Thursday, 16 June 2022

BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) dan “PREPPERS"

          Frasa asal perkataan “Bushcraft” adalah dari Australia. Perkataan lain yang digunakan yang sama maksudnya adalah "wilderness skills ataupun “woodcraft”. Ilmu “bushcraft” telah diamalkan sekian lama sebelum wujud aliran moden yang lain.  Satu lagi ialah “backwoodsman” yang bermakna seorang yang biasa tinggal di kawasan hutan yang jauh dari tamadun atau kemudahan moden. Teras ilmu yang dipraktikkan ialah kemahiran api, makanan, tempat berlindung dan air. Berdasarkan pengatahuan itu, meraka berjaya hidup dengan cara sederhana. Dengan ilmu menghidupkan api, membina senjata, perangkap, tempat berlindung dan ditambah dengan ilmu mengenali bintang dan sebagainya, mempelajari dan mahir ilmu bushcraft (bushcraft survival) adalah satu kelebihan untuk kelangsungan hidup untuk pengikut “preppers, “survivalist”, pengiat dan peminat rekreasi di hutan atau di bandar.

(A) APA ITU “BUSHCRAFT”:

          “Bushcraft” bermakna memperkembangkan ilmu mengenai alam semulajadi dan mempunyai kemahiran untuk melakukannya. Ilmu “bushcraft” antaranya adalah:

  • Menghidupkan api (moden dan primitif)
  • Teknik mengesan
  • Memburu
  • Memancing
  • Membina tempat berlindung moden dan primitif
  • Navigasi secara berpandu alam semulajadi dan moden
  • Mencari sumber makanan dan air
  • Ia juga berkaitan dengan pengunaan alatan seperti pisau, parang dan kapak
  • Kemahiran kraf tangan membina peralatan dari sumber alam
  • kemahiran simpulan dan ikatan tali
  • “first aid.” (tambahan)
Tujuh peralatan asas di dalam bushcraft survival

          Selain daripada perkara-perkara yang dinyatakan, terdapat penambahan iaitu “Bushcraft First Aid” (wilderness first aid) dibukukan oleh Dave Canterbury. Di Hemisfera Selatan ilmu “bushcraft” dipopularkan oleh Les Hiddins (the Bush Tucker Man) dan di Hemisfera Utara oleh Mors Kochanski dikenali sebagai “Bapa Bushcraft”. Ia juga dikenali di United Kingdom dan Australia kerana dipopularkan Ray Mears seorang “bushcrafter”, pelakon dan penulis buku seperti bukunya “RAY MEARS bushcraft survival” (diterbitkan pada tahun 2005).

          Sementara itu "Bushcraft Survival" adalah mempelajari segala ilmu yang yang terdapat di dalam disiplin ilmu "bushcraft" dan dengan ilmu itu dapatlah dipraktikkan di saat “survival” (ikhtiar hidup) kerana harus dilakukan untuk meneruskan kehidupan. Manakala istilah "Bushcraft Survival" dipopularkan oleh Ray Mears seorang bushcrafter yang terkenal di Austrialia, Stave Martin dan beberapa pengamal “bushcraft survival” penulis-penulis buku yang lain.

(B) APA ITU “PREPPER”:

          Perkataan “prepper” bermula pada tahun 1920-an di United Kingdom di mana ia merujuk kepada seseorang yang menghadiri sekolah persediaan biasanya tempat pendidikan elit. Institusi ini kadangkala dipanggil “preppers”. “Prepper” juga merupakan istilah untuk “preppie” pada tahun 1962 merujuk kepada orang kaya yang mempunyai hobi yang mahal.

          “Prepper” bermaksud seseorang yang mempercayai bencana besar atau kecemasan mungkin akan berlaku di masa hadapan dan membuat persiapan untuk menghadapinya dengan melakukan persedian seperti menyimpan makanan, menyediakan senjata dan peralatan penting yang lain. “Prepper” juga dikaitkan dengan “survivalist”, yang bersedia untuk menghadapi pelbagai kejadian seperti bencana alam besar, rusuhan, peperangan, kejatuhan ekonomi dunia, serangan nuklear dan berbagai lagi. 

Bagaimana bermula prepping

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394

Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :

TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh
17 JUN 2022

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Wednesday, 15 June 2022

BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI PUTING BELIUNG

          Di Malaysia kebanyakan puting beliung adalah bersaiz kecil 50 meter diameter dan akan berlaku tidak kurang 30 minit. Puting beliung boleh memusnahkan bangunan, menyelak kereta dan mencipta serpihan terbang yang boleh membawa maut. Apakah persediaan yang harus kita lakukan terutama di kawasan yang kerap terjadi puting beliung. Apakah tindakan untuk melindungi keselamatan diri sendiri dan keluarga anda dan bersedia lebih awal, bagaimana perancangan untuk menghadapi puting beliung dan memastikan semuanya selamat.

