Showing posts with label Recreation Medic. Show all posts
Showing posts with label Recreation Medic. Show all posts

Sunday, 2 October 2022

CARDIOPULMONARY RESUSCITATION-CPR (Asas Cara Melakukannya)

CARDIOPULMONARY RESUSCITATION-CPR

 

          Sewaktu melakukan aktiviti luar kemalangan boleh berlaku dan ianya diluar jangkaan.Persediaan perlu ada kepada meraka yang aktif di dalam aktiviti luar ini terutama ilmu “first aid” dan “basic life support”. Pengatahuan berkaitan ilmu ini pasti membantu menyelamatkan banyak nyawa .

Terdapat tiga cara untuk menyelamatkan mangsa:

1) EAR-Expired Air Resuscitation

Kaedah menyelamat dengan cara melakukan hembusan untuk memasukkan udara kedalam paru-paru mangsa dengan cara:

  1. Mulut ke mulut
  2. Mulut ke hidung
  3. Mulut, hidung dan mulut
  4. Mulut ke “mask”

2) ECC-External Cardiac Compression

Kaedah menyelamat dengan melakukan 100@120 perminit tekanan secara terus ke atas dada mangsa dengan menggunakan tangan.

3) CPR-Cardio Pulmonary Resuscitation

Kaedah menyelamat dengan melakukan 30:2 iaitu 30 tekanan dan 2 kali hembusan. Penyelamat melakukankan dua gerakan iaitu hembusan da tekanan jantung secara bergilir-gilir.

 Apakah CPR?

Maksud CPR ialah Cardio-Pulmonary Resuscitation yang merupakan kaedah pertolongan cemas berfungsi untuk:

·         Mengembalikan pengaliran darah dan kadar oksigen yang mengcukupi keparu-paru, otak dan organ penting yang lain.

·         Prosedur ini merangkumi tekanan dada dan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.

Bilakah CPR dilakukan:

Ianya dilakukan apabila semua komponen dan bahagian penting di dalam sistem pernafasan dan peredaran darah berhenti berfungsi.

Bagaimana CPR dilakukan:

Sewaktu kecemasan, seharusnya selalu bertenang untuk membantu mangsa dan ingat DRSABCD untuk menyelamatkan mangsa.


Teknik CPR Dewasa: (8 tahun ke atas)

1) 30 kali tekanan dan dua hembusan 2) Lima pusingan 3) Dua tangan bertindih 4) Tengah dada 5) ke dalaman 2 inci (50mm)  6) Mulut atau hidung 7) lakukan di tempat  yang rata dan stabil

Teknik CPR Kanak-kanak: (1 tahun ke 8 tahun)



1) 30 kali tekanan dan dua hembusan 2) Lima pusingan 3) Satu tangan 4) Tengah dada 5) ke dalaman 2 inci (50 mm)  6) Mulut atau hidung 7) lakukan ditempat  yang rata dan stabil

Teknik CPR Bayi: (1 tahun ke bawah)

 

1) 30 kali tekanan dan dua hembusan 2) Lima pusingan 3) Dua jari 4) Tengah dada 5) ke dalaman 1.5 inci (38 mm)  6) Mulut dan hidung 7) Lakukan di tempat  yang rata dan stabil


Nota:

1) Berhenti melakukan CPR apabila paramedik sampai dan mereka akan mengalas tugas seterusnya 

2) Mangsa telah sedar 

3) Jika terlalu penat untuk meneruskan 

4) Tempat kejadian menjadi tidak selamat 

5) Adanya alat AED dan bersedia untuk digunakan.

 2) Untuk DEFRIBILLATION tidak semua kawasan ada kemudahan AED. Jika di kawasan rekreasi hutan, tidak mungkin kemudahan ini tersedia.

          Seandainya mangsa tidak sedarkan diri tetapi telah bernafas dan tidak mempunyai keadaan lain yang mengancam nyawa, lakukan kedudukan pemulihan “recovery position” yang bertujuan memastikan jalan nafas atau saluran udara tetap terbuka dan juga memastikan bahawa sebarang muntah atau cecair tidak akan menyebabkan mangsa tercekik

 


Tanda-tanda kejayaan CPR:

1.Hilang warna biru atau pucat
2. Ada tindakbalas suara mengerang mangsa
3. Terdapat pergerakan di mata mangsa
4. Ada tindakbalas rasa sakit mangsa
5. Denyutan nadi semakin aktif

Chest Compression Device:
Ini adalah salah satu cara dalam melakukan CPR tetapi tekanan dilakukan oleh alat ini. Apakah alat ini?

