Saturday, 10 October 2020

Memahami definisi "Bushcraft", "Survival", "Survivalist & Preppers" & "Combat Survival"



Kenapa "Bushcraft" paling atas?
Ilmu bushcraft telah diamalkan beribu-ribu tahun oleh manusia terdahulu diseluruh dunia sebelum lahirnya aliran lain seperti survivalist/prepper Dan lain-lain. Dengan pengatahuan itu, meraka berjaya hidup, membina temadun dan menjelajah keseluruh dunia. Dengan ilmu Menghidupkan api, membina senjata, perangkap, bangunan dan ditambah dengan ilmu mengenali bintang dan sebagainya mempelajari ilmu bushcraft adalah sesuatu yang penting untuk kelangsungan hidup Di era itu. Datuk nenek kita dahulu adalah bushcrafter yang terhebat. Survival pula berlaku apabila seorang terkeluar dari kumpulan disebabkan sesat dihutan, peperangan, bencana alam dan berbagai-bagai factor lain yang dimana bagi meraka yang memahami ilmu bushcraft akan tahu apa yang perlu dibuat.

Bushcraft Survival Cooking
1)Defination Bushcraft@Bushcraft Survival?
#Bushcraft is wilderness survival skills. It is about thriving in the natural environment, and the acquisition of the skills and knowledge to do so. Bushcraft skills include firecraft, tracking, hunting, fishing, shelter-building, navigation by natural means, the use of tools such as knives and axes, foraging, water sourcing, hand-carving wood, container construction from natural materials, and rope and twine-making, among others.[citation needed]-lihat terjemahan dibawah-
The term was popularized in the Southern Hemisphere by Les Hiddins (the Bush Tucker Man) as well as in the Northern Hemisphere by Mors Kochanski and more recently gained considerable currency in the United Kingdom due to the popularity of Ray Mears and his bushcraft and survival television programs.[1] It is also becoming popular in urban areas where the average person is separated from nature, as a way to get back in tune with their rural roots.[citation needed] The origin of the phrase "bushcraft" comes from skills used in the bush country of Australia. Often the phrase "wilderness skills" is used as it describes skills used all over the world.[citation needed]
(Wikipedia)

Bushcraft (kraf rimba) Memperkembangkan ilmu mengenai alam semulajadi dan mempunyai kemahiran untuk melakukannya. Ilmu kraf rimba antaranya adalah menghidupkan api, teknik mengesan, memburu, memancing, membina tempat berlindung, navigasi secara berpandu alam semulajadi, mencari makanan dan air. Ia juga berkaitan dengan pengunaan alatan seperti pisau, parang dan kapak, kemahiran kraf tangan membina peralatan dari sumber serta kemahiran simpulan dan ikatan (tali)

Selain daripada perkara-perkata yang dinyatakan, terdapat penambahan iaitu Bushcraft First Aid (wilderness first aid) dibukukan oleh dave Canterbury

NOTE:
Jika terdapat ketidaktepatan penterjemahaan, rujuk penulisan asal untuk pemahaman.


(Klik link yang diberikan di atas untuk memahami lebih lanjut bushcraft survival)

Manakala istilah "Bushcraft Survival" dipopularkan oleh Ray Mears seorang bushcrafter yang terkenal di Austrialia.


2)Defination #survival
If you refer to the survival of something or someone, you mean that they manage to continue or exist in spite of difficult circumstances. ... If you refer to the survival of a person or living thing, you mean that they live through a dangerous situation in which it was possible that they might die.
Survival definition and meaning | Collins English Dictionary

Atau ringkasnya Survival (ikhtiar hidup) itu adalah: Kehendak atau keupayaan untuk meneruskan kelangsungan hidup “the will to live, to outlive, state of to continuing to live”

Sementara itu:
"Bushcraft Survival" adalah mempelajari segala ilmu yang yang terdapat didalam disiplin ilmu "bushcraft" dan dengan ilmu itu dapatlah dipraktikan di disaat kecemasan kerana harus "survival" untuk meneruskan kehidupan.


