Tuesday 31 December 2019

Kursus Bushcraft Survival siri 11 28-29/12/2019

Kursus Penutup untuk tahun 2019 ....
Bushcraft Survival siri 11 28-29/12/2019
Belangsung dengan jayanya dan di sertai seramai 11 orang peserta yang dahagakan ilmu. Semoga segala pengatahuan yang telah LORAS curahkan menjadi satu amalan sewaktu berekreasi nanti dan menjadi ilmu yang berguna untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan semua.


Ini adalah program pertama LORAS "full compliance with MoTEX standard" (RAMS, INSURANCE, DOCUMENTATION,SOP, & ETC) untuk menjamin peserta dan jurulatih sentiasa merasa selamat, gembira dan di hargai
Terima kasih kepada barisan jurulatih, pembantu & tenaga sukarela yang menjayakan program kali ini.
SEKIAN TERIMA KASIH, moga kita semua berjumpa di LEVEL 2 nanti yer....
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
>Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
>Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
>Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059
Tamat Kursus 








Pasangan suami & isteri
jungle cooking






















Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS

(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my
(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)





Monday 23 December 2019

Informasi berkenaan LORAS dan VISInya.....

INFORMASI LORAS:
PENGENALAN LORAS
          Lusuh Outdoor Recreation And Survival didaftarkan secara rasmi bertarikh 07112018 di Kuala Lumpur di atas minat dan kesedaran yang mendalam dalam bidang rekreasi, kraf rimba dan ilmu iktiar hidup di mana ia begitu terasing bagi peminat-peminat rekreasi, walaupun ia telah lama diperkenalkan di Malaysia. Sebelum itu, kami berada di bawah jenama My_Survival Enterprise yang ditubuhkan awal 2017 dan sebagai rakan kongsi dan jurulatih.
          Pada awal penubuhan, kami ianya bergerak secara senyap, namum kami mengorak langkah mendaftar syarikat “Lusuh Outdoor Recreation And Survivalsebagai sebuah syarikat untuk menawarkan perhidmatan perunding aktiviti rekreasi dan ikhtiar hidup dan terbuka kepada orang ramai dengan berbekalkan pengalaman selama 16 tahun di dalam dunia “Bushcraft & Survival”. Syarikat kami bertauliah dan mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Tourism Excellence (moTEX), Malaysia Productivity Corparation (MPC) dan Tourism Productivity Nexus (TPN). Kami juga adalah jurulatih rekreasi luar kebangsaan bertauliah dari Kementerian Belia Malaysia (KBS)
          Kami menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan professional untuk memuaskan kehendak pelanggan khususnya peminat sukan dunia lasak agar sama-sama berkongsi keseronokan dan kemahiran agar dapat menyegarkan minda secara persendirian atau berkumpulan
          Selain program ikhtiar hidup yang menjadi fokus utama syarikat, kami juga menawarkan perhidmatan konsultasi, menjalankan kursus-kursus seperti pertolongan cemas, keselamatan di air, “team building”, bengkel dan seminar serta mengurus dan mengendalikan pakej-pakej dalam apa jua bidang yang berkaitan dengan “adventure” bersama-sama sekutu kami.
          Di dalam program yang dijalankan kami sentasa mementingkan keselamatan pada tahap yang paling maksimum agar keselamatan selalu terpelihara agar dapat memberi suatu pengalamam yang baik dan dikenang selamanya. kami sentiasa merancang serta penambah baikan pengurusan bagi meningkatkan lagi keupayaan keyakinan pelanggan kami di masa hadapan.
          Setiap program rekreasi dan survival yang dijalankan, tentu memerlukan peralatan seperti khemah, tali dan sebagainya. Untuk memudahkan urusan tersebut syarikat kami Lusuh Adventure Enterprise (reg: 001780378-V) memainkan peranan utama sebagai pembekal kelegkapan tersebut. Ini memudahkan kerja antara pelanggan dan kami.
         Diharap segala penerangan di atas dapat memuaskan hati anda dan dapat kita menjalinkan persahabatan untuk program-program ilmiah dan santai dimasa hadapan dengan penuh iklas, jujur dan saksama.


