Monday 27 April 2020

Perkara "MISTIK" diantara realiti atau fantasi dalam rekreasi & survival (pegalaman penulis)

Parbu Siliwangi foto :Istimewa
Segala yang berlaku adalah dari keizinan Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Allah pencipta segala alam dan seluruh galaksi. Allah mencipta mahluk-mahluk dari berbagai ciptaan antaranya Manusia dari tanah, manakala dari api adalah jin@Iblis@syaitan. Semua ciptaan ini tidak lain hanyalah untuk sujud kepada Allah yang maha kuasa. Walaupun begitu ada yang ingkar dan menentang Allah iaitu  iblis dan berjanji akan merosakan umat cucu cicit nabi Adam hingga hari kiamat agar mengikutnya ke Neraka. Dari kesesatan iblis inilah lahirlah berbagai kesesatan dan kemungkaran di dunia dengan dibantu oleh syaitan dan jin kafir@islam(yang jahat) sebagai suruhan atau tentera untuk menyesatkan manusia atau menggangu kehidupan manusia.

Berkaitan dengan dunia rekreasi dan bushcraft survival, kebiasaan kita akan masuk hutan umtuk menimba ilmu, mencari rezeki, mencari ketenangan dan berbagai alasan lagi sedangkan hutan itulah tempat tinggalnya mahluk-mahluk ini dengan kerajaannya dan penempatannya. Oleh itu janganlah kita sombong atau melakukan perkara yang tidak baik ketika didalamnya. Andai kata kita di ganggu atau terjumpa anggaplah ia satu rezeki dan berlindunglah kepada Allah tuhan pencipta yang maha Agong.

Punca sesat kerana ganguan alam ghaib..
1)jumpa Julia dibanir pokok Gunung Datok
2)Jin hijau digunung ledang
3)dikejar benda itu dia Sungai lopor
4)melayan geng dibuka hijab (nampak alam ghaib)



Diikuti Harimau Belang & kisah Mistik Memgenainya...
1)Apa nak buat jika berlaku
2)Bagaimana kita tahu berada dikawasanya
3)apakah ia makan manusia?
4)Harimau jadian (mistik)


Sam lusuh

Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN




Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS

(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my


(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)


Tuesday 21 April 2020

PUNCA-PUNCA GANGGUAN JIN DAN SYAITAN TERHADAP MANUSIA

As-salam..

Puteri Gunung Ledang dikatakan berasal dari mahluk jenis Jin@Bunian

      Tempat tinggal Jin adalah merangkupi Darat, Udara dan Air. Jika darat pastilah membabitkan hutan dan gunung ganang. Sebagai peminat rekreasi anda sepatutnya tahu mengenai makluk ciptaan Allah ini walaupun secara asas agar dapat menjadikan panduan atau sempadan didalam rekreasi. Dipenulisan yang seterusnya saya akan ceritakan secara detail tetapi ringkas agar anda semua mudah faham. Semoga dapat dijadikan panduan semasa anda beriadah nanti. Ingat yer salah satu faktor sesat berlaku ialah gangguan "Mistik".

Antara ganguan-ganguan Jin dalam rekreasi:
>Menyerupai manusia yang menyebabkan manusian yang benar keliru
>Menyesatkan manusia dari jalan/denai/laluan yang betul menyebabkan salah jalan dan sesat
>Mengeluarkan suara-suara yang pelik atau meniru suara manusia
>Merasuk manusia (terutama yang ada SAKA)
>Menjelmakan dirinya dalam keadaan yang menakutkan atau seperti haiwan
>Menganggu dengan cara kasar seperti membaling objek, menekan khemah dan sebagainya
>Menganggu sewaktu tidur


Gangguan sewaktu tidur

      'Jin'ﻦﻲﺟ (jinnie)@(genie) merupakan sejenis makhluk halus yang dicipta dari api. Jin berbeza dengan malaikat. Malaikat semuanya beriman, sedangkan jin ada yang beriman dan ada yang kafir dan seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah dan sebahagian yang ingkar dengan perintah Allah. Begitu juga dengan kewajipan jin seperti juga dengan manusia. Allah telah menciptakan jin terlebih dahulu sebelum menciptakan Adam dan merupakan penghuni pertama ke atas muka bumi.

Jin terbahagi kepada 2 bahagian :
1.Jin Rahmani :
>Merupakan jin muslim
>Terbahagi kepada beberapa bahagian, kelompok, mazhab dan golongan-golongan yang berbeza-beza.
2. Jin Syaitani :
Merupakan bangsa jin yang bersifat jahat atau fasiq

Selain itu kepelbagaian bentuk jin telah digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w
Rujukan
Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa'labah al-Khasyani, sabda Rasulullah s.a.w :
"Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk; satu jenis (spertiga) yang mempunyai sayap. Mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ular dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia)"
>Terdapat bangsa jin yang mempunyai kekuatan serta kecerdikan yang dikenali sebagai ifri