3)Defination #survivalist
1. a person who practises outdoor survival skills as a sport or hobby.
"a survivalist's handbook"
2. a person who tries to ensure their own survival or that of their social or national group.
"a paranoid survivalist bracing for Armageddon"


4) Definition of #prepper
a person who prepares something or prepares for something
a food/meal prepper
a hair prepper
specifically : a person who gathers materials and makes plans in preparation for surviving a major disaster or cataclysm (such as worldwide economic collapse or war)
doomsday preppers
I consider myself something of a prepper. I don't necessarily believe there is an apocalypse coming anytime soon. However, there are certain items I always keep on hand just in case.
— Jennifer Wyatt Emory

Sebenarnya gologan preppers & survivalist boleh dikatakan golongan yang sama tetapi akan berlaku perbezaan berdasarkan praktis yang diamalkan.
baca kenyataan ini:
A survivalist, or “prepper” as they are often called, is someone who is always thinking about the future. Their main goal is to be able to survive a doomsday event, should one occur.
Survivalists can be classified into two distinct groups. There are those who are concerned about conservation and preservation of the planet, and then there are those who are preparing for a doomsday. Some may have characteristics that fit into both groups. *While many may have their own definition of survivalism, most would say it is a lifestyle that is defined by principals with goals toward personal improvement*

Seorang "Survivalist@prepper" juga mempelajari apa yang terdapat daripada ilmu bushcraft iatu menghidupkan api, teknik mengesan, memburu, memancing, membina tempat berlindung, navigasi, mencari makanan dan air. Ia juga berkaitan dengan pengunaan alatan seperti pisau, parang dan kapak dan lain-lain berkaitan. Peralatan meraka kebanyakkan adalah dari yang moden dan terdapat berbagai-bagi istilah yang digunakan iaitu EDC, BOB, BOV, BOL, Take Home Bag dan sebagainya.

Seorang "Survivalist@prepper" juga mempelajari ilmu-ilmu urban survival. Apakan urband survival itu?


Urban survival is having the ability to tough it out in the belly of the beast. Surviving a world-shattering catastrophe event from within the heart of a dangerous city takes an entirely different mindset. It also takes a particular set of survival skills, tools, and plans to stay alive.
rujukan: https://www.skilledsurvival.com

(translate sendirilah hehehe)

Didalam ilmu survival pula terdapat satu lagi ilmu survival yang khas yang diamalkan oleh pihak tentera yang dipanggil "Combat Survival"


5)Definition #combat_survival
Those measures to be taken by Service personnel when involuntarily separated from friendly forces in combat, including procedures relating to individual survival, evasion, escape, and conduct after capture.

Survival type training is typically focused around a 72 hour emergency situation where something has gone wrong, be it a vehicle accident, plane crash, natural disaster, a war zone or someone becoming lost in the bush etc.

Boleh diperjelaskan lagi iaitu:
"Apakah lagi komponen dalam combat survival itu? Definisi combat survival itu sendiri akan menjelaskannya. Definisi combat survival ialah tindakan2 yg perlu diambil oleh seorang tentera spabila terpisah dari pasukannya ketika dalam peperangan. Tindakan2 itu meliputi cara survival kendiri, mengelak dikesan musuh (Evasion) melarikan diri jika ditangkap (Escape) dan perilaku sewajarnya apabila dalam tahanan musuh. Tindakan untuk survival kendiri itu adalah outdoor survival yg kita bincangkan sekarang
rujukan : Mejar Yusof Abdullah (FB)

Survival training is designed to teach serviceman a variety of necessary skills in the shortest possible time. These skills include learning the basics of shelter building, fire making, water and food procurement, navigation, signalling and the survival priorities for different environments. rujurkan: https://bushcraftsurvivalaustralia.com
Boleh dikatakan "Combat Survival" adalah satu latihan survival yang khas untuk angota tentera khas atau yang berkaitan dengannya dan ia bersifat individu untuk menyelamatkan diri disaat kecemasan dalam tempoh 72 jam untuk keluar dari kawasan musuh dengan selamat . Sejarah "combat survival" bermula pada perang dunia kedua dimana juruterbang yang berjaya menyelamatkan diri apabila kapal terbang ditembak dan terhempas. Meraka jatuh dimana sahaja dan harus keluar dari kawasan musuh dengan selamat dan tidak ditangkap.