Petunjuk Dari Alam Sebelum Puting Beliung Terjadi:

  • Suhu udara di malam hari  panas sehingga waktu pagi. Petunjuk dari alam ini ditunjukkan sehari sebelum berlakunya puting beliung.
  • Kadangkala berlaku satu keadaan atau suasana yang sunyi berlainan dari kebiasaan hari-hari biasa.
  • Kelihatan awan cumulus (awan putih berlapis-lapis) dan di antara awan ini terdapat satu jenis awan yang mempunyai sempadan kelabu menjulang  tinggi.

Rancangan keselamatan sebelum berlaku:

 1.Sentiasa bersedia puting beliung boleh menyerang pada bila-bila masa, 365 hari setahun, dengan atau tanpa amaran.

  • Pastikan keluarga anda mengetahui rancangan tindakan anda jika amaran puting beliung dikeluarkan untuk komuniti anda. 

2. Kit Ikhtiar hidup - “Tornado Survival Kit” mulakan “prepping” begitu banyak kelebihan jika kita telah ada kelengkapan seperti ini. Sediakan untuk keluarga atau diri sendiri. Ada dua cara persiapan “Tornado Survival kit” samada menggunakan bag galas atau kotak tahan lasak. Penyediaan kit ini bergantung kepada keperluan anda dan kemampuan ekonomi anda.

  1. Lampu picit, lampu kepala, telefon bimbit dan bateri tambahan
  2. Selimut kecemasan (emergency blangket) dan wisel.
  3. Kunci pendua rumah dan kenderaan.
  4. Makan dalam tin atau dalam bungkusan (MREs), dan “energy bars” bertahan 72 jam.
  5. Radio “Hand Crank” atau radio kecil biasa.
3. Buat latihan - Jika kawasan anda kerap dilanda puting beliung, 

bagaimana puting beliung terjadi

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394

Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :

TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh
15 JUN 2022

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Tuesday, 14 June 2022

BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI GEMPA BUMI

          Terdapat 15 negara yang berada di garisan “Pacific Ring of Fire” iaitu dalam zone gempa bumi  antaranya Amerika Syarikat, Indonesia, Mexico, Jepun, Kanada, Guatemala, Russia, Chile, Peru dan Filipina. Sementara itu negara yang kerap dilanda gempa bumi ialah Indonesia, India, Taiwan, Jepun dan Afghanistan. Negara kita Malaysia walaupun di luar kawasan “Lingkaran Api Pasifik” fenomena gempa bumi ada berlaku contohnya di Lahat Datu dan Ranau Sabah, Betong, Jerantut, Bukit Tinggi, Janda Baik Pahang, Manjung Perak dan sekitar Tasik Kenyir Terengganu. Gegaran gempa pernah dicatitkan di Malaysia antara 1.1 hingga 6.2 skala Richter.

 PERANCANGAN MENGHADAPI GEMPA BUMI:

          Gempa bumi adalah gegaran bumi yang berlaku secara tiba-tiba dan cepat yang disebabkan oleh pergeseran batu di bawah permukaan bumi. Kita agak bernasib baik kerana bukan negara dilingkaran gempa bumi, namun kadangkala berlaku juga dengan skala Richter kecil. Bagi meraka yang tinggal dalam daerah yang ada sejarah dan tanda-tanda gempa bumi, mulakanlah “prepping” walaupun secara asas. Perkara yang nampak kecil, tetapi jika sewaktu bencana, ia menjadi keperluan yang penting dan besar.

  1. Rancang pelan keselamatan menghadapi gempa bumi untuk keluarga anda, drafkan perkara-perkara berikut iaitutempat untuk bertemu jika berpisah, bagaimana untuk berhubung selepas gempa bumi, dan siapa akan bertanggungjawab menyelaras segala yang dirancangkan.
  2. Buat jaringan komukasi dikalagan keluarga, jiran terdekat, pihak berkuasa dan kominiti tempat tinggal agar dapat berhubung dan bertukar maklumat sewaktu kecemasan.
  3. Buat latihan “DROP”, “COVER”, dan “HOLD ON” dengan semua ahli keluarga.

PERKARA PERLU DILAKUKAN SEMASA GEMPA BUMI:

          Apabila gempa bumi besar melanda, bumi boleh bergoncang 1,10,15 saat dan boleh berlanjutan sehingga 5 minit. Gegaran boleh dirasai sehingga 1000 kilometer andai gempa yang besar. Jika anda tinggal di kawasan gempa bersedialah dengan pelan dan bekalan kecemasan. Persediaan yang anda lakukan sebelum gempa mungkin mempunyai impak yang paling besar terhadap kelangsungan hidup anda yang sebenar. 