Makanan jin:
Jin juga memerlukan makanan seperti juga manusia untuk memberi tenaga dan lain-lain lagi. Sesetengah berpendapat dan mengatakan , Makanan jin adalah terdiri sesuatu zat yang diuraikan samada melalui asap pembakaran atau pereputan tulang atau najis. Sebagai misal orang yang mengkadamkan jin sentiasa menyediakan pembakaran asap pembakaran seperti kemenyan untuk berhubung dengan jin. Walau bagaimanapun tidak dinyatakan didalam Al-Quran berkaitan makanan jin adalah dari asap atau wangian.
Riwayat at-Tirmidzi, sabda Rasulullah s.a.w:
"Maka janganlah kamu beristinja dengan tulang dan tahi binatang. Sebab hal itu merupakan bekal (makanan) saudaramu dari kalangan jin"
>Najis-najis binatang digunakan untuk dijadikan bahan makanan kepada ternakan mereka


Tengok video ini anda kan lebih faham

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN
A) Berpunca Daripada Jin
  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.
Bunian adalah bangsa Jin
    B) Berpunca Daripada Manusia
    • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
    • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
    • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
    • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
    • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
    • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
    • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
    • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:
    1. Terlalu marah.
    2. Terlalu takut.
    3. Nafsu syahawat yang tinggi.
    4. Manusia yang lalai.
    5. Jahil
    • Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
    • Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.
      TANDA-TANDA GANGGUAN
      a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
      • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
      • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
      • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
      • Mimpi buruk yang menakutkan.
      • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
      • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
      • Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
      • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
      • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
      • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
      • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
      • Mimpi melihat makhluk halus.
      • Mimpi melihat salib atau gereja.
      • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
      • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
      • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).
        b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:
        • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
        • Hilang ingatan (Gila).
        • Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
        • Lesu dan malas.
        • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
        • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
        • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
        • Lenguh sendi-sendi.
        • Melihat sesuatu yang pelik.
        • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
        • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
        • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
        • Jiwa lemah dan mudah mengalah.
        • Selalu mengantuk.
        • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
        • Mudah marah dan panas baran.
        • Hilang darah.
        • Agresif dan bertindak liar.
         Cara mengelak gangguan Jin:
        • Selalu menbaca "Bismillah" jika melakukan apa saja pekerjaan seperti masuk rumah dan terutama makan
        • Mengamalkan menbaca ayat "kursi" sebelum tidur atau ketempat yang baru kita pergi
        • Mengamalkan tiga kul sebelum tidur iaitu surah An-Nas,Al-Falaq dan AL-Iklas
        • Selalu membaca Al-Quran dirumah terutama surah AL-Baqarah
        • Melaungkan Azan jika terasa diganggu
        • Selalu berdoa kepada Allah memohon perlindugan dari gangguan Jin dan syaitan
        • Selalu berzikir dan meingati Allah dan digalakkan baca kalimah "la haulaWala quawwata illa billa"
        • Jangan mencabar atau menggangu meraka selagi ia tidak memudaratkan kita, sebaiknya selalu ingat kepada Allah.
        • Elakan pergi ketempat yang kita tahu atau rasakan tempat meraka ia ada.

        Antara pengalam penulis dalam alam mistik ini selama terbabit dalam rekreasi:

        >Diganggu oleh jin berwarna hijau dan gigi bertaring sewaktu ingin solat Magrib di gunung Ledang ia ikut belakang semasa ambil wuduk dan meninjau-nijau mukanya pada saya sewaktu solat.
        >Diganggu sewaktu hendak mandi di Gunung Ledang ia memecahkan lantern dan sebelah malam ia telah pusing kawasan khemah dan telah mengganggu salah seorang peserta dengan meraup kepalanya.(tidur tidak tutup kepala bawah Fly)
        >Didatangi Harimau Berkaki tiga di puncak Gunung Belumut Johor dan telah menjegah mukanya kemuka saya.(tidur bawah fly)
        >Dikejar Jin@langsuir sewaktu ke air terjun Lepor Hulu Langat (kes lepak lama sangat)
        >Dengar orang baca Al-Quran semasa menuju ke Lolo gunung Nuang
        >Khemah saya ditekan hingga hingga fly khemah hampir mencecah muka saya di Gunung Tahan
        >Bagpack ditekan dan menjadi berat semasa trekking (ia tumpang duduk atas bag), banyak tempat kena.
        >Di ikuti dari belakang sewaktu trekking 
        >Hammock telah di buai sewaktu saya di dalamnya
        >Menyerupai seorang kawan saya sewaktu turun dari Gunung Datok Negeri Sembilan.
        >Dan banyak lagi pengalaman yang sukar untuk diceritakan.

        Semoga penulisan ini ada manfaat untuk semua terutama para pecinta rekreasi. Penulisan bukan bertujuan memceritakan benda yang karut, atau menakut-nakutkan tetapi untuk kita memahami dunia meraka agar kita sentiasa dilindungi dari gangguan meraka......sekian terima kasih


        Sumber rujukan: 
        FB Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah & wikipedia (Malaysia)


        (outdoor recreation & survival school)
        www.lusuh.com.my(online camping shop)
        Blog:

        https://samlusuh.blogspot.com/?m=1

        Sekian terima kasih
        #sam_lusuh_ORs
        (28082018)

        Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program rekreasi atau ikhtiar hidup dan pembelian barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam)

        SamLusuh_ORs@lusuh adventure
        (outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
        No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
        53100 Kuala Lumpur
        T:011-1220 7394
        w:www.lusuh.com.my