Semoga apa yang telah ditulis dan dikongsikan dapat menjelaskan lagi pemahaman anda berkenaan perkara yang diperbincangkan. Semoga ia menjadi petunjuk kepada anda untuk memilih perkara yang betul sebelum memilih ilmu apa yang sepatutnya di dahulukan dan apa yang penting. Ingat kena tahu dan belajar sesuatu ilmu agar lebih fahan dan tidak salah konsep. Kena tahu apakah yang perlu dipelajari dahulu sebelum yang lain.




Sekian Terima kasih
(10/10/2020-1801)

Sam lusuh
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN



Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my


(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

x

Sunday, 27 September 2020

11 Jenis Kehidupan Marin@Air Yang Berbisa (boleh membawa maut)


     Jika anda berminat dengan sukan air terutama air masin, berhati-hatilah dengan kehidupan marin yang berada di permukaan dan di dalamnya. Ternyata ada yang nampak sangat cantik dan menarik , tetapi hakikatnya ia mempunyai bisa yang amat menyakitkan dan ada yang boleh membawa maut. Sebenarnya semua itu adalah senjata untuk meraka mencari makanan dan juga mempertahankan diri. Di penulisan ini membicarakan 11 jenis Kehidupan marin tersebut yang kebiasaan di jumpai.

1. Ikan Depu@lepu

•Merupakan spesis ikan laut yang beracun tergolong dalam jenis Pterois, Parapterois, Brachypterois, Ebosia atau Dendrochirus dari keluarga Scorpaenidae

•Bebagai warna dan bercorak-corak

•Boleh dijumpai dikawasan berlumpur, karangan dan batuan. 

•Boleh membesar (panjang) sehingga diameter 30 cm 

•Sirip diliputi duri tajam beracun dan menyebabkan kesakitan jika tersentuh.

 

2. Stone Fish(batu karang atau dornorn)

•Banyak terdapat di perairan tropika, lautan Pasifik dan Lautan Hindi. 

•Stone Fish (Synanceia verrucosa), tinggal di dasar terumbu karang, dan kelihatan sebagai batu. 

•Ukuran panjang sekitar 30–40 cm.

•Mempunyai Kadar Bisa Yang Sangat Tinggi (paling beracun).Sengatannya menyebabkan kesakitan di anggota badan, mematikan tisu dan boleh menyebabkan mangsa menjadi lumpuh.

•Ikan Ini Menyimpan Racunnya Di Dalam Tetulang Di Badannya. 

 

3. ikan Pari

•Ikan Pari (Dasyatidae), Banyak didapati di perairan tropika, dan merata dunia dari laut hingga ke pantai dan terdapat dua jenis iaitu air masin dan tawar.

•Terdapat kira-kira 200 spesies ikan pari di dunia. 

•Pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8-inch (kurang atau lebih) yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam.

•Ia melindungi dirinya di dalam pasir atau lumpur di dasar Laut, 

•Tidak merbahaya kepada manusia, tetapi apabila terpijak ikan ini atau tersilap mengedalikan ikan ini jika menangkapnya, tajinya akan menusuk kaki atau melukakan tangan, boleh menyebabkan rasa sakit yang kuat. 

 

4. Scorpion Fish

•Keluarga Scorpaenidae. Ikan yang mempuyai sengat beracun dan amat berbisa di dunia. Bisanya terletak pada duri (sengat) yang tajam disirip,kepala dan badan

•10 subfamilies dengan sejumlah 388 spesies,

•Tinggal di kawasan karangan dan batuan.

•Boleh ditemui di kawasan tropika dan sederhana dan di perairan cetek.

•Sengatannya boleh membawa kepada Kematian 

 

5.Obor Obor/ubur-ubur/ampai-ampai (yang Sengatan berbisa)

•Terbahagi kepada lima jenis iaitu Chironex fleckeri, Chiropsalmus buitendijki, Chiropsalmus quadrihatus, Chrysaora quinquecirrha dan spesis Physalia, Chironex fleckeri. Boleh didapati hampir di seluruh lautan di dunia.

