Thursday, 19 May 2022

BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA


          'Sesat di hutan', adalah satu perkataan yang amat ditakuti oleh semua pencinta rekreasi. Namun, perkara ini kadangkala berlaku juga. Amat menyedihkan jika ianya berakhir dengan kematian atau hilang begitu sahaja. Antara peristiwa orang sesat di hutan yang popular adalah Nur Maisara Sameaun yang sesat di hutan selama 19 hari ketika mendaki Gunung Tahan di Pahang pada tahun 2008 dan beliau dapat menceritakan pengalaman beliau. Ada juga peristiwa orang sesat yang tidak ditemui hingga sekarang seperti kes saudara Muhammad Ashraf Hassan yang hilang pada Mac 2019 yang berlaku di Perak. Walaupun berbagai persediaan telah dilakukan dari segi ilmu pengetahuan dan stamina, kadangkala ia berlaku juga. Untuk menjadi pengajaran dan iktibar, mari kita lihat faktor-faktor ia berlaku.

ANTARA FAKTOR-FAKTOR IA BERLAKU:

  1. Lemah atau gagal bermula dari peringkat perancangan aktiviti, persiapan melakukannya mahupun di peringkat perlaksanaan.
  2. Tiada persediaan dari segi mental dan fizikal, serta melakukan sesuatu aktiviti itu tampa bimbingan orang yang berkelayakan dan berpengalaman.
  3. kurang pengetahuan ilmu rekreasi dan tiada kemahiran yang sepatutnya.
  4. Keadaan mental dan fizikal yang lemah akibat terlalu penat, lapar atau tekanan perasaan. Semua ini menyebabkan menyebabkan hilang tumpuan semasa berjalan di laluan sebenar.
  5. Terleka dan lalai, kerana hendak sampai atau balik cepat ke destinasi yang ditujui hingga tersasar laluan sebenar.
  6.  Halunisasi akibat tekanan perasaan, senanglah untuk tersasar dari  pandangan laluan sebenar  dan mengalihkan fokus kita dari laluan asal, apabila tersedar telah berada di laluan yang berbeza.
  7. Tiada ilmu untuk membezakan denai haiwan dan laluan manusia.
  8. Perubahan fizikal pada laluan asal akibat tanah runtuh dan sebagainya.
  9. Terlalu yakin untuk merintis sesuatu kawasan tampa ilmu dan kelengkapan yang lengkap.
  10. Jurupandu atau penganjur yang kurang bertanggungjawab. Seorang jurupandu atau penganjur sepatutnya tidak boleh meninggalkan peserta berjalan berseorangan terlalu jauh atau meninggalkan bersendirian, kerana tidak semua peserta berpengalaman (jika menyertai program rekreasi).
  11. Tidak mematuhi arahan jurupandu atau penganjur di dalam sesuatu program (jika menyertai program rekreasi.

gambar kredit kepada : selongkar10.blogspot.com
Antara meraka-meraka yang yang "sesat" dan mendapat liputan meluas

jika tersesat apa perlu dilakukan?

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :


TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)


BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP

 


      Dalam kemungkinan menghadapi bencana sewaktu anda berekreasi, persediaan dari segi kelengkapan kit iktiar hidup dan ilmu mengenainya amatlah perlu terutama bagi meraka yang aktif dalam aktiviti lasak seperti pendakian gunung dan ekplorasi hutan. Pastikan juga tahap kesihatan yang baik sebelum keluar beriadah. Jika anda seorang pecinta rekreasi, anda hendaklah mempelajari ilmu “bushcraft survival” atau ikhtiar hidup dan mengamalkan teori tersebut dengan membuat latihan mengenainya walaupun hanya asas.  

