Sunday, 22 May 2022

BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP


Di dalam tubuh manusia, 60% adalah air dan ia adalah kedua terpenting selepas oksigen. Iklim hutan kita yang panas dan lembab, mengakibatkan tubuh manusia banyak kehilangan air kerana berpeluh sewaktu beriadah atau eksplorasi di hutan, terutama di musim panas. Tubuh manusia memerlukan air sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan kehilangan air yang banyak dalam tubuh mengakibatkan kepanasan atau kesejukan melampau serta tekanan dan keletihan cepat terasa, elakkan dari berlaku sewaktu rekreasi. Kemungkinan sewaktu eksplorasi di gunung, hutan, belukar atau pulau anda tersesat dan terputus bekalan air minuman, oleh itu sesuatu perlu dilakukan mencari bekalan air bersih agar terus dapat bergerak dan menuju ke destinasi yang hendak ditujui. Berikut adalah 17 teknik untuk mendapatkan bekalan air segera yang boleh dipraktikkan.

17 TEKNIK YANG BOLEH DILAKUKAN:                                                            

             
       (1)Lumut  
  
    
                                                        (2)Periuk Kera     

1. Lumut, kebiasanya ia lembab akibat embun atau hujan, cari dan perahlah lumut tersebut untuk dapatkan air tetapi bergantung kepada keadaan cuaca dan musim di waktu itu dan di kawasan mana lumut ditemui. Sebaiknya tapis sebelum minum atau dimasak air tersebut.

2. Pokok periuk kera, kebiasaan terdapat air di dalamnya. Jika menjumpainya pastikan air itu bersih untuk diminum. Sebaiknya tapis sebelum minum atau dimasak air tersebut.

3. Rekahan-rekahan batu, lubang atau lekukan pokok, carilah kemungkinan ada air yang bertakung di dalamnya. Untuk mengetahui ada air atau tidak, lihat semut dan seranga di sekitar lubang/lekukan pokok atau kelihatan najis burung di sekitar tempat rekahan/lubang tersebut di dalamnya pasti ada air.

4. Embun pagi caranya gunakan baju, ikat pada kayu dan lebarkan baju kemudian  sapukan pada daun di waktu pagi untuk perangkap embun. Ataupun gunakan baju, ikat baju anda dipeha dan lalu di kawasan berumput/tumbuhan renik yang tingginya melebihi paras lutut untuk memerangkap air embun dari rumput dan daun.

5. Air bawah tanah, biasanya ditemui di laluan sungai yang telah kering. seseorang itu perlu ada kemahiran mencari jika guna teknik ini. Antaranya dengan melihat rumput yang menghijau di sisir sungai yang kering, melihat tanah atau pasir yang lembab, itu tanda ada air di dasarnya. Perlu digali untuk mendapatkan air dan guna penyedut atau kain untuk mengambil air.

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :


TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Thursday, 19 May 2022

BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA


          'Sesat di hutan', adalah satu perkataan yang amat ditakuti oleh semua pencinta rekreasi. Namun, perkara ini kadangkala berlaku juga. Amat menyedihkan jika ianya berakhir dengan kematian atau hilang begitu sahaja. Antara peristiwa orang sesat di hutan yang popular adalah Nur Maisara Sameaun yang sesat di hutan selama 19 hari ketika mendaki Gunung Tahan di Pahang pada tahun 2008 dan beliau dapat menceritakan pengalaman beliau. Ada juga peristiwa orang sesat yang tidak ditemui hingga sekarang seperti kes saudara Muhammad Ashraf Hassan yang hilang pada Mac 2019 yang berlaku di Perak. Walaupun berbagai persediaan telah dilakukan dari segi ilmu pengetahuan dan stamina, kadangkala ia berlaku juga. Untuk menjadi pengajaran dan iktibar, mari kita lihat faktor-faktor ia berlaku.

ANTARA FAKTOR-FAKTOR IA BERLAKU:

  1. Lemah atau gagal bermula dari peringkat perancangan aktiviti, persiapan melakukannya mahupun di peringkat perlaksanaan.
  2. Tiada persediaan dari segi mental dan fizikal, serta melakukan sesuatu aktiviti itu tampa bimbingan orang yang berkelayakan dan berpengalaman.
  3. kurang pengetahuan ilmu rekreasi dan tiada kemahiran yang sepatutnya.
  4. Keadaan mental dan fizikal yang lemah akibat terlalu penat, lapar atau tekanan perasaan. Semua ini menyebabkan menyebabkan hilang tumpuan semasa berjalan di laluan sebenar.
  5. Terleka dan lalai, kerana hendak sampai atau balik cepat ke destinasi yang ditujui hingga tersasar laluan sebenar.
  6.  Halunisasi akibat tekanan perasaan, senanglah untuk tersasar dari  pandangan laluan sebenar  dan mengalihkan fokus kita dari laluan asal, apabila tersedar telah berada di laluan yang berbeza.
  7. Tiada ilmu untuk membezakan denai haiwan dan laluan manusia.
  8. Perubahan fizikal pada laluan asal akibat tanah runtuh dan sebagainya.
  9. Terlalu yakin untuk merintis sesuatu kawasan tampa ilmu dan kelengkapan yang lengkap.
  10. Jurupandu atau penganjur yang kurang bertanggungjawab. Seorang jurupandu atau penganjur sepatutnya tidak boleh meninggalkan peserta berjalan berseorangan terlalu jauh atau meninggalkan bersendirian, kerana tidak semua peserta berpengalaman (jika menyertai program rekreasi).
  11. Tidak mematuhi arahan jurupandu atau penganjur di dalam sesuatu program (jika menyertai program rekreasi.

gambar kredit kepada : selongkar10.blogspot.com
Antara meraka-meraka yang yang "sesat" dan mendapat liputan meluas

jika tersesat apa perlu dilakukan?