•merupakan haiwan yang tergolong dalam filum cnidaria, dan bentuk ampai-ampai dewasa terdiri daripada 95-99% air.

•Menyegat melalui sesungut yang mengandungi ratusan pundi-pundi bisa, dipanggil 'nematosit'. Untuk melumpuhkan sumber makanan seperti ikan

•Amat menyakitkan ditempat sengatan dan boleh menyebabkan lumpuh kepada manusia atau kematian.

•Obor-obor yang paling berbisa ialah Chironex fleckeri, ia boleh menyebabkan kematian dalam jangka masa 15 minit sahaja jika lambat dirawat.

 

6. Landak Laut (Echinoidea)

•Landak Laut (Echinoidea) berbentuk bulat dan seluruh permukaannya ditutupi duri yang sangat tajam dan rapuh dan terbahagi kepada 950 spesies.

•berwarna hitam dan dipenuhi dengan duri yang panjang dan boleh mencapai 25 cm

•Boleh ditemui di seluruh dunia, dan terutama dikawasan perairan bersuhu tropika.

•Mudah ditemui di permukaan berpasir,batuan atau karangan.

•Jika perpijak, duri-duri yang berbisa akan melekat dikaki dan memasuki kulit dan mengakibatkan kesakitan dan boleh menyebabakan kesukaran bernafas, mual dan sakit dada 

•Keluarkan duri-duri ini jika terpijak dan kepusat kesihatan jika gagal mengeluarkan duri tersebut.

 

(NOTE: kaedah mudah mengeluarkan duri halus tersebut, ialah dengan menitik lilin cair di tempat sengatan, tunggu kering dan tanggalkan lilin dari kulit, pasti duri landak laut akan tertanggal sekali)

 

7. Mahkota Berduri

•Terdapat dalam 20 species dan boleh membesar sehingga diameter 60 cm dan mempunyai sehingga 16 lengan.(sirip).

•Boleh dijumpai di celah formasi kawasan karangan dan batuan.

•Berwarna biru-kelabu dengan jejari hujung berwarna oren kekuningan. 

•Disetiap lengan diliputi duri tajam beracun dan menyebabkan kesakitan jika tersentuh.

•Badannya juga diliputi dengan lendir yang boleh menyebabkan kegatalan pada kulit manusia jika tersentuh.

 

8. Cone Shell/Cone Snell

•Terdapat 600 spesies dan semuanya dikelaskan di bawah satu genus, Conus, dalam satu keluarga “Conidae”.

•Mempunyai corak yang menarik dan berwarna garang. 

•Cengkerangnya berbentuk kon, bertompok-tompok kekuningan dan kehitaman.

•Ia adalah karnivor, dan pemangsa. Makanannya ialah cacing marin, ikan kecil, moluska, dan cone shell.

•Tinggal dan bersembunyi di kawasan dasar laut, dan akan menyegat jika diganggu.

•Bahaya kepada manusia, bisanya boleh menyebabkan mangsa lumpuh dan menanggung kesakitan yang teruk.

 

9. Fire Coral

•Bukan karang sebenar, tetapi mempamirkan cirri-ciri fizikal sama sepeti batu karang. Ia adalah keluarga Milleporidae.

•berwarna kuning-hijau dan coklat terang, mempunyai hujung cabang yang licin dan berwarna kekuningan. Ia boleh dijumpai meluas di perairan tropika dan subtropika

•Jika tersentuh, mangsa akan alami kesakitan yang kuat, dan dapat dirasainya dari dua hari hingga dua minggu. 

•batu karang api mengandungi sesungut yang menonjol dari banyak liang permukaan (sama terhadap sengatan obor-obor). 

•Boleh ditemui di kawasan karang. Ia kelihatan seperti karang bercabang pendek. Namun berjaga-jaga, pada setiap cabang saya mempunyai polip yang menyengat.

 

10. Timun Laut

•Terdapat lebih dari 1200 jenis, boleh dijumpai diserata dunia.

