Didalam ilmu Bushcrat Survival, (foraging) mempelajari ilmu pemakanan amatlah penting. Mengenali tumbuhan yang beracun atau selamat dimakan menentukan kelangsungan hidup seseorang bushcrafter atau survivalist. Antara makanan dari alam yang mudah didapati adalah cendawan liar, namum begitu kita harus dapat membezakan boleh dimakan atau tidak. Antara cendawan ini juga mempunyai kebaikan didalam perubatan alternatif, jadi amat berguna disaat kecemasan sewaktu di hutan. Cendawan juga mempuyai berbagai nama tertentu ikut kawasan atau negeri ia tumbuh, tetapi sebenarnya ia adalah jenis yang sama.
Cendawan Sawit@busut |
Berbentuk payung apabila matang. warna putih, putih krim dan kelabu mengikut kawasan dan ada benjolan warna perang dibahagin atasnya jika kembang. Bahagian bawah ada insang warna putih dan berbagai saiz bertangkai. Struktur adalah cendawan kenyal
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan, kebun, ladang kelapa sawit di atas lantai tanah yang subur. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.
Nilai perubatan:
- Mengurangkan panas badan dan baik untuk tenaga,
- Menggalakkan pengeluaran cecair badan.
- Mengandungi Protein, Zink, pelbagai asid amino dan jumlah Vitamin C yang banyak.
- Penyembuhan untuk pesakit hipertensi
- Mengurangkan tahap kolesterol
- Rawatan tambahan untuk pesakit kanser dan diabetes.
Kulat lidah katak@kulat jeli |
Bentuk bercabang-cabang seperti tanduk rusa, lusinar dan seperti agar-agar lut sinar. Permukaannya lembap dan berlendir. Tekstur lembut dan elastik.
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas batang atau dahan pokok yang sudah mati. Mudah tumbuh dikawasan redup dan selesa.
Nilai perubatan:
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas batang atau dahan pokok yang sudah mati. Mudah tumbuh dikawasan redup dan selesa.
Nilai perubatan:
- Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah
- Melawan pertumbuhan tumor
- Melindungi hati dan meredakan bengkak
- Menghilangkan kedutan di muka
- Mengurangkan panas badan dan batuk
cendawan kukur |
Tumbuh dalam bentuk rumpunan dan bentuknya seakan kipas kecil ukuran 5-10mm. Struktur adalah cendawan kenyal, tak rapuh warna putih keperangan dan berbulu halus. Struktur bawahnya seperti insang warna coklat. Cendawan ini boleh dimasak Waktu segar atau dikeringkan sebelum dimasak.
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas kayu telah mati khas dipokok kayu getah. Mudah tumbuh dan tahan lasak.
Nilai perubatan:
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas kayu telah mati khas dipokok kayu getah. Mudah tumbuh dan tahan lasak.
Nilai perubatan:
- Cendawan ini menggunakan Schizophyllan
- ubat antitumor dan kanser
- meningkatkan sistem imuniti tubuh,
- anti radangan, anti bakteria dan anti parasit
- melindungi hati.
Cendawan telinga kera |
Tumbuh dalam bentuk rumpunan dan bentuknya "gelebeh" dan pelbagai ukuran. Struktur cendawan lembik tambahan kenyal warna keperangan dan sejuk. Cendawan ini boleh dimasak Waktu segar atau dikeringkan sebelum dimasak.
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas batang atau dahan pokok yang sudah mati. Mudah tumbuh dikawasan redup dan selesa.
Nilai perubatan:
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas batang atau dahan pokok yang sudah mati. Mudah tumbuh dikawasan redup dan selesa.
Nilai perubatan:
- Merawat gangguan kardiovaskular.
- Memecahkan darah beku.
- Mengawal-atur tekanan darah.
- Merendahkan kolesterol dan lipid.
- Antioksidan
kulat putih |
5)Kulat Putih (lentinus squarrosulus)
Tumbuh dalam bentuk rumpunan kecil dan bentuknya seakan kipas berbagai saiz Struktur adalah cendawan kenyal, tak rapuh warna putih dan berbulu halus. Struktur bawahnya seperti insang. Cendawan ini boleh dimasak sewaktu segar atau dikeringkan.
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas kayu telah mati atau tunggul pokok kayu yang mati. Mudah tumbuh dikawasan redup dan selesa.
Nilai perubatan:
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas kayu telah mati atau tunggul pokok kayu yang mati. Mudah tumbuh dikawasan redup dan selesa.