             Melalui pembacaan buku ikhtiar hidup dan menonton video kita akan dapat banyak pengetahuan mengenainya, tetapi ianya tidak akan berhasil 100% jika tiada latihan amali. Sekarang ini, ramai juga jurulatih “bushcraft survival” dan ilmu ikhtiar hidup yang menganjurkan kusus-kursus mengenainya, jadi rebutlah peluang untuk menambah ilmu. Kesimpulannya untuk memahirkan diri dalam ilmu tersebut perlulah :

  1. >Tahap kesihatan yang baik.
  2. >Kelengkapan kit ikhtiar hidup seperti parang, pisau dan sebagainya.
  3. >Banyak membaca buku dan menonton video mengenainya.
  4. >Mempraktikkan hasil dari pembacaan dan tontonan tersebut.
  5. >Menghadiri pengajian ilmu tersebut.

Tahap Kesihatan Yang Baik:

          Jika ingin melakukan sebarang aktiviti rekreasi, contohnya pendakian gunung, pastikan anda dalam stamina yang baik. Perbanyakan latihan yang berkaitan agar jika berlaku situasi yang tidak diingini anda dapat bertahan.

Kelengkapan Kit Ikhtiar Hidup:

          Dalam memperlengkapkan kit ikhtiar hidup atau “survival kit” ini, fahami prinsip "The Rule of Threes" iaitu dalam ikhtiar hidup, kita akan menghadapi situasi di mana manusia itu hanya dapat hidup:


  1. 3 minit tanpa udara.
  2. 3 jam tanpa suhu tubuh yang sesuai dengan kemampuan tubuh bertahan.
  3. 3 hari tanpa air tetapi ada tempat berlindung.
  4. 3 minggu tanpa makanan, tetapi ada air dan tempat berlindung.


Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :


TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)


Tuesday, 17 May 2022

BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA

       


          Di dalam mencari erti yang tepat definisi “survival” terdapat berbagai versi yang diberikan dan jika diteliti keseluruhannya, ia membawa maksud yang sama iaitu untuk terus hidup. Di antara maksud yang diketahui umum apa itu  ikhtiar hidup “survival” adalah, “the will to live, to outlive, state of to continuing to live” kehendak atau keupayaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

          Ikhtiar hidup “survival” pula berlaku apabila seorang terkeluar dari kumpulan disebabkan sesat di hutan, peperangan, bencana alam, darurat dan berbagai-bagai faktor lain yang di mana mereka terpaksa melakukan perkara perkara di luar grid keselesaan sebagai manusia bagi memastikan kehidupan dapat diteruskan atau terus wujud dalam apa jua keadaan dan masalah yang dialami di saat itu. Ikhtiar hidup boleh berlaku di mana-mana samada di hutan, hutan paya, padang pasir, kawasan bersalji mahupun di bandar.

          Kegiatan rekreasi lasak di Malaysia ini kebanyakannya dilakukan di kawasan hutan membabitkan aktiviti pendakian gunung dan bukit, beriadah (hiking) di kawasan air terjun dan sungai serta program-program ilmu hutan seperti “bushcraft survival” dan ikhtiar hidup. Sebagai peminat dunia rekreasi, terutama melibatkan aktiviti di dalam hutan, mempelajari ilmu asas ikhtiar hidup atau ilmu “bushcraft survival” adalah satu keperluan kerana memudahkan untuk kelangsungan hidup dalam keadaan paling minima bersumber dari peralatan yang dibawa bersama serta sumber dari alam jika berlaku sebarang masalah di hutan antaranya adalah jika tersesat. Anda tahu membina tempat berlindung secara primitif atau moden, menghidupkan api, mencari sumber makanan, mencari arah berpandu alam, memberi isyarat “SOS” dan berbagai lagi mencerahkan peluang untuk untuk bertahan untuk hidup dan ditemui pasukan penyelamat. Mempelajari ilmu ikhtiar hidup atau “bushcraft survival” sebenarnya terbuka untuk semua yang inginkan ilmu tidak kira apa fahaman anda. Jika kita lihat kepada aliran “preppers” dan “survivalist” telah dinyatakan dengan jelas antara ilmu penting adalah harus ada ialah mempelajari ilmu ikhtiar hidup.