•Ia bergerak yang perlahan, hidup pada dasar berpasir, lumpur dan terumbu karang.

•Berbagai warna mengikut kumpulan sepsis tertentu.

•Ia akan mengeluarkan bendalir putih yang boleh menyebabkan kegatalan atau keradangan jikakalau diganggu/terancam.

•Ada juga menjadi sumber makanan dan ubatan kepada manusia (yang selamat dimakan)


11. Bristle worm

•Ia adalah keluarga phyllodocid dan boleh ditemua diseluruh dunia.

•Sejenis cacing yang kecil mempunyai kepanjangan sehingga 14 cm. 

•Mempunyai bulu-bulu yang pendek pada setiap segmen badan dan jika terkena sengatan boleh menyebabkan alahan dan kerengsaan pada mangsa.

•Boleh ditemuai pada celah-celah batu dalam kawasan alga.  

Tindakan sementara jika terkena sengatan dari semua diatas(bergantung kepada jenis haiwan marin yang menyegat)

1.Membasuh dengan air laut kawasan yang terkena sengatan 

2.Membasuh dengan air panas 

3.Gunakan cuka campuran 50% (rendam atau basuh).

4.Guna (baking powder- sodium bikarbonat) ke atas tempat sengatan (basuh atau rendam).

5.Asid borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis.( Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap, keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa kesakitan)

6.Ada juga menggunakan air tembakau, basuh dikawasan sengatan (Obor-obor)

7.Ambil pil tahan sakit seperti Mefenamic Acid (ponstan) atau sejenisnya.

8.Gunakan krim atau makan ubat mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid (seperti betnovat) 

9.Akhir sekali bawa jumpa doctor jika sakit masih berlarutan.

         Sebenar banyak lagi hidupan marin yang berbisa seperti jenis ikan duri seperti Ikan sembilang, ikan lain seperti Todak, Buntal, dan beberapa species yang lain. Apa yang harus dilakukan ialah mencari maklumat mengenainya dan berwaspada. Semoga anda mendapat maklumat dari penulisan ini. Di harap jika anda melakukan aktiviti air, terutama air masin anda telah bersedia dengan kelengkapan perubatan yang asas atau lengkap supaya jika berlaku sengatan dari kehidupan marin yang ditulis di atas anda anda ubatnya. 

Sekian terima kasih. 

 

Lusuh Adventure@Loras Bushcraft Survival

(Sam Lusuh)

www.lusuh.com.my

(selasa 05-05-2017)

Disusun/tulis : Sam Lusuh

 (bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Sumber rujukan:

>Wikipedia

>Gambar google search (internet)

>http://www.dmpm.nre.gov.my/modul_haiwan_berbahaya.html?uweb=jtl

>http://rekreasiluar.blogspot.my/2011/03/info-berkaitan-ular.html

>https://ms.wikipedia.org/wiki/Ular_Kapak

>http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=18

>http://www.wildlife.gov.my/images/document/penerbitan

>https://ms.wikipedia.org/wiki/Kala_jengking

>http://id.wikihow.com/Mengobati-Sengatan-Landak-Laut

>Bahaya Obor-obor Oleh Prof. Madya Mohamed Isa Abdul Majid (Utusan Malaysia Sabtu 15 jun 1996)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

https://www.lusuh.com.my/ 

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

https://loras2u.blogspot.com/

 

(Penulisan dikemas kini pada 27 september 2020) 

Sumber:

samlusuh,blogspot.com

Sekian....

Sam lusuh
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN



Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my


(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)


 

3 days 2 night bushcraft with family and bushcraft cooking

Selamat menonton....