Nilai perubatan:
- Tidak diketahui
kulat mata pelanduk |
Bentuk bulat kelihatan seperti matas ebelum ia menunjul keluar dengan bertangkai lusinar. Permukaannya lembap dan berlendir. Tekstur lembut .
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas lantai tanah yang subur. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.
Nilai perubatan:
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas lantai tanah yang subur. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.
Nilai perubatan:
- Tidak diketahui
cendawan tali@cendawan togeh |
Berbentuk payung warna putih keperangan dan ada benjolan warna perang dibahagin atasnya. Bahagian bawah ada insang warna putih. Saiz antara 20-30 mm dan panjang tangkainya antara 60-70mm.Struktur adalah cendawan kenyal
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas lantai tanah yang subur dan terdapai anai-anai dibawahnya. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.
Nilai perubatan:
- Tidak diketahui
Buah berbentuk payung warna jingga kekuningan. Permukaan atas payung licin dan melekit. Bebagai saiz iaitu antara 20-40mm. Dibahagian bawah bentuk insang berwarna kuning putih. Tangkai ber warna jingga kekuningan dan berongga di tengahnya. Tekstur lembut dan tidak kenyal.
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas lantai tanah yang subur dan berhampiran dengan pokok buluh atau di tanah lapang. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.
Nilai perubatan:
- Tidak diketahui
Cendawan mangkuk |
Bentuk bulat kelihatan seperti mangkuk dan berwarna kuning kemerahan. Tumbuh dalam kumpulan dan bertangkai. Permukaannya ada bulu-bulu halus dan tekstur lembut.
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas kayu mati dan kadangkala diatas buah-buahan reput hutan. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa. Orang Temuan makan cendawan ini dan juga dijadikan sebagai umpan untuk memancing.
Nilai perubatan:
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas kayu mati dan kadangkala diatas buah-buahan reput hutan. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa. Orang Temuan makan cendawan ini dan juga dijadikan sebagai umpan untuk memancing.
Nilai perubatan:
- Tidak diketahui
Kulat tepus@kulat trompet |
Bentuknya seperti trompet dan berwarna kuning. Dibahagiannya iaitu payung berwarna kuning dan dibahagian tengah berwarna ungu. Dibawah payung ada insang dan tangkai warna kuning.
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas lantai tanah Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.
Nilai perubatan:
- Tidak diketahui
kulat mata kerbau |
Bentuknya bulat dan berwarna coklat muda/pekat. Struktur cendawan kenyal Cendawan ini boleh dimasak waktu segar atau dikeringkan sebelum dimasak.
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas tunggul atau kayu mati. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.
Nilai perubatan:
- Tidak diketahui
Cendawan kasut |
Berbentuk payung dan apabila matang mangkuk. warna putih keperangan dan ada benjolan warna perang dibahagin atasnya. Bahagian bawah ada insang warna putih dan berbagai saiz bertangkai. Struktur adalah cendawan kenyal
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas lantai tanah yang subur. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.
Nilai perubatan:
- Tidak diketahui
Gambar kredit : Pendekar Rimba
13)Raja_kulat
Bentuk payung,sifat diameter kelopak kulat dianatara 250 mm, diameter batang kulat diantara 25 mm, ketinggian diantara 300mm dari atas tanah. Lokasi ditemui Perlis. berwarna Putih kirim, keliling kelopak kulat beralun dan tumbuh dalam kelompok
Habitat:
tumbuh dikaki bukit ditempat redup beriklim sederhana dan bermusim
Nilai perubatan:
- Tidak diketahui
Kredit info & picture : Mohd Al Hafis
Bentuk payung berwarna perang bercampur kirim, keliling kelopak kulat beralun dan tumbuh dalam kelompok pada dahan mati atau tunggul pokok yang mati. Bersifat kenyal apabila tua atau kering.
Habitat:
tumbuh dipohoh mati atau tunggul mati ditempat redup dan bermusim terutama selepas musim hujan.
Kulat Nyelutong
14)Kulat Nyelutong@gelang@resak (Lentinus sajor-caju)Bentuk payung berwarna perang bercampur kirim, keliling kelopak kulat beralun dan tumbuh dalam kelompok pada dahan mati atau tunggul pokok yang mati. Bersifat kenyal apabila tua atau kering.
Habitat:
tumbuh dipohoh mati atau tunggul mati ditempat redup dan bermusim terutama selepas musim hujan.
