Monday 23 December 2019

Informasi berkenaan LORAS dan VISInya.....

INFORMASI LORAS:
PENGENALAN LORAS
          Lusuh Outdoor Recreation And Survival didaftarkan secara rasmi bertarikh 07112018 di Kuala Lumpur di atas minat dan kesedaran yang mendalam dalam bidang rekreasi, kraf rimba dan ilmu iktiar hidup di mana ia begitu terasing bagi peminat-peminat rekreasi, walaupun ia telah lama diperkenalkan di Malaysia. Sebelum itu, kami berada di bawah jenama My_Survival Enterprise yang ditubuhkan awal 2017 dan sebagai rakan kongsi dan jurulatih.
          Pada awal penubuhan, kami ianya bergerak secara senyap, namum kami mengorak langkah mendaftar syarikat “Lusuh Outdoor Recreation And Survivalsebagai sebuah syarikat untuk menawarkan perhidmatan perunding aktiviti rekreasi dan ikhtiar hidup dan terbuka kepada orang ramai dengan berbekalkan pengalaman selama 16 tahun di dalam dunia “Bushcraft & Survival”. Syarikat kami bertauliah dan mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Tourism Excellence (moTEX), Malaysia Productivity Corparation (MPC) dan Tourism Productivity Nexus (TPN). Kami juga adalah jurulatih rekreasi luar kebangsaan bertauliah dari Kementerian Belia Malaysia (KBS)
          Kami menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan professional untuk memuaskan kehendak pelanggan khususnya peminat sukan dunia lasak agar sama-sama berkongsi keseronokan dan kemahiran agar dapat menyegarkan minda secara persendirian atau berkumpulan
          Selain program ikhtiar hidup yang menjadi fokus utama syarikat, kami juga menawarkan perhidmatan konsultasi, menjalankan kursus-kursus seperti pertolongan cemas, keselamatan di air, “team building”, bengkel dan seminar serta mengurus dan mengendalikan pakej-pakej dalam apa jua bidang yang berkaitan dengan “adventure” bersama-sama sekutu kami.
          Di dalam program yang dijalankan kami sentasa mementingkan keselamatan pada tahap yang paling maksimum agar keselamatan selalu terpelihara agar dapat memberi suatu pengalamam yang baik dan dikenang selamanya. kami sentiasa merancang serta penambah baikan pengurusan bagi meningkatkan lagi keupayaan keyakinan pelanggan kami di masa hadapan.
          Setiap program rekreasi dan survival yang dijalankan, tentu memerlukan peralatan seperti khemah, tali dan sebagainya. Untuk memudahkan urusan tersebut syarikat kami Lusuh Adventure Enterprise (reg: 001780378-V) memainkan peranan utama sebagai pembekal kelegkapan tersebut. Ini memudahkan kerja antara pelanggan dan kami.
         Diharap segala penerangan di atas dapat memuaskan hati anda dan dapat kita menjalinkan persahabatan untuk program-program ilmiah dan santai dimasa hadapan dengan penuh iklas, jujur dan saksama.


VISI SYARIKAT :
LUSUH ADVENTURE RECREATION AND SURVIVAL (loras) menjadi wadah dalam pembentukan modal insan yang cemerlang dan melahirkan pecinta rekreasi dan iktiar hidup yang berilmu.

MISI LORAS
  1. Menyediakan perkhidmatan perunding rekreasi dan ikhtiar hidup yang berkualiti tinggi dalam program yang mencabar minda dan kecergasan serta pembagunan modal insan.
  2. Melahirkan pencinta rekreasi yang berilmu, berketrampilan, berdisiplin, dan memiliki keyakinan diri yang tinggi.
  3. Mejadikan ilmu “bushcraft survival” yang wajip dipelajari diperingkat tertinggi

OBJEKTIF
  1. Menganjurkan aktiviti-aktiviti rekreasi dan ikhtiar hidup seterusnya menerapkan nilai-nilai murni dan etika rekreasi semasa program dijalankan.
  2. Melahirkan mereka yang keyakinan diri dengan memperkenalkan aktiviti-aktiviti menguji minda dan stamina di darat dan air.
  3. Memberi pendedahan kepada peserta bahawa aktiviti-aktiviti rekreasi dan ikhtiar hidup  boleh  dimanafaatkan sebagai salah satu cara hidup yang sihat.
  4. Mewujudkan kerjasama berkumpulan tanpa sempadan bangsa dan agama.
  5. Menyalur segala bentuk keilmuan dan kemahiran teori dan praktikal agar lebih faham dan dipraktikan
YANG MENGIKTIRAF LORAS:


Harap penjelasan yang serba ringkas ini, dapat memberi gambaran yang jelas kepada anda  siapakah kami. Jika ingin menggunakan perkhidmatan kami atau menyertai program-program kami anjurkan, kami amat berbesar hati untuk menerimanya. Hiduplah dengan berilmu dan beramal...Sekian Terima Kasih....

lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)


No comments:

Post a Comment