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :


TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)


BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP

 


      Dalam kemungkinan menghadapi bencana sewaktu anda berekreasi, persediaan dari segi kelengkapan kit iktiar hidup dan ilmu mengenainya amatlah perlu terutama bagi meraka yang aktif dalam aktiviti lasak seperti pendakian gunung dan ekplorasi hutan. Pastikan juga tahap kesihatan yang baik sebelum keluar beriadah. Jika anda seorang pecinta rekreasi, anda hendaklah mempelajari ilmu “bushcraft survival” atau ikhtiar hidup dan mengamalkan teori tersebut dengan membuat latihan mengenainya walaupun hanya asas.  

             Melalui pembacaan buku ikhtiar hidup dan menonton video kita akan dapat banyak pengetahuan mengenainya, tetapi ianya tidak akan berhasil 100% jika tiada latihan amali. Sekarang ini, ramai juga jurulatih “bushcraft survival” dan ilmu ikhtiar hidup yang menganjurkan kusus-kursus mengenainya, jadi rebutlah peluang untuk menambah ilmu. Kesimpulannya untuk memahirkan diri dalam ilmu tersebut perlulah :

  1. >Tahap kesihatan yang baik.
  2. >Kelengkapan kit ikhtiar hidup seperti parang, pisau dan sebagainya.
  3. >Banyak membaca buku dan menonton video mengenainya.
  4. >Mempraktikkan hasil dari pembacaan dan tontonan tersebut.
  5. >Menghadiri pengajian ilmu tersebut.

Tahap Kesihatan Yang Baik:

          Jika ingin melakukan sebarang aktiviti rekreasi, contohnya pendakian gunung, pastikan anda dalam stamina yang baik. Perbanyakan latihan yang berkaitan agar jika berlaku situasi yang tidak diingini anda dapat bertahan.

Kelengkapan Kit Ikhtiar Hidup:

          Dalam memperlengkapkan kit ikhtiar hidup atau “survival kit” ini, fahami prinsip "The Rule of Threes" iaitu dalam ikhtiar hidup, kita akan menghadapi situasi di mana manusia itu hanya dapat hidup:


  1. 3 minit tanpa udara.
  2. 3 jam tanpa suhu tubuh yang sesuai dengan kemampuan tubuh bertahan.
  3. 3 hari tanpa air tetapi ada tempat berlindung.
  4. 3 minggu tanpa makanan, tetapi ada air dan tempat berlindung.


Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :


TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)


Tuesday, 17 May 2022

BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA

       


          Di dalam mencari erti yang tepat definisi “survival” terdapat berbagai versi yang diberikan dan jika diteliti keseluruhannya, ia membawa maksud yang sama iaitu untuk terus hidup. Di antara maksud yang diketahui umum apa itu  ikhtiar hidup “survival” adalah, “the will to live, to outlive, state of to continuing to live” kehendak atau keupayaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

          Ikhtiar hidup “survival” pula berlaku apabila seorang terkeluar dari kumpulan disebabkan sesat di hutan, peperangan, bencana alam, darurat dan berbagai-bagai faktor lain yang di mana mereka terpaksa melakukan perkara perkara di luar grid keselesaan sebagai manusia bagi memastikan kehidupan dapat diteruskan atau terus wujud dalam apa jua keadaan dan masalah yang dialami di saat itu. Ikhtiar hidup boleh berlaku di mana-mana samada di hutan, hutan paya, padang pasir, kawasan bersalji mahupun di bandar.

          Kegiatan rekreasi lasak di Malaysia ini kebanyakannya dilakukan di kawasan hutan membabitkan aktiviti pendakian gunung dan bukit, beriadah (hiking) di kawasan air terjun dan sungai serta program-program ilmu hutan seperti “bushcraft survival” dan ikhtiar hidup. Sebagai peminat dunia rekreasi, terutama melibatkan aktiviti di dalam hutan, mempelajari ilmu asas ikhtiar hidup atau ilmu “bushcraft survival” adalah satu keperluan kerana memudahkan untuk kelangsungan hidup dalam keadaan paling minima bersumber dari peralatan yang dibawa bersama serta sumber dari alam jika berlaku sebarang masalah di hutan antaranya adalah jika tersesat. Anda tahu membina tempat berlindung secara primitif atau moden, menghidupkan api, mencari sumber makanan, mencari arah berpandu alam, memberi isyarat “SOS” dan berbagai lagi mencerahkan peluang untuk untuk bertahan untuk hidup dan ditemui pasukan penyelamat. Mempelajari ilmu ikhtiar hidup atau “bushcraft survival” sebenarnya terbuka untuk semua yang inginkan ilmu tidak kira apa fahaman anda. Jika kita lihat kepada aliran “preppers” dan “survivalist” telah dinyatakan dengan jelas antara ilmu penting adalah harus ada ialah mempelajari ilmu ikhtiar hidup.

 

“SURVIVAL” kerap diterjemahkan kepada :

·         S = Size up the situation (surroundings, physical condition, equipment)

·    U = Use all your sense, undue haste makes waste 

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394


Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :


TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI
PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh
17May2022

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)