        Scand untuk melihat program-program bushcraft Survival

        (bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

        Lusuh Adventure Online Camping Shop

        LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

        • a

        Monday 20 April 2020

        Teknik mengenali jenis haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselamatan dalam rekreasi@ikhtiar hidup


        Kita sering kali masuk dan keluar hutan, mendaki gunung dan sungai untuk menikmati keindahan alam yang yang di cipta oleh yang maha esa. Didalam perjalanan itu, kita mungkin melalui pengalaman terlihat binatang liar atau melihat kesan-kesan yang ditinggalkan oleh haiwan tersebut. Disaat itu ada dua kemungkianan yang berlaku iatu ialah setuasi merbahaya atau tidak.
        Diartikal ini lusuh akan ceritakan teknik mengenali haiwan melalui tapak kaki yang ditinggalkan, menilai pula adakah kita dalam bahaya atau tidak dan apa perlu dilakukan. Disini lusuh akan fokuskan kepada Harimau, Babi hutan, Beruang dan Seladang yang boleh dikatakan kerap dijumpai kesannya.

        Dinegara kita ini, kes akibat seragan binatang buas terhadap manusia amatlah sedikit. Jika adapun, ai adalah disebabkan oleh harimau belang yang tercedera. Cerita atau kes-kes mengenai haiwan lain menyerang manusia boleh dikatakan hampir tiada.

        Harimau Belang

        Harimau Belang (Panthera tigris) boleh dikesan jika anda jumpa kesan tapak kaki seperti di atas. Secara keseluruhannya ia mempunyai saiz yang besar dan berbadan berbelang. Kebisaanya ada tiga ciri utama tempat tingal harimau ini iaitu, tedapat tempat perlindungan yang bagus, dekat dengan sumber air dan terdapat banyak sumber makanan. Selalunya ia bergerak secara bersendirian dan jika harimau betina ia akan memburu disebelah malam. Harimau belang ini, ada kawasan dan wilayah masing-masing ia ditandakan dengan air kencingnya. Lingkungan kawasan pemburuannya ialah sekitar 20 kilometer persegi,bagi harimau betina dan antara 60-100 km persegi bagi harimau jantan. harimau belang  sangat pandai berenang. Kebisaannya harimau akan lari dari manusia apabila terhidu bau kita. Secara teknikalnya harimau belang ini tidaklah merbahaya kepada manusia kecuali kita ganggu habitatnya, harimau yang mempunyai anak kecil dan yang tercedera.

        Mengenali kehadirannya:

        1-Jika terlihat tapak kaki tetapi  tiada berbau hamis, jangan risau kerana ia mungkin berada jauh dari kita.

        2-Jika terjumpa tapak kakinya dan berbau hancing bercampur hamis, jangan risau anda telah melalui sempadan yang ditandanya.

        3-Jika terjumpa tapak kaki atau tidak, tetapi bau hamis yang amat kuat  jangan cemas kerana ia mungkin berada disekitar tetapi kena berjaga-jaga. Jika sedang anda berjalan tiba-tiba suara burung berkicau dengan bising atau jika ada monyet ia akan menjerit dan melompat-lompat bermakna ia memang berada sangat hampir dengan anda atau mengekori anda.

        4-Harimau ini dapat juga dikesan berdasarkan cakaran yang di tinggalkan dipokok.

        5-Melalui ngauman harimau, ia dapat didengar dalam jarak dua batu. Harus diingat bahawa jika anda dengar ngauman harimau jelas dan kuat bermakna ia masih jauh, tetapi jika anda dengar perlahan bermakna ia ada berhampiran dan dekat.

        6- Jika terjumpa bangkai haiwan yang masih elok tetapi ada kesan gigitan dibadan dan pendarahan dileher.

        Tindakan yang perlu dilakukan:
        1-Jika sedang berjalan dan terasa terancam, maka bertempiklah atau menjeritlah sekuat hati untuk menakutkannya atau mengunakan letupan (mercun atau senjata-jika ada)
        2-Jika bermalam buatlah unggun api dan buatlah senjata untuk menghindarkannya.
        3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, maka jalanlah secara berundur, jangan pusingkan badan kerana tengkuklah sasarannya.
        4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(kerana kebiasaanya manusia bukanlah makanannya)

        Harimau Kumbang
        Harimau kumbang, kebiasaannya di Malaysia ini berwarna hitam tetapi akan kelihatan tompokan pada bulunya jika dipandang dengan teliti. Ia memburu hidup secara bersendirian. Harimau ini berbadan panjang, bertubuh kecil dan berkaki pendek. Ia gemar tinggal diatas pokok dan memburu makanan dikawasan yang di kuasainya. Harimau kumbang ini sangat pandai berenang. Harimau ini kebiasaan menyerang mangsa dari atas pokok tetapi adakalanya melalui darat.Harimau ini juga jarang ditemui dan akan melarikan diri jika terhidu bau manusia atau  yang mengancamnya.(sebenarnya tidak banyak maklumat diketahui mengenainya)

        Mengenali kehadirannya:
        1-Jika terlihat cakaran atau goresan kuku pada dahan dan batang-batang pokok.
        2-Jika terjumpa tapak kakinya (kecil sedikit dari harimau belang) dan berbau hamis
        3-Jika terjumpa tapak kaki atau tidak, tetapi bau hamis yang amat kuat  jangan cemas kerana ia mungkin berada disekitar tetapi kena berjaga-jaga. Jika sedang anda berjalan tiba-tiba suara burung berkicau dengan bising atau jika ada monyet ia akan menjerit dan melompat-lompat bermakna ia memang berada sangat hampir dengan anda atau mengekori anda.
        4- Jika terjumpa bangkai haiwan yang masih elok tetapi ada kesan gigitan dibadan dan pendarahan dileher dan berada di atas pokok.

