Thursday, 3 September 2020

Ilmu dan kelengkapan dalam iktiar hidup (survival) (part 2)

 

Punca ikhtiar hidup itu berlaku:
Faktor paling utama ialah kerana kelalaian manusia itu sendiri. Ianya bermula dari peringkat perancangan aktiviti ,persiapan melakukannya mahupun diperingkat perlaksanaan Tidak mahu ambil iktibar dari peristiwa orang lain, kurang pengetahuan ilmu rekreasi dan tiada kemahiran yang sepatutnya, ingatlah berlakunya iktiar hidup@“survival” ini, akan berlaku kepada sesiapa saja, dimana-mana jua dan bila-bila masa sahaja

Dalam kemungkinan menghadapi bencana diwaktu anda berekreasi, persediaan dari segi kelengkapan peralatan iktiar hidup dan ilmu mengenainya amatlah perlu. Pastikan juga tahap kesihatan yang baik sebelum keluar beriadah. Jika anda seorang pecinta rekreasi, anda hendaklah mempelajari ilmu iktiar hidup dan mengamalkan teori tersebut dengan membuat latihan mengenainya walaupun hanya asas. Walaupun melalui pembacaan buku “survival” dan menonton video akan dapat banyak pengatahuan megenainya, ianya tidak akan berhasil 100% jika tiada latihan amali. Sekarang ini, ramai juga pakar ilmu iktiar hidup menganjurkan kursus-kursus mengenainya, jadi rebutlah peluang untuk menambah ilmu. Kesimpulan untuk memahirkan diri dalam ilmu iktia hidup ini perlulah :
  1. Tahap kesihatan yang baik
  2. Kelengkapan peralatan survival (makanan, first aids dan sebagainya)
  3. Banyak membaca buku dan menonton video mengenainya
  4. Menpratikan hasil dari pembacaan dan tontonan tersebut
  5. Menghadiri pengajian ilmu Iktiar hidup
Tahap kesihatan yang baik
Jika ingin melakukan sebarang aktiviti rekreasi, contohnya pendakian pastikan dalam stamina yang baik. Perbanyakan latihan yang berkaitan agar jika berlaku situasi yang tidak dingini anda dapat bertahan.

Kelengkapan peralatan survival kit
Dalam Memperlengkapkan Survival Kits ini, fahami prinsip "The Rule of Threes." Iaitu dalam iktiar hidup,kita akan menghadapi situasi dimana manusia itu hanya dapat hidup.
  • 3 minit tanpa udara
  • 3 jam tanpa suhu tubuh yang sesuai dengan kemampuan tubuh bertahan 
  • 3 hari tanpa air
  • 3 minggu tanpa makanan
Jika diperkatakan perkara ini,terlalu banyak pendapat daripada pakar-pakar antarabangsa mahukan pakar-pakar tempatan. Semua berguna tetapi ianya bergantung juga kepada keadaan diri kita sendiri dan dinegara mana kita berada. Berikut adalah perkara asas yang perlu ada dalam “survival kits”. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu alat perubatan,bahan makanan dan peralatan asas iktiar hidup.

Alat perubatan (first Aids) (rujuk gambar), 
>Gunakan yang asas sahaja agar tidak mengunakan ruang yang banyak dalam bag anda.
>Sertakan ubatan yang asas seperti
  1. Paracetamol  contoh panadol
  2. Pil-pil peribadi anda (keperluan sendiri)
  3. pil tahan sakit dan pil cirit-birit
  4. pil alahan (epinefrin dan antihistamin) jika alah kepada serangga atau tumbuhan,
  5. water purification tablet contoh Aquatabs
  6. krim anti-septic dan apa saja yang anda rasa perlu
  7. NOTA: pastikan anda merujuk doctor dan pastikan tarikh tamat tempoh ubat masih jauh
Bahan makanan
> Hendaklah yang berkalori tinggi, fibre tinggi, berkhasiat, ringan dan mudah dimasak. contoh:
  1. Quaker oat dan kurma (tinggi fiber),
  2. Coklat-energy bar untuk tenaga segera
  3. Gula atau serbuk minuman memberi tenaga seperti Glukos.
  4. NOTA: Jumlah yang perlu dibawa, bergantung kepada keperluan anda sendiri. agar dapat bertahan dalam tempoh 24 jam atau lebih.