Kita keluar sikit dari zone selesa untuk menghadapi cabaran dan kebahagiaan bersama anak-anak dan isteri tercinta. Banyak perkara yang dapat dilakukan bersama-sama dengan suasana harmony dan bahagia. Di temani dengan bunyi alam yang menghiburkan, dihangatkan dengan unggun api serta kopi panas ia suatu pengalaman yang indah dan terindah untuk diabadikan di dalam lipatan sejarah...
Bushcraft .....Everyone Can...



sekian terima kasih ok selamat mencuba yer... Selepas menonton Subscribe" & LIKE video Loras Bushcraft survival" yer... Selepas menonton Subscribe" & LIKE video Loras Bushcraft survival" ok ... Selepas menonton Subscribe" & LIKE video Loras Bushcraft survival" yer tuan... Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami 011-1220 7394(sam) lusuh adventure@LORAS (outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity) No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati 53100 Kuala Lumpur T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my w:www.loras2u.blogspot.com

Thursday, 3 September 2020

Ilmu dan kelengkapan dalam iktiar hidup (survival) (part 2)

 

Punca ikhtiar hidup itu berlaku:
Faktor paling utama ialah kerana kelalaian manusia itu sendiri. Ianya bermula dari peringkat perancangan aktiviti ,persiapan melakukannya mahupun diperingkat perlaksanaan Tidak mahu ambil iktibar dari peristiwa orang lain, kurang pengetahuan ilmu rekreasi dan tiada kemahiran yang sepatutnya, ingatlah berlakunya iktiar hidup@“survival” ini, akan berlaku kepada sesiapa saja, dimana-mana jua dan bila-bila masa sahaja

Dalam kemungkinan menghadapi bencana diwaktu anda berekreasi, persediaan dari segi kelengkapan peralatan iktiar hidup dan ilmu mengenainya amatlah perlu. Pastikan juga tahap kesihatan yang baik sebelum keluar beriadah. Jika anda seorang pecinta rekreasi, anda hendaklah mempelajari ilmu iktiar hidup dan mengamalkan teori tersebut dengan membuat latihan mengenainya walaupun hanya asas. Walaupun melalui pembacaan buku “survival” dan menonton video akan dapat banyak pengatahuan megenainya, ianya tidak akan berhasil 100% jika tiada latihan amali. Sekarang ini, ramai juga pakar ilmu iktiar hidup menganjurkan kursus-kursus mengenainya, jadi rebutlah peluang untuk menambah ilmu. Kesimpulan untuk memahirkan diri dalam ilmu iktia hidup ini perlulah :
  1. Tahap kesihatan yang baik
  2. Kelengkapan peralatan survival (makanan, first aids dan sebagainya)
  3. Banyak membaca buku dan menonton video mengenainya
  4. Menpratikan hasil dari pembacaan dan tontonan tersebut
  5. Menghadiri pengajian ilmu Iktiar hidup
Tahap kesihatan yang baik
Jika ingin melakukan sebarang aktiviti rekreasi, contohnya pendakian pastikan dalam stamina yang baik. Perbanyakan latihan yang berkaitan agar jika berlaku situasi yang tidak dingini anda dapat bertahan.

Kelengkapan peralatan survival kit
Dalam Memperlengkapkan Survival Kits ini, fahami prinsip "The Rule of Threes." Iaitu dalam iktiar hidup,kita akan menghadapi situasi dimana manusia itu hanya dapat hidup.
  • 3 minit tanpa udara
  • 3 jam tanpa suhu tubuh yang sesuai dengan kemampuan tubuh bertahan 
  • 3 hari tanpa air
  • 3 minggu tanpa makanan
Jika diperkatakan perkara ini,terlalu banyak pendapat daripada pakar-pakar antarabangsa mahukan pakar-pakar tempatan. Semua berguna tetapi ianya bergantung juga kepada keadaan diri kita sendiri dan dinegara mana kita berada. Berikut adalah perkara asas yang perlu ada dalam “survival kits”. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu alat perubatan,bahan makanan dan peralatan asas iktiar hidup.