        Tindakan yang perlu dilakukan:
        1-Jika sedang berjalan dan terasa terancam, maka bertempiklah atau menjeritlah sekuat hati untuk menakutkannya atau mengunakan letupan (mercun atau senjata-jika ada)
        2-Jika bermalam buatlah unggun api dan buatlah senjata untuk menghindarkannya.
        3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, maka jalanlah secara berundur, jangan pusingkan badan kerana tengkuklah sasarannya.
        4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(kerana kebiasaanya manusia bukanlah makanannya
        Babi hutan:
        Babi hutan (Sus scrofa vittatus ) dapat dikesan jika anda terjumpa tapak kaki seperti digambar yang ditunjukkan dan jika anda terlihat  tanah degembur-gemburkan sewaktu didalam hutan.
        saiz haiwan ini lebih besar dari sekeor kambing. Haiwan ini ialah jenis berkuku ,gigi taring dan hidung yang kuat. Babi hutan amat garang jika ia diganggu terutama babi betina yang mempunyai anak. Babi hutan hidup dalam berkumpulan dan ia aktiv mencari makanan antara waktu senja dan malam. Haiwan ini gemar tinggal dikawasan lembah dan lembab.

        Mengenali kehadirannya:
        1-Jika terlihat tapak kaki atau tanah yang degembur-gemburkan sewaktu dihutan
        2-Jika terdengar bunyi dengusan yang kuat (babi dewasa) dan dan bunyi yang nyaring (akak babi)
        3-Jika terlihat kesan lumpur pada batang pokok kerana tabiat babi suka megesel badannya pada batang pokok.(suka berkubang)
        4- Jika terjumpa sarangnya dari timbunan daun-daun dan ranting-ranting kayu yang membentuk seperti busut.

        Tindakan yang perlu dilakukan:
        1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia.
        2-Jika dikejar maka larilah secara 'zik-zak' @kekiri dan kekanan kerana haiwan ini akan berlari menyerang secara lurus. Jika anda lari secara lurus peluang untuk anda kena serang 99% tepat.
        3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat  dan jangan buat haiwan ini terperanjat. jika tidak ,panjatlah pokok untuk keselamatan.
        4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(bacalah doa apa yang patut)

        Beruang (beruang madu)
        Beruang yang dikenali dimalaysia ialah beruang madu (Helarctos malayanus atau sun bear) Berwarna hitam dan ada juga berjalur putih kuning dibahagian leher. Berat haiwan ini 48-68 kg,berketiggian dalam  4 kaki dan boleh berlari pantas, memanjat dan berenang. Haiwan ini boleh juga berjalan dengan dua kaki. Ia hidup di permukaan tanah dan di atas pokok. dan boleh ditemui didatarn rendah (bukit) dan gunung antara 1500-2500m dari aras laut. Haiwan ini mempunyai kuku yang panjang dan tajam dan amat cekap memanjat pokok untuk mencari madu. Haiwan ini juga makan serangga, haiwan kecil dan buah-buahan. Beruang akan bertindak ganas jika ia mempunyai anak.

        Mengenali kehadirannya:
        1-Jika terlihat tapak kaki dan kuku ditanah atau kesan cakaran pada pokok dengan cara yang kuat dan besar
        2-Jika terlihat kesan susunan ranting yang besar seperti sarang tetapi tidaklah kemas  atau susunan daun-daun pokok yang disusun berbentuk bulat.
        3-(kebiasaannya ia amat sukar ditemui kerana ia sejenis haiwan yang pemalu dan dapat menghidu kehadiran manusia dari jarak yang jauh, tetapi jika ia menghampiri, kita tidak akan perasan kerana ia bergerak dengan senyap)

        Tindakan yang perlu dilakukan:
        1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia. Menjeritlah sekuat hati agar ia lari atau gunakan letupan untuk menakutkanya (mercun) cara lain dengan membunyikan "air Horn".
        2-Berpura-pura mati (inilah yang diajarkan dinegara barat jika berhadapan dengan Beruang dan kejayaanya ialah 50/50.
        3-Ambil dahan@ranting yang berdaun, dan halakan kemuka beruang tersebut, ia akan cuba cakar terhadap daun tersebut, di saat itu gunakan senjata untuk melukakan.(langkan terpaksa untuk hidup) atau gunakan paper spray atau Bear Spray untuk memedihkan matanya tanpa mencederakan.
        4-Jika dikejar lepaskan "bagpack" anda, agar beruang akan behenti mengejar dan tertumpu kepada bag yang di tinggalkan. Ingatlah beruang berlari lebih laju dari manusia, oleh itu jika dikejar berlarilah menuruni bukit/gunung kerana larian anda lebih pantas.Ingatlah beruang berlari lebih pantas dari manusia. Jangan panjat pokok kerana beruang lebih pandai memanjat.
        3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat  . selepas itu bertawakalah kena tiada cara lain selain tiga perkara diatas untuk menyelamatkan diri.