>Makanan yang ringkas seperti sup segera dan nasi bubur segera, minuman segera 3 dalam 1  seperti di Kopi, teh atau coklat
>Semua makanan ini hendahlah dibungkus dengan baik agar ia tidak rosak terkena air.

Peralatan asas iktiar hidup
Kelengkapan ini adalah berbagai jenis. Sebaiknya Ia hendahlah tahan lasak dan berguna disaat ia diperlukan, ia juga bergantung kepada keperluan peribadi anda sendiri. Saiz sesuatu peralatan itu harus juga diambil kira samada berat atau ringan dan sesuaikah diguna sewaktu iktiar hidup.Berikut adalah peralatan asas dalam “survival kits” yang boleh anda buat sendiri atau beli dipasaran, contoh seperti dinyatakan dibawah ini.
  1. Tali pancing yang berkualiti (3 atau 6 meter)
  2. Mata kail dan batu timah yang kecil
  3. Tali Paracord (3 atau 6 meter) banyak kegunaanya
  4. Lampu kecil
  5. Magnesium Fire Starter, mancis atau pemetik api
  6. Kapas atau Getah tayar (untuk membakar)
  7. Kompas kecil
  8. Cermin kecil
  9. Whistle
Sebenarnya banyak lagi barang lain yang boleh dibawa seperti benang dan jarum, shovel, batu asah, gergaji lipat, pen flare, dan sebagainya tetapi bergantunglah kepada kerperluan diri masing-masing samada ia perlu atau tidak. Kita kena fikirkan fungsinya jika berlaku “survival”, bukanya beranika jenis tetapi tidak tahu guna dan menambah beban kepada bag galas anda.
Sebahagian peralatan diatas hendahlah disimpan didalam bekas sesuai, tahan lasak, mudah dibawa kemana, sebaiknya kalis air (water proof), dan sesuai dengan dengan kelengkapan survival anda.

Peralatan lain :
>Parang, pisau atau kapak , peralatan ini bolehlah dikatakan paling penting dalam survival kerana fungsinya yang berbagai seperti memotong kayu untuk buat tempat berlindung (khemah), untuk pertahanan diri, memburu dan sebagainya.
>Khemah (one man tent) yang ringan, Hammock, Tarp (fly sheet), Ponco, Sleeping bag, Survival  Blanket atau Emergency Blanket atau Emergency Thermal Blanket. Semua element ini dapat membantu anda dalam semasa iktiar hidup sebagai pelindung dari hujan dan kesejukan.
>Fungsi kemah, hammock, Tarp dan Poncho bertindak sebagai tempat tidur dan berlindung, manakala Survival  Blanket atau Emergency Blanket atau Emergency Thermal Blanket atau sleeping bag sebagai pemanas badan jika kesejukan.
>Stove (light weight), Solid fuel and Butine gas (peralatan ini hanya pilihan)-jika dibawa sebagai kelengkapan survival anda, ia amat membantu dari segi masa.

Banyak membaca buku dan menonton video mengenainya
Membaca buku perkaitan bushcraft dan iktiar hidup akan menjadikan anda berilmu dan berguna. Melalui pembacaan tersebut anda dapat penjelasan yang lengkap tentang sesuatu topik yang anda berminat. Video pula  berfungsi agar anda melihat cara pelaksanaan sesuatu topik dan belajar megenainya.

Menpratikan hasil dari pembacaan dan tontonan tersebut
Setelah membaca dan menonton video, bolehlah dipratik apa yang anda ingin buat. Melihat dan membaca tidak sama jika tidak dicuba secara terus. Lakukan apa saja latihan iktiar hidup sehingga anda jadi mahir atau berkebolehan. Semua ilmu itu penting disaat iktiar hidup.

