah tempat ia tumbuh. Cendawan ini amat berharga kerana nilai perubatannya yang tinggi.

    Habitat: 
    Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan di atas lantai tanah yang subur tetapi  berasingan. Jarak antara satu sama lain sekitar 5 kilometer.

    Nilai perubatan:
    1. Memulihkan fungsi metabolisme, 
    2. Menguatkan sistem imun (ketahanan tubuh dari serangan penyakit), 
    3. Melegakan resdung, Mencegah demam selsema, 
    4. Anti radang dan juga melegakan pernafasan. 
    5. Menguatkan sistem respiratori seperti melegakan batuk, Sinus, Asma, Meningkatkan tahap imunisasi tubuh, 
    6. Melegakan masalah alergi seperti eczema, melegakan masalah sakit sendi 
    7. Melegakan kesan-kesan sampingan rawatan kanser.
    Gambar kredit : Penjejak Rimba Prj

    cendawan kelentit kering
    16)Cendawan Kelentit Kering (Microporus-xanthopus)
    Bentuknya hampir bulat dan berwarna coklat dan cerah dengan gabungan beberapa warna. Struktur cendawan adalah liat dan bertangkai kecil.

    Habitat: 
    Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas dahan atau pokok yang mati. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.


    Nilai perubatan:
    1. Untuk menghentikan bayi dari menyusu badan
    2. Untuk menegangkan faraj yang kendur
    3. Rawatan dalaman bagi wanita
    Cendawan Ling zhi
    17)Cendawan Ling zhi (Ganoderma lucidium) 
    Bentuknya separa bulat dan berwarna coklat dan cerah dengan gabungan beberapa warna. Struktur cendawan adalah liat@keras. Spesis terbaik sahaja mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

    Habitat: 
    Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas dahan atau pokok yang mati. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.

    Nilai perubatan:
    1. Melancarkan proses penghadaman
    2. Membersihkan darah, 
    3. Meneutralkan bisa, melindungi hati, 
    4. Mengawal atau melawan usus
    5. Tonik untuk selesema, 
    6. Mengawal tekanan jantung, 
    7. Menghilangkan batuk dan mengeluarkan kahak
    8. Mententeramkan fikiran, 
    9. Mencegah kanser dan mengubati resdung.
    Ciri-ciri Cendawan Beracun:
    1. Warna terang (namun tidak semua) dan berbentuk pelik
    2. Mempunyai "spora" yang banyak
    3. Mempunyai bau yang meloyakan
    4. Tiada serangga arau semut di atasnya walaupun telah rosak
    5. jika dimasak cendawan dan air bertukar hitam
    6. Bertukar warna hitam jika disentuh atau patahkan
    7. Berada dalam keadaan baik, tiada haiwan yang makan
    8. Tumbuh dipokok beracun seperti rengas
    9. Tiada akar tunjang
    Jika jumpa cendawan yang anda ragui beracun atau tidak lihatlah perkara-perkara yang telah dinyakan diatas. Sebaiknya anda lupakan sahaja untuk makan cendawan liar jika anda tidak pasti ia selamat dimakan. Banyak lagi makanan dalam hutan yang boleh dimakan sewaktu survival
    berwarna terang dan bentuk pelik
    berspora
    berwarna terang,bentuk pelik dan spora

    nampak menarik tetapi beracun

    Sumber:
    Gambar google search
    informasi dari carian blog-blog blogspot dan dot. Com

    Sekian....

    Sam lusuh
    Lusuh Outdoor Recreation and Survival
    (LORAS) reg 002903397u
    Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
    Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
    Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
    Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
    WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN




    Scan untuk program-program bushcraft survival kami
    Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

    lusuh adventure@LORAS

    (outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
    0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
    53100 Kuala Lumpur
    T:011-1220 7394
    www.lusuh.com.my


    (bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)