 

“SURVIVAL” kerap diterjemahkan kepada :

·         S = Size up the situation (surroundings, physical condition, equipment)

·    U = Use all your sense, undue haste makes waste 

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :


TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh
17May2022

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA

         
         Malaysia ialah sebuah negara yang berada di garisan khatulistiwa di mana ciri cuacanya adalah panas dan lembap. Hutan kita masih lagi meliputi 50 peratus daripada keluasan negara. Negara kita kaya dengan flora dan fauna yang pelbagai dan unik. Inilah yang menjadikan Malaysia terkenal di seluruh dunia. Keluasan kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia pada tahun 2020 merujuk kepada data jabatan perhutanan adalah 5.69 juta hektar dan hutan simpan kekal adalah 4.81 juta hektar. Keluasan kawasan berhutan di Sarawak adalah 7.8 juta hektar, dan hutan simpan kekal 4.3 juta hektar (Sarawakvoice.com-2019) manakala di Sabah hutan simpan kekal 3.9 juta hektar (utusanborneo-2018). Jika merujuk kepada data diberi, hutan di negara kita masih besar dan amat mencabar jika kita tersesat di dalamnya, begitu juga jika gerakan menyelamat hendak dilakukan mencari orang hilang (sesat), begitu besar hutan yang hendak diterokai untuk mengesan kedudukannya.

          Hutan pula terbahagi kepada empat kelas tertentu dan amat berbeza muka bumi serta flora dan fauna yang ada di dalamnya. Perbezaan berdasarkan beberapa faktor pembentukan seperti pengaruh iklim, tanah, dan biotik. Empat kelas hutan tersebut ialah, hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai dan hutan gunung. Begitu juga jika ikhtiar hidup di dalamnya, pasti berbeza juga caranya. Berikut adalah hutan-hutan yang terdapat di Malaysia mengikut kategori tertentu.

CIRI-CIRI HUTAN HUJAN TROPIKA:
.
          Hutan Hujan Tropika ialah hutan yang paling luas di Malaysia. Terdapat di kawasan pedalaman dan kaki bukit kurang daripada 1200 meter. Hutan ini juga dibahagikan kepada dua kelas iaitu hutan campuran dan hutan dominan tunggal.

1) Padat dengan kepelbagaian biologi flora dan fauna.

2) Banyak spesies tumbuhan dan bukan berdirian tulen (menumpang).
3) Malar hijau iaitu tumbuhan yang sentiasa menghijau sepanjang tahun.

4) Terdapat empat lapisan hutan iaitu:

a) Lapisan renjong atau emergen
Pokok tumbuh lurus, tinggi dan berakar banir. Lapisan paling atas pokok berketinggian antara 40 - 50 meter. Antara pokok jenis ini ialah cengal, kapur, kempas, tualang dan meranti. Hidupan liar yang boleh ditemui jenis-jenis burung.

b) Lapisan kanopi (silara)
Pokok tumbuh rapat dan padat untuk membentuk kanopi yang tebal. Kanopi tebal ini yang menghalang cahaya matahari terus ke lantai hutan. Ketinggian pokok antara 20 - 40 meter. kedondong, kandis, penarahan dan kelat antara contoh pokok tersebut. Hidupan liar yang boleh ditemui, seperti lotong, tupai, burung dan kera.

c) Lapisan tengah
Di lapisan tengah ini, ketinggian pokok di antara 10 – 20 meter dan sederhana padat. Terdapat dua tumbuhan utama yang menumpang pada pokok yang lain di sini iaitu Epifit, tumbuh-tumbuhan seperti paku langsuyar (bird’s-nest fern). Parasit seperti orkid dan sejenis tumbuhan yang memanjat seperti jenis pokok jenis liana dan rotan. Hidupan liar yang boleh ditemui, seperti orang utan, tupai, harimau bintang dan lotong.

d) Lantai hutan
Lapisan bawah ini, kurang mendapat cahaya matahari. Ketinggian pokok kurang daripada 10 meter. Contoh tumbuhan yang hidup seperti pokok renek, pokok herba dan semak samun. Tumbuhan Saprofit seperti kulat dan cendawan. Hidupan liar yang boleh ditemui seperti rusa, pelandok, tapir, landak, harimau, gajah dan lain-lain.

