Sunday 21 January 2018

Kepentingan Ilmu Ikhtiar Hidup Di Dalam Rekreasi Siri 1 (sumber gambar dari program lama)

                                                           Survival Siri 1 level 1 (12-11-2017) 


          Tujuan program adalah untuk menyedarkan perserta kepentingan ilmu pengetahuan ikhtiar hidup didalam dunia rekreasi. Tidak kira apa sahaja cabang rekreasi yang diceburi seperti pendaki gunung, malim gunung, pemancing atau sebagainya, dengan adanya pengetahuan asas berkaitan ikhtiar hidup pasti dapat membantu disaat ditimpa bencana seperti sesat dihutan atau darurat.
          Apa sahaja peringkat ilmu pengetahuan, taraf dan kedudukan serta pengalaman yang dimiliki , tidak berguna jika disaat kecemasan anda tidak dapat melakukan apa-apa, dan hanya berserah dan mengharap bantuan dari pihak yang berwajip. Gambarkan jika di saat kecemasan seperti sesat dihutan atau darurat kita tidak dapat membantu keluarga dan anak-anak atau diri sendiri disebabkan tidak tahu ikhtiar hidup untuk melangsungkan kehidupan. Anda tidak kenal makanan yang selamat, mencari sumber air yang bersih, membina tempat tinggal, mencari jalan yang betul untuk keluar, membuat simbul-simbul meminta tolong dan terakhir menghidupkan api. jadi jalan terakhir hanyalah berserah kepada takdir.
        Marilah kita berubah, lupakan Diploma, Ijazah, Master dan PHD, Pakar tali, pakar Selam dan pakar-pakar lain yang aktif rekreasi atau yang suka-suka. Ingatlah sehebat mana pun anda, belajarlah ilmu ikhtiar hidup walaupun secara asas agar lebih jelas pandangan di saat kesusahan.
"Bukan nak jadi pandai, tapi berguna di saat kecemasan"

(Program Asas Ikhtiar Hidup Di Banjaran Sedayu)
>Dianjurkan oleh My_Survival (lusuh adventure) dan jurulatih adalah Sam Lusuh
>Program memperkenalkan dunia ikhtiar hidup kepada peserta
>Teori ikhtiar hidup dan berkaitan
>Pengenalan kepada "fire starter, Tools Kit, first aid dan berkaitan
>Pengenalan kepada teknik penggunan parang dan pisau dengan betul
>Praktikal menghidupkan
>Praktikal memasak mengunakan messtin
>Pengenalan kepada tumbuhan yang selamat untuk dimakan
>Asas Ikatan Tali dan pemasagan "Tarp"@ flysheet dengan betul
>Pengenalan pemasagan kemah semasa kecemasan mengguna ponco

Teknik Kendali Parang dan lain-lain

 Pengenalan Kepada  Tumbuhan


Menghidupkan Api

Tentative Program  Basic Survival yang di jalankan pada 12-11-2017 yang lepas.
Alamat:
Banjaran Sendayu
Batu 12 3/4 Jalan Gombak-Bentong Lama, 51300 Kuala Lumpur, Malaysia
Kuala Lumpur, Malaysia 51000
(jalan ke sungai pisang melalui empagan
>8.30-9.00 am berkumpul di pintu masuk kem Banjaran Sendayu
>9.00 am : bergerak masuk
>9.30 -9.45 am : Suaikenal 
>9.45 -10.45am : Pengenalan peralatan survival kit
1. Fire Starter
2. Basic Survival Kit 
3. Dan yang berkaitan

>10.45-12.30 am : Teknik Menghidup api
1. Pengunaan fire starter
2. Pengunaan Pisau dan parang
3. Menyediakan rabuk dan yang berkaitan
4. Teknik Memasak dan yang berkaitan

>12.30-2.00pm : Makan, solat dan aktiviti bebas
>2.00-3.00 pm : Pengenalan Tumbuhan dan air bersih
1. Memilih yang selamat dimakan
2. Teknik cari air

>3.00-4.00 pm : Asas Perkhemahan Survival dan pemasagan tarp
1. Asas Tali temali

>4.00-4.30 pm : Asas water crossing 
>4.30-5.00 pm : Solat
>5.00-5.30 pm : Game/bergambar/bersurai

Peralatan Yang Perlu Dibawa:
Ponco
Magnesium Fire Starter (wajip)
Tali Paracord 
Makan Sendiri (wajip-bawa sedikit beras yer)
Messtin (wajip)
Pisau atau Parang (wajip)
First Aids yang asas (wajip)
Baju Tambahan (wajip)
Stove atau lilin askar
Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.loras2u.blogspot.com
w:www.samlusuh.blogspot.com

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

No comments:

Post a Comment