Menghadiri pengajian ilmu "Bushcraft Survival"/Iktiar hidup
Menghadiri pengajian ilmu Bushcraft Survival/iktiar hidup  satu cara terbaik untuk memperbaiki pemahaman anda mengenai ilmu bushcraft survival/iktiar hidup yang dipelajari secara pembacaan dan video. Kita boleh bertanya secara terus dan melihat sendiri teknik-teknik “survival” dari pakar-pakar itu sendiri. Segala persoalan boleh ditanya secara terus. Segala praktikal yang dilakukan bersama meraka akan memudahkan pemahaman anda mengenainya.

“Survival”@iktiar hidup ada tiga keadaan:
1.Perseorangan atau kumpulan yang sesat atau sebagainya dan terpaksa melakukan “survival” tampa sebarang kelengkapan “survival” yang diperlukan. Cara untuk menempuhnya, kembali kepada hidup perimitif dan berfikir lebih jauh untuk hidup. Meraka ini tiada apa yang dibawa ada melainkan apa yang ada pada diri dan kenalah lebih kreatif.
2. Perseorangan atau kumpulan sesat atau sebagainya dan terpaksa melakukan “survival” tetapi memiliki “survival kit” yang paling asas. Dengan peralatan yang ada, ini memudah meraka menghadapi masa sukar tersebut dan memudahkan pegerakan dan perangcangan untuk hidup. Contoh seperti dibawah:
  1. Tali pancing yang berkualiti (3 atau 6 meter)
  2. Mata kail dan batu timah yang kecil
  3. Tali Paracord (3 atau 6 meter) banyak kegunaanya
  4. Lampu kecil
  5. Magnesium Fire Starter, mancis atau pemetik api
  6. Kapas atau Getah tayar (untuk membakar)
  7. Kompas kecil
  8. Cermin kecil
  9. Whistle
  10. Pisau atau parang
  11. Sediki makanan
3. Perseorangan atau kumpulan sesat atau sebagainya dan terpaksa melakukan “survival” dan memiliki “survival kit” yang lebih lengkap. Dengan kelengkapan yang meraka boleh bertahan lebih lama. Contoh seperti dibawah
  1. Tali pancing yang berkualiti (3 atau 6 meter)
  2. Mata kail dan batu timah yang kecil
  3. Tali Paracord (3 atau 6 meter) banyak kegunaanya
  4. Lampu kecil
  5. Magnesium Fire Starter, mancis atau pemetik api
  6. Kapas atau Getah tayar (untuk membakar)
  7. Kompas kecil
  8. Cermin kecil
  9. Whistle
  10. Makanan segera
  11. Parang, pisau atau kapak
  12. Kelengkapan untuk perlindungan seperti Khemah, poncho atau tarp
  13.  Stove (light weight), Solid fuel atau Butine gas
Semoga semua mendapat manfaat atas penulisan ini. Jika anda seorang peminat rekreasi,Preppers,Camper yang tegar atau tidak, janganlah ambil mudah mengenai keselamatan diri. Kecelakaan boleh berlaku dimana-mana dan tidak kira masa. Sediakan diri anda dengan “Survival Kits” walaupun paling asas dan ilmu megenainya, mudah-mudahan jika berlaku perkara yang tidak diduga, anda telah bersedia menghadapinya samada untuk diri sendiri, keluarga atau kumpulan.



Berikut adalah video ringkas apa yang perlu dibuat jika terpaksa melakukan ikhtiar hidup

Klik link dibawah untuk membaca "part 1":

Ilmu asas Ikhtiar hidup (survival) (Part 1)


(Penulisan dikemas kini pada 3 september 2020)

Sumber:
samlusuh,blogspot.com

Sekian....

Sam lusuh
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN



Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my


(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)




No comments:

Post a Comment