"Chest compression is the act of applying pressure to someone's chest in order to help blood flow through the heart in an emergency situation. Give one breath of mouth-to-mouth resuscitation, followed by five chest compressions."



Automated External Defibrillator (AED)  

Apakah maksud AED?

An automated external defibrillator (AED) is a medical device designed to analyze the heart rhythm and deliver an electric shock to victims of ventricular fibrillation to restore the heart rhythm to normal.

Bagaimana ia berfungsi:

An AED is a type of computerized defibrillator that automatically analyzes the heart rhythm in people who are experiencing cardiac arrest. When appropriate, it delivers an electrical shock to the heart to restore its normal rhythm.

7 langkah untuk menggunakan AED:

The AED protocol has seven basic steps:

1.   Check unresponsiveness.

2.   Call 999 or the local emergency number (if applicable) and retrieve the AED.

3.   Open the airway and check for breathing. 

4.   Check for a pulse. 

5.   Attach the AED electrode pads.

6.   Analyze the heart rhythm.

7.   Press the "shock" button, if advised.



Secara asasnya alat AED akan memberikan arahan secara outomatik apabila kita menggukannya. Kita hanya perlu mendengar dengan dan faham arahan yang diberikan untuk menyelamatkan mangsa. Sebaiknya tahu secara asas menggunkan alat ini adalah langkah terbaik.


Sekian....

Sam lusuh
03102022
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN



Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)

(bahan penulisan hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Thursday, 3 January 2019

Program First Aid & CPR Siri 1 (lusuh adventure, loras & MyFast)

>Syukuran program First Aid & CPR + AED, antara "LORAS" dengan kerjasama "MyFast" berlangsung dengan jayanya. Semoga Kita akan bertemu lagi ditahun hadapan dengab program yang lain.
>Ini adalah project pertama "LORAS" dalam memperbagaikan program ilmu untuk mereka yang dahagakan ilmu. Tqvm bagi yang terlibat dalam menjayakanya.

Sekian Terima kasih.
sam_lusuh_LORAS
(Lusuh outdoor recreation and survival)














Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w: www.lusuh.com.my
w: www.loras2u.blogspot.com
w: www.samlusuh.blogspot.com


(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)



Wednesday, 12 December 2018

KURSUS ASAS "FIRST AID DAN CPR 25/12/2018

🔥KURSUS ASAS "FIRST AID DAN CPR"🔥
kursus ini bagi saya wajip diambil oleh meraka-meraka yang terbabit dalam sektor perlancongan terutama rekreasi. Malim gunung, gogo, instructor dan sesiapa sahaja. kita tidak tahu bila dan dimana kemalangan akan berlaku, tetapi sekurang-kurang kita telah ada ilmu untuk membantu di saat kecemasan terhadap, pelanggan, peserta mahupun keluarga sendiri...fikir..fikirkan...duit yang dilabur untuk kursus hanyalah sebesar debu, berbanding nilai ilmu yang dipelajari dan dapat menyelamatkan satu nyawa.


>>>BAYARAN RM150.00 TERMASUK : SIJIL, NOTA, MAKANAN, SERTA JURULATIH YANG BERTAULIAH DAN BERPENGALAMAN DARI MyFAST.<<<
(jurulatih banyak berkhidmat diluar negara seperti Pakistan, Indonesia, Filipina dan negara-negara lain dibawah PBB-banyak pengalaman menarik yang boleh di kongsi)
👉KURSUS PADA HARI SELASA 25/12/2018 (satu hari sahaja)
👉LOKASI : Permis@kedai Lusuh Adventure Taman Melawati KL
👉MASA : 8.30-6.00 PETANG
👉PESERTA : 25@30 ORANG SAHAJA
👉kONSEP KURSUS: Santai
Module & Aktiviti :
👉Pengenalan Pertologan Cemas
👉Penilayan Persekitaran
👉Luka Dan Pendarahan
👉Patah & Renjatan
👉Terbakar
👉CPR
👉Teknik Usungan
Kaedah Pembelajaran:
>>>TEORI DAN PRAKTIKAL<<<
SIJIL KURSUS DIKELUARKAN OLEH:
"Pertubuhan Pertologan Cemas Malaysia MyFAST"
Tarikh Tutup Penyertaan :
👉👉23 Disember 2018👈👈
Bagi yang berminat boleh join group whatsapp atau hubungi saya untuk keteragan lanjut.👇👇👇👇

Sekian Terima kasih.
sam_lusuh_LORAS
(Lusuh outdoor recreation and survival)
#lusuh_adventure
#LORAS