Wednesday 8 April 2020

Kepentingan Mempelajari Ilmu Survival Oleh "Ustaz Badli Shah Alauddin"

     Mari kita lihat apa yang dibicarakan oleh Ustaz Babli Shah Alauddin, apa yang diperkatakannya adalah betul belaka. Kita dizaman ini begitu lemah dalam ilmu ikhtiar hidup berbandingkan datuk nenek kita dahulu. Kita begitu selesa dengan kehidupan yang moden dan senang lenang sehingga tak terfikir andai berlaku sesuatu malapetaka dimana kita tak tahu hendak buat apa. Kita tiada upaya untuk menempuhnya.
     Marilah kita berubah diri dan pelajarilah ilmu Bushcraft Survival, Survival atau Prepper dengan mereka yang berkelayakan. Dengan mempelajarinya mungkin dapat membantu diri anda dan keluarga anda dimasa kesusahan nanti. Hantarlah anak-anak anda mempelajarinya agar dapat membentuk jiwa yang kental pada diri meraka. Meraka terlalu dimanjakan dengan handphone, game serta segala kesenangan sehingga jiwa meraka rapuh dan mudah menyerah kalah jika menghadapi kesukaran.
       Ramai orang beranggapan dengan menonton video berkenaan survival @ bushcraft survival atau membaca buku mengenainya sudah memadai. Ada juga berkata saya membawa anak saya "camping" dan ajar dia cara hidup dalam hutan itu sudah cukup untuk diri sendiri dan anak-anak. Apa yang tuan-puan katakan adalah benar belaka, tetapi benarkah dengan hanya menonton dan membaca tampa praktikal anda dapat membezakan daun/pokok beracun atau tidak. Bagi ibubapa yang beralasan tiap-tiap minggu "Camping", dan anak sudah pandai dah, anda berkemping dengan segala peralatan yang lengkap, hampir semua peralatan yang ada dirumah dibawa sekali seperti "glamping", disini manakah yang dinamakan "survival" kerana waktu camping dan di rumah hampir sama sahaja.

    Semoga catatan ringkas ini dapat menjentik hati anda untuk berubah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Wang boleh dicari sebanyak dan dimana sahaja, tetapi nyawa itu patut dijaga ia ada hanya sekali sahaja. fikirkan.....

Sekian Terima Kasih


Masakan Rimba (jungle cooking)
Membina perangkap

 


River Crossing

 Makan Atas Daun Pisang
 Solat Berjemaah

Mengenal Tumbuhan
Masak Air dan Nasi
Air dari Batang Buluh
Cara Hidup Api











Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Sam lusuh

Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN

No comments:

Post a Comment