Alat perubatan (first Aids) (rujuk gambar), 
>Gunakan yang asas sahaja agar tidak mengunakan ruang yang banyak dalam bag anda.
>Sertakan ubatan yang asas seperti
  1. Paracetamol  contoh panadol
  2. Pil-pil peribadi anda (keperluan sendiri)
  3. pil tahan sakit dan pil cirit-birit
  4. pil alahan (epinefrin dan antihistamin) jika alah kepada serangga atau tumbuhan,
  5. water purification tablet contoh Aquatabs
  6. krim anti-septic dan apa saja yang anda rasa perlu
  7. NOTA: pastikan anda merujuk doctor dan pastikan tarikh tamat tempoh ubat masih jauh
Bahan makanan
> Hendaklah yang berkalori tinggi, fibre tinggi, berkhasiat, ringan dan mudah dimasak. contoh:
  1. Quaker oat dan kurma (tinggi fiber),
  2. Coklat-energy bar untuk tenaga segera
  3. Gula atau serbuk minuman memberi tenaga seperti Glukos.
  4. NOTA: Jumlah yang perlu dibawa, bergantung kepada keperluan anda sendiri. agar dapat bertahan dalam tempoh 24 jam atau lebih.


>Makanan yang ringkas seperti sup segera dan nasi bubur segera, minuman segera 3 dalam 1  seperti di Kopi, teh atau coklat
>Semua makanan ini hendahlah dibungkus dengan baik agar ia tidak rosak terkena air.

Peralatan asas iktiar hidup
Kelengkapan ini adalah berbagai jenis. Sebaiknya Ia hendahlah tahan lasak dan berguna disaat ia diperlukan, ia juga bergantung kepada keperluan peribadi anda sendiri. Saiz sesuatu peralatan itu harus juga diambil kira samada berat atau ringan dan sesuaikah diguna sewaktu iktiar hidup.Berikut adalah peralatan asas dalam “survival kits” yang boleh anda buat sendiri atau beli dipasaran, contoh seperti dinyatakan dibawah ini.
  1. Tali pancing yang berkualiti (3 atau 6 meter)
  2. Mata kail dan batu timah yang kecil
  3. Tali Paracord (3 atau 6 meter) banyak kegunaanya
  4. Lampu kecil
  5. Magnesium Fire Starter, mancis atau pemetik api
  6. Kapas atau Getah tayar (untuk membakar)
  7. Kompas kecil
  8. Cermin kecil
  9. Whistle
Sebenarnya banyak lagi barang lain yang boleh dibawa seperti benang dan jarum, shovel, batu asah, gergaji lipat, pen flare, dan sebagainya tetapi bergantunglah kepada kerperluan diri masing-masing samada ia perlu atau tidak. Kita kena fikirkan fungsinya jika berlaku “survival”, bukanya beranika jenis tetapi tidak tahu guna dan menambah beban kepada bag galas anda.
Sebahagian peralatan diatas hendahlah disimpan didalam bekas sesuai, tahan lasak, mudah dibawa kemana, sebaiknya kalis air (water proof), dan sesuai dengan dengan kelengkapan survival anda.

Peralatan lain :
>Parang, pisau atau kapak , peralatan ini bolehlah dikatakan paling penting dalam survival kerana fungsinya yang berbagai seperti memotong kayu untuk buat tempat berlindung (khemah), untuk pertahanan diri, memburu dan sebagainya.
>Khemah (one man tent) yang ringan, Hammock, Tarp (fly sheet), Ponco, Sleeping bag, Survival  Blanket atau Emergency Blanket atau Emergency Thermal Blanket. Semua element ini dapat membantu anda dalam semasa iktiar hidup sebagai pelindung dari hujan dan kesejukan.
>Fungsi kemah, hammock, Tarp dan Poncho bertindak sebagai tempat tidur dan berlindung, manakala Survival  Blanket atau Emergency Blanket atau Emergency Thermal Blanket atau sleeping bag sebagai pemanas badan jika kesejukan.
>Stove (light weight), Solid fuel and Butine gas (peralatan ini hanya pilihan)-jika dibawa sebagai kelengkapan survival anda, ia amat membantu dari segi masa.

Banyak membaca buku dan menonton video mengenainya
Membaca buku perkaitan bushcraft dan iktiar hidup akan menjadikan anda berilmu dan berguna. Melalui pembacaan tersebut anda dapat penjelasan yang lengkap tentang sesuatu topik yang anda berminat. Video pula  berfungsi agar anda melihat cara pelaksanaan sesuatu topik dan belajar megenainya.