        Gajah Malaysia

        Gajah Malaysia (Elephas maximus hirsutus),berbadan kecil sedikit daripada gajah Afrika. Jangka hayat gajah untuk hidup antara 60-80 tahun. Habitat gajah ini ialah tinggal di hutan dara dan hutan skunder. Gajah jantan suka hidup secara sendiri untuk mencari makan, manakala gajah betina dan anaknya hidup secara berkumpulan. Gajah suka berehat bila cuaca panas, mempunyai daerah atau wilayah sendiri untuk mencari makan. Makanan utama gajah daun, rumput dan buah-buahan.  Gajah haiwan yang pandai berenang, cerdik dan pantas belari.



        Mengenali kehadirannya:

        1-Jika terlihat tapak kaki dan najisnya yang masih baru.

        2-Jika terlihat kesan pokok di rebah atau dipecahkankan contoh pokok pisang,rotan dan buloh.

        3.Jika terdegar bunyi gajah yang seperti terompet

        4.jika tahi gajah yang dijumpai telah menjadi kulat atau bercendawan, hindarilah tempat tersebut dari menjadi tapak perkemahan. Ini kerana gajah akan kembali ketempat tersebut.



        Tindakan yang perlu dilakukan:

        1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia. lihat kawasan sekitar untuk mencari tempat berlidung jika terpaksa

        2-Jika dikejar gajah berhadapanlah dengannya, jangan berpaling badan dan jerit sekuat yang mungkin jika ia mula datang menyerang(cara banyak dilakukan dan terbukti keberkesanannya). Gajah amat bijak dan dapat membezakan antara ancaman atau bukan ancaman.

        3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dengan perlahan dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat . (gajah amat agresif jika musim mengawan bagi Jantan dan jika mempunyai anak bagi gajah betina)selepas itu bertawakalah.
        SELADANG
        Seladang (bos gourus) adalah haiwan bowin (dalam kelurga lembu) yang berbadan besar (boleh mencapai ketinggian 2 meter dan berat 900 kg), bertanduk yang kuat dan melentur kedalam besar dan berbulu gelap. Habitatnya, tinggal di hutan dara dan hutan skunder. Haiwan ini hidup dalam berkumpulan antara 4-8 ekor, aktif diwaktu subuh dan senja. Makanan haiwan ini ialah rumput-rumpau dan dedaunan.

        Mengenali kehadirannya:
        1-Jika terlihat kesan tapak kaki (seperti tapak kaki kerbau)
        2-Jika terdengar bunyi dengusan yang kuat.

        Tindakan yang perlu dilakukan:
        1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia. lihat kawasan sekitar untuk mencari tempat berlidung jika terpaksa
        2-Jika dikejar berlarilah kearah pokok yang besar dan berlindung atau berlarilah mengelilinginya. atau sembunyi atau memanjat pokok tersebut. Jika hendak panjat pokok carilah yang besar dan tinggi.
        3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat . (Seladang amat agresif jika ia tercedera atau yang mempunyai anak).


        Pengalaman lusuh dan rakan menghadapi haiwan sebegini :

        1.Di Taman Negara Pahang- (hanya berada dalam jarak 7@10 kaki dari 'trek'  kami lalu (harimau belang) .

        2.Di Lubuk Tedung Kemensah- Telah diekori, dan  ia telah mengaun dengan kuat dan berkali-kali (harimau belang)

        3.Di Air Terjun Jerangkang -telah diekori (harimau belang)

        3.Di Lubuk Tedung Kemensah- Rakan lusuh berhadapan (face to face), setelah berbicara ia beredar.

        4.Main basikal menuju ke Air terjun Kubang gajah kemensah telah dikejar (di ikuti) (harimau bintang)

        5.Taman Negara Pahang, kesan baru Gajah baru lalu. 

        6.Di Cameron Highland-Mendaki Gunung Beremban, Rakan teserempak dengan Beruang Madu.

        Sekian terima kasih, lusuh berharap kita semua mendapat ilmu dari artikel yang dihasilkan.

        Dikemas kini semula 21-04-2020

        terima kasih.

        Sam Lusuh 

        Lusuh Adventure@loras
        030110  0800
        www.lusuh.com.my
        (update pada 23102013)
        1.(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
        2.(Gambar adalah bersumber internet)
                                                                 
              Scan untuk program-program bushcraft survival kami

        Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : loras2u@gmail.com

        Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)
        Lusuh Adventure@My_Survival
        (outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
        No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
        53100 Kuala Lumpur
        T:011-1220 7394

        (bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)


        Lusuh Adventure Online Camping Shop

        LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

        Wednesday 15 April 2020

        Tumbuhan Beracun Di Hutan (Kebaikan dan keburukan)


               Sesuatu kehidupan itu tidak dicipta tampa sebab musabab dan setiap penciptaan dari-Nya pasti ada kebaikan dan keburukan dan manusialah harus mencarinya. Jika kita lihat kepada tumbuh-tumbuhan sebagai contoh, sesetengahnya beracun dan memudaratkan tetapi ia juga memberi kebaikkan kepada manusia sebagai perubatan alterbatif. kita hanya perlu peka dan berusaha untuk mencari ilmu mengenainya agar dapat digunakan dan diberitahu kepada jenerasi akan datang.Jika kembali kepada dunia "Bushcraft Survival" pengatahuan berkaitan tubuh-tumbuhan sangat penting untuk kelangsugan hidup jika beriadah dan sebagainya.