VISI SYARIKAT :
LUSUH ADVENTURE RECREATION AND SURVIVAL (loras) menjadi wadah dalam pembentukan modal insan yang cemerlang dan melahirkan pecinta rekreasi dan iktiar hidup yang berilmu.

MISI LORAS
  1. Menyediakan perkhidmatan perunding rekreasi dan ikhtiar hidup yang berkualiti tinggi dalam program yang mencabar minda dan kecergasan serta pembagunan modal insan.
  2. Melahirkan pencinta rekreasi yang berilmu, berketrampilan, berdisiplin, dan memiliki keyakinan diri yang tinggi.
  3. Mejadikan ilmu “bushcraft survival” yang wajip dipelajari diperingkat tertinggi

OBJEKTIF
  1. Menganjurkan aktiviti-aktiviti rekreasi dan ikhtiar hidup seterusnya menerapkan nilai-nilai murni dan etika rekreasi semasa program dijalankan.
  2. Melahirkan mereka yang keyakinan diri dengan memperkenalkan aktiviti-aktiviti menguji minda dan stamina di darat dan air.
  3. Memberi pendedahan kepada peserta bahawa aktiviti-aktiviti rekreasi dan ikhtiar hidup  boleh  dimanafaatkan sebagai salah satu cara hidup yang sihat.
  4. Mewujudkan kerjasama berkumpulan tanpa sempadan bangsa dan agama.
  5. Menyalur segala bentuk keilmuan dan kemahiran teori dan praktikal agar lebih faham dan dipraktikan
YANG MENGIKTIRAF LORAS:


Harap penjelasan yang serba ringkas ini, dapat memberi gambaran yang jelas kepada anda  siapakah kami. Jika ingin menggunakan perkhidmatan kami atau menyertai program-program kami anjurkan, kami amat berbesar hati untuk menerimanya. Hiduplah dengan berilmu dan beramal...Sekian Terima Kasih....

lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)


Saturday 21 December 2019

PROGRAM "BUSHCRAFT SURVIVAL AND OUTDOOR RECREATION KNOWLEDGE" (BSOR) SIRI 2 UNTUK ANAK-ANAK KARIAH SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN

PROGRAM "BUSHCRAFT SURVIVAL AND OUTDOOR RECREATION KNOWLEDGE" (BSOR) SIRI 2 UNTUK ANAK-ANAK KARIAH SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN

As-salam..
Pada tarikh 30 Nov-02 Disember 2019, Bertempat di Kem Herba Sungai Congkak, kami LORAS diberi kepercayaan untuk melaksanakan program "Bushcraft Survival And Outdoor Recreation"(BSOR) Siri 2. Program ini adalah untuk kariah Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Seramai 37 orang peserta terbabit yang terdiri dari berbagai umur dan latar berlakang termasuk golongan asnaf. Pihak urusetia pula seramai 7 orang.
Untuk program ini, kami menjalankan Bushcraft Survival, Recreatian dan Fun Learning (game & motivasi) secara serentak. Ini adalah module LORAS (BSOR) untuk pelajar-pelajar sekolah agar sentiasa cergas, berilmu, semagat dan ceria sepanjang program.
Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Surau Al-Hijrah Kota Warisan kerana memberi kepercayaan kepada LORAS untuk merealisasikan apa yang dikehendaki oleh pihak pengurusan surau.
Sekian Terima Kasih
(Hubungi kami jika berminat untuk menjalankan program BSOR 011-1220 7394)
Picture by: Erisan Hairi & Sam lusuh


Energizer dulu..
kelas bermula
ikatan dan simpulan
survival kit

teknik hidup api
 tazkirah selepas solat magrib dan isyak
 tazkirah selepas solat magrib dan isyak dan qiamulai bangun 4.30 pagi
 Motivasi "night in the jungle"



Kelas Memasang Jerat

 Senaman pagi




masakan rimba


 Kraf perkhemahan (belajar pasang dan buka)

 Mengenali tumbuhan dan mencari sumber air

"Night walk"

 majlis BBQ


Teori melintas sungai, selamatkan orang lemas dan pengunaan "throw Rope"




praktikal "river crossing"

makan berjemaah guna dulang


tamat kursus 3 hari 2 malam

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS

(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my
(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)