KEPELBAGAIAN HUTAN:

1. Hutan Paya Laut
•    Hutan ini terdapat di antara kuala sungai dan tepi pantai yang berair masin, mengalami air pasang surut serta berselut.
•    kebanyakannya terdapat di negeri Perak, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.


Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk 
"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan keempat, anda boleh membelinya melalui kedai Shopee Lusuh Adventure di rangkaian kedai buku "online" atau whatsapp saya 011-12207394
 
 
Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :


TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG BERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh

Sumber Gambar : Jabatan Perhutanan Negeri Johor


(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Thursday, 17 June 2021

Peta & Kompas mana lebih penting dalam navigasi?


Perkara ini diperbincangkan bagi meraka yang berminat pada peta dan kompas, juga para jurulatih, pecinta rekreasi, bushcraft survival dan survialist..

Bagi saya kedua-duanya penting semasa navigasi kerana ia ibarat irama dan lagu, suami dan isteri , bulan dan mentari saling melengkapi. Persoalan penting kini andai kita diberi pilihan samada peta atau kompas untuk navigasi di hutan mana pilihan utama?


Andai pilih peta!

Pro:

1)dapat tahu bentuk muka bumi

2)dapat tahu dimana kawasan penduduk, ladang, kebun dan sebagainya

3)dapat merancang perjalanan dan menetapkan masa

4)dapat menganggar jarak sesuatu kawasan

5)dapat memberi kordinat (secara kasar) berdasar keadaan kawasan keliling atau bentuk muka bumi)


Kontra:

1)perlu mencari arah utara (cara semulajadi berdasar matahari, tumbuhan, sungai dan hanya yang pakar dan terlatih saja yang berjaya) bagi orang biasa/tiada latihan sukar untuk lakukan.

2)risiko tersasar dari arah utara amat tinggi jika tidak berhati-hati.

3)perlu satu panduan yang sentiasa konsistan.


Andai pilih kompas!

Pro:

1)Mudah untuk mencari arah utara

2)mudah menentukan arah dengan tepat dan tidak mudah tersasar.

3)Boleh patah balik dgn tepat jika tersilap laluan (back bering)

4)Jika di tempat yang lapang, berbukit yang telah diterokai atau di kawasan bandar kompas amat membantu.

Kontra:

1)kita tiada info yang lengkap kawasan yang akan kita lalui (sungai, gunung, lurah, paya dan sebagainya)

2)tak dapat menentukan masa dgn tepat jarak yang perlu dilalui

3)jika terpaksa, naik kepuncak yang yang tinggi untuk melihat muka bumi sekeliling atau ada kawasan penempatan yang boleh ditujui.

4)masa dan tenaga banyak terpaksa dilakukan.

Ok itulah dia pro & kontranya.. 

Untuk memilih salah satu darinya (peta atau kompas) dalam melakukan navigasi di hutan hanya yang pakar dan terlatih sahaja mampu melakukanya. meraka boleh melakukan dengan bantuan dan panduan dari alam seperti daun pokok, banir pokok dan sebagainya. Juga ada teknik-teknik tertentu sebagai panduan untuk mengelakan dari tersasar atau sesat. Bagi anda yang tak mahir atau acah acah pandai..lebih baik bawa peta dan kompas dan tak perlu bincang yang mana lebih peting  sattle problem.

Sementara itu pertingkatkan ilmu navigasi dan belajarlan ilmu bushcraft survival kedua duanya bagai irama dan lagu...


sekian terima kasih

Lusuh Adventure

18062021 1244

Sam Lusuh

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

https://www.lusuh.com.my/

https://shopee.com.my/lusuhadventure?v=d41&smtt=0.0.3

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

https://loras2u.blogspot.com/


Sam lusuh
Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN



Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
5433A Jalan J9, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur Gombak Selangor.
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my
(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)