        Sebenarnya banyak lagi tumbuhan-tumbuhan beracun yang boleh dikonsikan, tetapi saya fokus kepada tumbuhan-tumbuhan yang terdapat dihutan dan pinggir hutan kerana kebanyakan kita akan beriadah dihutan-hutan rekresi, mendaki gunung, program-program bushcraft survival, dan yang paling akhir jika tesesat di hutan. Jadi dengan info ini dapat memberi manfaat untuk semua dan dapat menghidar dari melakukan kesilapan.

        Perkongsian ilmu ini juga berguna untuk untuk peminat Bushcraft Survival dan Survivalist menggunakan kelebihan-kelebihan daripada pokok ini seperti racun dan kayu bahan memburu atau mempertahankan diri.


        Pokok Jelatang (Laportea cuspidata)
        Jelatang ialah genus tumbuhan yang berasal dari Urticaceae. Daun atau bahagian lain tumbuhan ini boleh menyebabkan gatal-gatal pada kulit apabila disentuh. Terna ini boleh hidup secara tahunan atau tidak. Seperti banyak tumbuhan Urticaceae, tumbuhan ini mempunyai rambut yang menyengat dan gatal.Tumbuhan dari genus ini terdapat setidaknya 22 spesies

        Kebaikan:
        1. meghilangkan jerawat
        2. anti radang-ubati kulit yang luka
        3. mengubati radang sendi
        4. daun mengubati alahan, demam batuk dan asma
        Jelatang Rusa (Cnesmone javanica)
        Bulu bulu halus dari daun atau bahagian lain tumbuhan ini boleh menyebabkan gatal-gatal pada kulit apabila disentuh.

        Jelatang Gajah (Cnesmone javanica)
        Bahagian yang beracun adalah bulu-bulu halus yang terdapat diseluruh permukaan tumbuhan ini. dan melekat pada kulit menyebabkan gatal, pedih serta bengkak-bengkak pada. Rebusan dari akar pokok ini boleh  menyebabkan cirit-birit jika diminum.

        Daun
        Pohon Pokok
        Pokok Rengas (Gluta/Melanorrhoea Spp)
        Merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Terdapat 8 jenis yang dikenal pasti (wikipedia).Tumbuh berhampiran sungai dan hutan skunder Bahagian yang beracun pada tumbuhan ini adalah getahnya Kesannya menyebabkan kepanasan, bengkak dan melecur jika tersentuh pada kulit yang. Terdapat juga kes jika lalu dibawah pokok, tersentuh daunnya atau terkena debu semasa musim ia berbunga sudah cukup mendatang kegatalan kepada kulit. Tetapi sesetengah orang tidak alergik kepada getah ini tidak akan mendapat sebarang kesan.

        Pokok kayu Rengas mudah dikenali melalui kulit pada batangnya yang pecah tetapi bahagian terbuka besarnya diatas tidak seperti kulit kayu lain yang rekahan kulitnya rapat dibahagian bawah.

        Pokok Rengas Renek (kecil)
        Daun Pokok Rengas Renek (kecil)
        Gambar diatas adalah Pokok rengas jenis renek (kecil) yang terdapat dikebun-kebun, tepi jalan dan di pinggir hutan. Bagi mereka yang ada masalah alahan, hindarkan dari melalui atau menghampiri pokok ini.

        Kebaikan:
        1. Sumber balak
        Pokok Tuba Tuli (Linostoma pauciflorum Griff)
        Akar yang ditumbuk, digunakan untuk menuba ikan di tempat yang air tidak mengalir. Keseluruhan tumbuhan ini adalah beracun dan ia adalah paling beracun didalam keluarga pokok tuba. Boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit jika terminum air rebusan. Boleh menyebabkan rasa panas dikulit jika terkena kulit akarnya
        (gambar kredit :paya asli herbs valley)

        Kebaikan:
        1. Akar untuk menuba ikan
        2. Sebagai racun serangga
        Pokok Tuba 
        Pokok Tuba (Derris elliptica)
        Pokok Tuba tergolong dalam famili Leguminosae. Ia sering dikaitkan dengan aktiviti untuk menuba ikan. Dipercayai dapat merawat jangkitan kutu dan kulit gatal-gatal. Caranya ialah tumbuk lumat daun pokok ini dan disapukan ke tempat yang bermasalah. Getah dari pokok tuba pula jika dicampur dengan cat untuk cat perahu supaya perahu kalis kepada kapang, sejenis ulat penggorek kayu air masin.