Menpratikan hasil dari pembacaan dan tontonan tersebut
Setelah membaca dan menonton video, bolehlah dipratik apa yang anda ingin buat. Melihat dan membaca tidak sama jika tidak dicuba secara terus. Lakukan apa saja latihan iktiar hidup sehingga anda jadi mahir atau berkebolehan. Semua ilmu itu penting disaat iktiar hidup.

Menghadiri pengajian ilmu "Bushcraft Survival"/Iktiar hidup
Menghadiri pengajian ilmu Bushcraft Survival/iktiar hidup  satu cara terbaik untuk memperbaiki pemahaman anda mengenai ilmu bushcraft survival/iktiar hidup yang dipelajari secara pembacaan dan video. Kita boleh bertanya secara terus dan melihat sendiri teknik-teknik “survival” dari pakar-pakar itu sendiri. Segala persoalan boleh ditanya secara terus. Segala praktikal yang dilakukan bersama meraka akan memudahkan pemahaman anda mengenainya.

“Survival”@iktiar hidup ada tiga keadaan:
1.Perseorangan atau kumpulan yang sesat atau sebagainya dan terpaksa melakukan “survival” tampa sebarang kelengkapan “survival” yang diperlukan. Cara untuk menempuhnya, kembali kepada hidup perimitif dan berfikir lebih jauh untuk hidup. Meraka ini tiada apa yang dibawa ada melainkan apa yang ada pada diri dan kenalah lebih kreatif.
2. Perseorangan atau kumpulan sesat atau sebagainya dan terpaksa melakukan “survival” tetapi memiliki “survival kit” yang paling asas. Dengan peralatan yang ada, ini memudah meraka menghadapi masa sukar tersebut dan memudahkan pegerakan dan perangcangan untuk hidup. Contoh seperti dibawah:
  1. Tali pancing yang berkualiti (3 atau 6 meter)
  2. Mata kail dan batu timah yang kecil
  3. Tali Paracord (3 atau 6 meter) banyak kegunaanya
  4. Lampu kecil
  5. Magnesium Fire Starter, mancis atau pemetik api
  6. Kapas atau Getah tayar (untuk membakar)
  7. Kompas kecil
  8. Cermin kecil
  9. Whistle
  10. Pisau atau parang
  11. Sediki makanan
3. Perseorangan atau kumpulan sesat atau sebagainya dan terpaksa melakukan “survival” dan memiliki “survival kit” yang lebih lengkap. Dengan kelengkapan yang meraka boleh bertahan lebih lama. Contoh seperti dibawah
  1. Tali pancing yang berkualiti (3 atau 6 meter)
  2. Mata kail dan batu timah yang kecil
  3. Tali Paracord (3 atau 6 meter) banyak kegunaanya
  4. Lampu kecil
  5. Magnesium Fire Starter, mancis atau pemetik api
  6. Kapas atau Getah tayar (untuk membakar)
  7. Kompas kecil
  8. Cermin kecil
  9. Whistle
  10. Makanan segera
  11. Parang, pisau atau kapak
  12. Kelengkapan untuk perlindungan seperti Khemah, poncho atau tarp
  13.  Stove (light weight), Solid fuel atau Butine gas
Semoga semua mendapat manfaat atas penulisan ini. Jika anda seorang peminat rekreasi,Preppers,Camper yang tegar atau tidak, janganlah ambil mudah mengenai keselamatan diri. Kecelakaan boleh berlaku dimana-mana dan tidak kira masa. Sediakan diri anda dengan “Survival Kits” walaupun paling asas dan ilmu megenainya, mudah-mudahan jika berlaku perkara yang tidak diduga, anda telah bersedia menghadapinya samada untuk diri sendiri, keluarga atau kumpulan.



Berikut adalah video ringkas apa yang perlu dibuat jika terpaksa melakukan ikhtiar hidup

Klik link dibawah untuk membaca "part 1":

Ilmu asas Ikhtiar hidup (survival) (Part 1)


(Penulisan dikemas kini pada 3 september 2020)

Sumber:
samlusuh,blogspot.com

Sekian....

Sam lusuh
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN



Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my


(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)