Wednesday, 8 April 2020

Kepentingan Mempelajari Ilmu Survival Oleh "Ustaz Badli Shah Alauddin"

     Mari kita lihat apa yang dibicarakan oleh Ustaz Babli Shah Alauddin, apa yang diperkatakannya adalah betul belaka. Kita dizaman ini begitu lemah dalam ilmu ikhtiar hidup berbandingkan datuk nenek kita dahulu. Kita begitu selesa dengan kehidupan yang moden dan senang lenang sehingga tak terfikir andai berlaku sesuatu malapetaka dimana kita tak tahu hendak buat apa. Kita tiada upaya untuk menempuhnya.
     Marilah kita berubah diri dan pelajarilah ilmu Bushcraft Survival, Survival atau Prepper dengan mereka yang berkelayakan. Dengan mempelajarinya mungkin dapat membantu diri anda dan keluarga anda dimasa kesusahan nanti. Hantarlah anak-anak anda mempelajarinya agar dapat membentuk jiwa yang kental pada diri meraka. Meraka terlalu dimanjakan dengan handphone, game serta segala kesenangan sehingga jiwa meraka rapuh dan mudah menyerah kalah jika menghadapi kesukaran.
       Ramai orang beranggapan dengan menonton video berkenaan survival @ bushcraft survival atau membaca buku mengenainya sudah memadai. Ada juga berkata saya membawa anak saya "camping" dan ajar dia cara hidup dalam hutan itu sudah cukup untuk diri sendiri dan anak-anak. Apa yang tuan-puan katakan adalah benar belaka, tetapi benarkah dengan hanya menonton dan membaca tampa praktikal anda dapat membezakan daun/pokok beracun atau tidak. Bagi ibubapa yang beralasan tiap-tiap minggu "Camping", dan anak sudah pandai dah, anda berkemping dengan segala peralatan yang lengkap, hampir semua peralatan yang ada dirumah dibawa sekali seperti "glamping", disini manakah yang dinamakan "survival" kerana waktu camping dan di rumah hampir sama sahaja.

    Semoga catatan ringkas ini dapat menjentik hati anda untuk berubah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Wang boleh dicari sebanyak dan dimana sahaja, tetapi nyawa itu patut dijaga ia ada hanya sekali sahaja. fikirkan.....

Sekian Terima Kasih


Masakan Rimba (jungle cooking)
Membina perangkap

 


River Crossing

 Makan Atas Daun Pisang
 Solat Berjemaah

Mengenal Tumbuhan
Masak Air dan Nasi
Air dari Batang Buluh
Cara Hidup Api











Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Sam lusuh

Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN

Thursday, 19 March 2020

Program Bushcraft Survival Siri 13 dari 22-23/02/2020

As'salam'mualaikum..
Bersyukur kepada Allah, pada tarikh 22-23/02/2020 program Bushcraft Survival Siri 13 untuk tahun 2020 berjalan dengan lancar dan baik. Terima kasih kepada Jurulatih Dan pembantu yang berkhidmat dengan baik dan iklas. Terima kasih jua kepada para peserta yang baik dan sporting.. Love you all.. Tqvm atas very good comment & rivew kepada LORAS.

Peserta kali ini disertai dari gologan muda hingga veteran berumur 71 Rahim. Dari tentera, pegawai tinggi kerajaan, pesara dan peniaga.

Semoga kita bertemu lagi di level 2 pada bulan 6 nanti in sha Allah.
Bushcraft Survival for ever..

Sungai di kawasan kursus

 Tamat Kursus Level 1
 Tekun Mengdengar





 Kelas Tumbuhan

 Survival Kit


 Jungle Cooking




 Kelas Tali temali

 Extra kelas Self defend "Cindai"
 Kelas Tarp/Flysheet


 Rever crossing


Tamat Kursus

Apa yang meraka pelajari adalah:
Modul Program Tahap 1 :
✔Definisi "Bushcraft & Survival"
✔Pengenalan "tools kit, Fire starter & etc
✔Pengunaan Parang, Pisau, Kapak dan yang berkaitan
✔Hidup Api, Cari Air & Masakan Rimba
✔Asas Ikatan ( knots & hitches)
✔Tarp@Flysheet ( pemasangan sistematik)
✔Water Element (river crossing)
✔Tumbuhan yang selamat dimakan
🔥Game

Sam lusuh
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
>Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)

>Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival

>Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
>Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
>WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my






(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)