Nilai perubatan:
- Tidak diketahui
cendawan susu harimau (lignosus rhinocerus) |
15)Cendawan Susu Harimau (lignosus rhinocerus)
Ia tumbuh dibawah tanah dan akan mengeluarkan batang dan payung kepermukaan bumi. Ia bertangkai.warna keperangan dan mempunyai garisan-garisan atasnya. Struktur adalah cendawan separa keras dan mempuyai ubi (sclerotium) yang beada didalam tanah tempat ia tumbuh. Cendawan ini amat berharga kerana nilai perubatannya yang tinggi.
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan di atas lantai tanah yang subur tetapi berasingan. Jarak antara satu sama lain sekitar 5 kilometer.
Nilai perubatan:
- Memulihkan fungsi metabolisme,
- Menguatkan sistem imun (ketahanan tubuh dari serangan penyakit),
- Melegakan resdung, Mencegah demam selsema,
- Anti radang dan juga melegakan pernafasan.
- Menguatkan sistem respiratori seperti melegakan batuk, Sinus, Asma, Meningkatkan tahap imunisasi tubuh,
- Melegakan masalah alergi seperti eczema, melegakan masalah sakit sendi
- Melegakan kesan-kesan sampingan rawatan kanser.
Gambar kredit : Penjejak Rimba Prj
cendawan kelentit kering |
Bentuknya hampir bulat dan berwarna coklat dan cerah dengan gabungan beberapa warna. Struktur cendawan adalah liat dan bertangkai kecil.
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas dahan atau pokok yang mati. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.
Nilai perubatan:
- Untuk menghentikan bayi dari menyusu badan
- Untuk menegangkan faraj yang kendur
- Rawatan dalaman bagi wanita
Cendawan Ling zhi |
Bentuknya separa bulat dan berwarna coklat dan cerah dengan gabungan beberapa warna. Struktur cendawan adalah liat@keras. Spesis terbaik sahaja mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Habitat:
Tumbuh meliar mana-mana sahaja di hutan atau kebun di atas dahan atau pokok yang mati. Mudah tumbuh dikawasan redup, lembab dan selesa.
- Melancarkan proses penghadaman
- Membersihkan darah,
- Meneutralkan bisa, melindungi hati,
- Mengawal atau melawan usus
- Tonik untuk selesema,
- Mengawal tekanan jantung,
- Menghilangkan batuk dan mengeluarkan kahak
- Mententeramkan fikiran,
- Mencegah kanser dan mengubati resdung.
- Warna terang (namun tidak semua) dan berbentuk pelik
- Mempunyai "spora" yang banyak
- Mempunyai bau yang meloyakan
- Tiada serangga arau semut di atasnya walaupun telah rosak
- jika dimasak cendawan dan air bertukar hitam
- Bertukar warna hitam jika disentuh atau patahkan
- Berada dalam keadaan baik, tiada haiwan yang makan
- Tumbuh dipokok beracun seperti rengas
- Tiada akar tunjang
berwarna terang dan bentuk pelik |
berspora |
berwarna terang,bentuk pelik dan spora |
nampak menarik tetapi beracun |
Sumber:
Gambar google search
informasi dari carian blog-blog blogspot dan dot. Com
Sekian....
Sam lusuh
#loras
#lusuhadventure
#lorasbushcraftsurvival
https://loras2u.blogspot.com/
www.lusuh.com.my
https://www.youtube.com/user/lusuhadventure
(04 MEI 2020 10 ramadan 1441 hijrah)
kemaskini kembali 11 mei 2020
#lusuhadventure
#lorasbushcraftsurvival
https://loras2u.blogspot.com/
www.lusuh.com.my
https://www.youtube.com/user/lusuhadventure
(04 MEI 2020 10 ramadan 1441 hijrah)
kemaskini kembali 11 mei 2020
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN
Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami 011-1220 7394(sam)
lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my
(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Terimakasih ilmu yg diberi..
ReplyDeleteBantu benarkan.. cendawan mata kerbau bukan calostoma sp, yang benar galiella rufa. Itu enak disantap dan air beguna untuk mata
terima kasih, saya
Deleteterlepas pandang...
Kat tunggul kayu rumah saya ada macam cendawan putih tu tumbuh..tapi tak pasti la cendawan putih ke apa haha..takut makan nanti high pula
ReplyDeleteSaya pernah terjumpa cendawan berbentuk tanjak berwarna putih, adakah cendawan ini punyai KHASIAT?
ReplyDeleteDi tempat saya banyak cendawan yg bernilai tinggi dan jarang dijumpai ,,kalaulah ada pembeli cendawan utk dijadikan ubat dapatlah sy kumpul dan jualkan....
ReplyDelete