        Kebaikan:
        1. Akar sebagai bahan menuba ikan
        2. Ubat gatal-gatal kulit
        3. Getahnya dicampur cat untuk elak ulat kapang mengorek kayu air masin
        Proses ambil getah dari Pokok IPUH
        Daun Pokok Ipuh

        Pokok Ipoh (Ipuh) ( Antiaris toxicaria Lesch)
        Pokok Ipoh (ipuh) subur tumbuh di hutan Malaysia dan Asean. Bentuk daun pokok Ipoh ini ialah hujung daunnya berbentuk tirus,oblong elliptik,pangkal daun berbentuk bulat dan nipis. Pokok Ipoh mempunyai getah beracun yang digunakan sebagai salah satu ramuan racun yang dicampurkan dengan ramuan pokok Tuba untuk untuk dijadikan bahan memburu bagi orang asli secara menyumpit. Racun ini bertindak dengan pantas dan akan melumpuhkan atau mematihan mangsa yang terkena sumpitan. Jika menggunakan kaedah ini, bahagian daging yang terkena sumpitan hendahlah dibunag untuk elak keracunan makanan. 

        Kebaikan:
        1. Getah digunakan sebagai bahan buat racun memburu
        Pokok Tukas
        Pokok Tukas (Caryota mitis)
        Pokok tukas atau 'Fish Tail Palm' sejenis pokok palma tumbuh berumpun-rumpun dan meliar di hutan, belukar, kebun-kebun dan juga dijadikan landskap tanaman. Pokok ini mudah dikenali berdasarkan daunya yang berbentuk seperti ekor ikan  Bahaya tanaman ini ialah, getah dari buah pokok ini jika terkena kulit akan menyebabkan kegatalan dan keradangan. Jika seseorang itu mengalami masalah alahan, terpaksa mengambil ubat untuk menghilangkan kesan gatal.

        Kebaikan:
        1. umbut boleh dimakan
        2. baldunya adalah sumber hidupkan api
        3. Sumber bahan bakar "tinder"
        4. ranting pokok untuk pancing ikan
        5. buah  adalah sumber makanan burung
        Pokok Kabung
        Pokok Kabung
        Pokok Kabung atau enau "Common Sugar Palm" ialah satu spesies  famili Arecaceae. Ia tumbuh berumpun-rumpun. Isi buahnya yang berwarna putih jernih boleh dimakan tetapi perlu melalui proses-proses tertentu seperti merebusnya beberapa jam. Getah yang dari buah pokok ini jika terkena menyebabkan kegatalan dan keradangan. Dalam setuasi ikhtiar hidup jika hendak mengambil buah ini seharusnya berhati-hati dari terkena getahnya
        .
        Kebaikan:
        1. isi nibung boleh dimakan
        2. Sumber bahan bakar "tinder"
        3. umbut boleh dimakan
        4. daun boleh dibuat atap dan lidinya boleh dibuat penyapu
        5. boleh menghasilkan nira 


        Bunga Kecubung Putih (paling beracun)
        Pokok kecubung (Datura metel Linn)
        POKOK KECUBUNG 'Angel's trumpet' merupakan sejenis tumbuhan yang renek jenis herba semusim dalam famili Solanaceae. ketinggian kurang daripada 2 meter, batangnya keras berkayu dan cabangnya membentuk rumpun. Bunga kecubung membentuk serombong yang besar seperti Bentuk Trompet dimana ia dalam saiz dan warna-warna yang berbeza dan biasa dijumpai adalah warna ungu dan putih. Buahnya pula berwarna hijau semasa muda dan akan bertukar kepada warna coklat apabila matang yang lazimnya mempunyai duri-duri halus diluarnya. Biji buah kecubung menjadi racun jika dimakan tampa sukatan yang betul dan salah pengunaannya Kesan dari salah pengunaanya, kulit menjadi merah, sakit kepala, halusinasi, menggigil serta kekejangan dan jika bertambah buruk menyebabkan koma.
                Terdapat 3 jenis kecubung iaitu Pokok Kecubung Biasa, Pokok Kecubung Putih dan Pokok Kecubung Kecil.  Jenis kecubung putih yang paling beracun Penggunaandari segi perubatan terhad untuk penggunaan kawaan luaran sahaja. 

        Kebaikan:
        Daun Kecubung
        1. merawat penyakit kulit
        2. merawat bisul sakit sendi dan terseliuh
        Biji Kecubung yang kering:
        1. bahan untuk menangkap binatang (ubat pelali) 


        Pokok Rotan Gajah 
        Rotan Gajah juga dikenali dengan Rotan Tunggal famili Arecaceae. Menurut rekod, terdapat lebih dari 380 spesies rotan (Calamus) di dunia. Umbutnya beracun dan tidak boleh dimakan. Sifat pokok berbatang besar kemerahan, Tumbuh secara tunggal dan mengeluarkan getah seperti gam. Ada dua jenis lagi yang beracun iaitu Rotan Matal batang rotan berbelang kuning dan Rotan Melibis batangnya kemerahan seperti Rotan Gajah. Didalam survival jika hendak makan umbut, elakan rotan jenis ini. Jika tak pasti jangan makan umbut rotan dari jenias berbatang besar bewarna terang berbeza dari rotan yang selamat dimakan. 