1.     Jangan panik dan ambil “Earthquake Survival kit” dan dapatkan perlindungan dengan melakukan “DROP”, “COVER”, dan “HOLD ON”.

Video bagaimana gempa bumi terjadi

Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :

"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394

Klik link di bawah untuk membeli buku di shopee 
lusuh adventure :

TAJUK-TAJUK:
BAB 1 - CIRI-CIRI DAN KEPELBAGAIAN HUTAN DI MALAYSIA
BAB 2 - APAKAH ITU IKHTIAR HIDUP DAN KEPENTINGANNYA
BAB 3 - KELENGKAPAN ASAS DI DALAM IKHTIAR HIDUP
BAB 4 - FAKTOR TERSESAT DAN CARA MENGHADAPINYA
BAB 5 - SUMBER AIR SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 6 - KEPENTINGAN API DAN TEKNIK MENGHIDUPKANNYA
BAB 7 - MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA
BAB 8 - SUMBER MAKANAN DARI HUTAN
BAB 9 - SUMBER PROTEIN SEWAKTU IKHTIAR HIDUP
BAB 10 - TEKNIK MEMBINA JERAT DAN PERANGKAP
BAB 11 - SEMBILAN JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
BAB 12 - MENCARI ARAH UTARA TEKNIK MODEN DAN PRIMITIF
BAB 13 - MEMAHAMI MAKSUD TANDA ISYARAT DAN SOS
BAB 14 - ANCAMAN HIDUPAN LIAR DI HUTAN
BAB 15 - KEHIDUPAN DARAT DAN AIR YANG MERBAHAYA DAN BERBISA
BAB 16 - PERUBATAN ALTERNATIF BERSUMBERKAN TUMBUHAN
BAB 17 - PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
BAB 18 - PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU
BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI
BAB 20 - PERSEDIAAN MENGHADAPI GEMPA BUMI
BAB 21 - PERSEDIAAN MENGHADAPI PUTING BELIUNG
BAB 22 - MAKSUD "BUSHCRAFT" (BUSHCRAFT SURVIVAL) DAN “PREPPERS"
Sekian Terima Kasih:
Sam lusuh
15 JUN 2022

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Monday, 13 June 2022

BAB 19 - PERSEDIAAN MENGHADAPI TSUNAMI

          Di Malaysia kejadian  terburuk tsunami yang melanda negara pada 26 Disember 2004 dikenali sebagai “Tsunami Lautan Hindi 2004” apabila gempa bumi berlaku di pantai barat laut Sumatera Indonesia dengan magnitud 9.1 skala Richter mengakibatkan tsunami melanda negara. Banyak kawasan yang terbabit, namun yang paling teruk terjejas adalah Kedah iaitu Pulau Langkawi dan Kota Kuala Muda serta Pulau Pinang yang meragut 68 nyawa dan  kerosakkan harta benda yang besar. Satu laporan atau kajian (2018) daripada Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapati daerah Tawau Sabah berpotensi dilanda tsunami. Ia mungkin berlaku kerana lokasinya berhampiran lingkaran pusat gempa bumi dan tsunami di negara Filipina dan Indonesia. Jika berlaku gempa bumi yang kuat terjadi, daerah Tawau mungkin menerima kesannya. Itu adalah kajian yang dijalankan, hakikatnya di mana-mana sahaja kawasan berpantai di Malaysia boleh berlaku tsunami tampa diduga. 

Tanda-Tanda  Berlaku Tsunami:

 1)Perilaku haiwan yang berubah

·         Daripada kejadian tsunami yang telah berlaku haiwan dapat memberi petunjuk tsunami akan terjadi. Haiwan ini akan menghindari pantai, burung akan berterbangan dan berbagai perkara pelik akan berlaku.

 2)Berlaku gegaran akibat akibat dari gempa bumi

·         Kita tidak mungkin akan rasa gegeran gempa bumi di tempat lain dan kita hanya menerima kesan tsunami sahaja. Oleh itu meraka yang tinggal berhampiran pantai, selalu peka terhadap amaran tsunami. Sebaliknya jika merasa gegaran gempa bumi, menilai keadaan kerana tidak semestinya akan berlaku tsunami cuma ikutilah laporan semasa dari pihak berkuasa dan bersedialah untuk keluar andai diarahkan.

Persediaan Menghadapi Tsunami:

          Persediaan menghadapi tsunami tidak sama seperti kita menghadapi banjir dan kemarau di mana “prepping” makanan itu penting disamping peralatan-peralatan lain untuk ikhtiar hidup. Kita pula ada pilihan menetap atau meninggalkan rumah. Bagi mereka yang menetap di persisiran pantai, jarak yang selamat dari tsunami sekitar 5 kilometer dari pantai (kawasasan yang telah berlaku atau diramal berlaku). 

bagaimana tsunami berlaku

14 JUN 2022

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)