        (sumber gambar kredit: pendekar rimba)

        Kebaikan:
        1. Boleh buat perabut
        2. tali untuk ikatann
        Pokok Bok Dewasa
        Pokok Bok Muda

        Pokok Bok
        Pokok Bok adalah sejenis pokok palma dimana batangnya kelihatan seperti pokok kelapa, tidak berduri dan tumbuh secara tunggal dan subuh dihutan Malaysia. Walaupun ia kelihatan selamat dimakan, tetapi umbutnya beracun (memabukan). Walaupun umbutnya tidak boleh dimakan, buahnya yang seperti bentuk buah pinang selamat untuk dimakan, rasa manis dan berwarna merah. (sumber gambar dari pendekar rimba)

        Kebaikan:
        1. buah boleh dimakan
        2. daun boleh buat atap khemah
        Pokok Lekir  
        Ubi Lekir
        Pokok Lekir (Amorphophallus paeoniifolius)
        Pokok lekir atau elephant foot yam tumbuh segar dihutan Malaysia dikawan yang redup dan sumber air yang baik. Ia ada keluarga pokok keladi. Pokok ini menghasilkan ubi tetapi ia tidak selamat dimakan kerana kesan gatal pada kulit jika terkena getahnya. Sifat pokok ialah batangnya berwarna hijau gelap@kehitaman dan bercorak atau bertompok. Walaupun ia beracun, ubinya tetap boleh dimakan dengan proses-proses tertentu.
              Ubinya yang selamat dimakan, apabila pokok telah mati, barulah diambil ubinya dan dibiarkan selama 2 atau 3 hari dan terbaiknya terkena air hujan. Jika pokok masih hidup tidak digalakkan dan jika mahu juga harus direndam dalam sungai mengalir 3@4 hari, setelah itu direbus 3@4 Kali. Utk pastikan ia selamat di makan.   
               Namun begitu ada pokok sejenis denganya dari segi rupanya yang dikenali dengan Pokok Sarek dimana batang pokok berwarna hijau muda. Pokok sarek ketika baru tumbuh dalam bentuk 'kuntum bunga'. Batang muda dan ubinya selamat dimakan dan tidak gatal.
        Kebaikan:
        1. buah boleh dimakan (dengan proses tertentu)
        Ubi Gadong
        Daun Pokok Gadong
        Pokok Ubi Gadong(Dioscorea Hispida Dennst)
        Di Malaysia , terdapat sebanyak 19 spesies ubi gadong dimana berbeza dari segi bentuk dan kimia. Nama lain bagi ubi ini ialah Ubi Nasi, Tuba Ubi, Ubi Cerok, Ubi Merah, Ubi Kendudok dan Ubi KipasUbi gadung adalah tumbuhan beracun (komponen sianida) yang hidup secara meliar di kawasan seperti hutan sekunder dan belukar. Boleh hidup lama dan sukar untuk mati. Batang pokoknya berduri dan hidup menjalar memanjat sehingga 20 meter tinggi. Sifat daunnya berbentuk hampir tiga segi yang tidak bercantum antara satu sama lain, daunya seperti bentuk daun sirih serta berbunga warna kuning dan wangi. Pokok ini banyak di temui di negeri-negeri pantai timur. Untuk selamat dimakan, ubinya harus direndam didalam air sungai yang mengalir selama tiga hari. Selepas barulah selamat dimakan ubi tersebut.

        NOTE:
        Sebiji Ubi Gadum sebesar buah epel, jika dimakan begitu sahaja seorang dewasa boleh membawa kematian dalam tempoh 6 jam.

        Kebaikan:
        1. Ubi boleh dimakan (dengan proses tertentu)
        2. Suber racun untuk tangkap ikan
        3. Racun serangga
        4. Hilangkan nanah dari luka (hirisan)
        5. Boleh dijadikan ubat tinggi                                       
        keladi Hutan
        Ubi Keladi
        Pokok Keladi Liar (Hutan)
        Pokok keladi merujuk kepada sekumpulan tumbuhan dalam famili Araceae seperti dalam genus AlocasiaCaladium dan Dieffenbachia, Di dalam survival, rebus dahulu 3@4 kali ubi keladi untuk buang racun@gatal jika tidak pasti boleh dimakan. Begitu juga pada batang keladi. Keladi yang beracun kebiasaan berdaun cantik dan menarik sebagai pokok hiasan.


        link makan keladi hutan:

        Kebaikan:
        1. Ubi boleh dimakan (dengan proses tertentu)
        2. Boleh dijadikan ubat
        3. Daun boleh buat bumbung khemah sementara
        4. pembungkus makanan

        Sam lusuh

        Lusuh Outdoor Recreation and Survival
        (LORAS) reg 002903397u
        Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
        Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
        Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
        Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
        WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN



        Scan untuk program-program bushcraft survival kami
        Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

        lusuh adventure@LORAS

        (outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
        0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
        53100 Kuala Lumpur
        T:011-1220 7394
        www.lusuh.com.my

        (bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)


        Sumber Rujukan:
        https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_jelatang
        https://acitbudi-tujohbintang.blogspot.com/
        http://midiemerapoh.blogspot.com/
        http://animhosnan.blogspot.com/
        http://herbadantumbuhan.blogspot.com/
        https://wanita22.com/kesehatan-dan-kebugaran/manfaat-daun-jelatang/
        Gambar : sendiri & google search