As-Salam kami adalah syarikat yang menganjurkan program ikhtiar hidup dan sukan rekreasi dan yang berkaitan. Kami adalah sebuah syarikat yang berdaftar iaitu" Lusuh Outdoor Recreation And Survival"(LORAS) Reg:002903397-U. Syarikat kami di iktiraf oleh maTEX, MPC & TPN. Kami adalah jurulatih yang terlatih, bertauliah (KBS) serta berpengalaman luas dalam menganjurkan berbagai aktiviti rekreasi terutama "Bushcraft Survival"
Mempelajari ikatan dan simpulan ikatan tali amat penting bagi
pengemar rekreasi kerana sewaktu ikhtiar hidup, ilmu simpulan dan ikatan
ini membantu untuk membina tempat
berlindung, perangkap haiwan, mengikat senjata, menyelamat di saat kecemasan
dan sebagainya. Terdapat berbagai jenis
ikatan dan simpulan yang berguna dan setiap jenis ikatan dan simpulan ini ada fungsi
dan kelebihan masing-masing. Ikatan-ikatan ini juga berguna semasa berkhemah, “bushcraft”,
menyelamat dan lain-lain.
1. Ikatan Tindih Kasih
(Bowline)
Di dalam ikhtiar hidup ikatan ini
berguna untuk menggantung kayu atau barang-barang. Kelebihan ikatan ini, tidak
menjerut dan mudah untuk dibuka. Jika saat kecemasan ia boleh dijadikan tali
pandu keselamatan semasa menaik dan menurunkan usungan, digunakan untuk menarik
mangsa tercedera terutama yang pengsan, berguna juga sebagai tajul kepada rakit
atau sampan dan boleh juga digunakan untuk menjerat binatang atau tambat binatang.
2. Simpul Manok (Clove
Hitch)
Sewaktu ikhtiar
hidup, ikatan ini digunakan untuk membuat pengusung (stretcher) untuk mengusung
mangsa yang tercedera juga mengikat mangsa agar tidak bergerak semasa diusung.
Ikatan ini digunakan dipermulaan atau pengakhiran untuk ikatan dan simpulan yang
lain. Ikatan boleh dilakukan samada di awal tali, ditengah-tengah untuk
menambat atau sebagai ikatan sauh. Ikatan ini mudah dibuka.
Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :
"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394
Sewaktu “bushcraft survival” dan ikhtiar hidup, sumber protein adalah sangat penting bagi memberi tenaga untuk hidup selain daripada sumber karbohidrat. Oleh itu berkemahiran dalam membina perangkap, jerat, bubu dan sebagainya dapat menjamin kelangsungan hidup yang lebih lama dan di lapangan. Mengetahui cara membinanya walaupun secara asas, memudahkan lagi mendapatkan sumber makanan berasas daging andai kita berkemungkinan terpaksa tinggal lama di dalam hutan sementara menunggu pasukan pencari dan penyelamat sampai (jika dalam situasi sesat) menemui lokasi kita, atau merasakan pergolakan yang berlaku di luar kawasan hutan akibat bencana alam, darurat atau faktor lain masih belum reda dan tidak selamat untuk keluar. Berikut adalah beberapa adalah 13 cara mendapatkan sumber tersebut:
13 PILIHANAN (JERAT & PERANGKAP) MENDAPATKAN SUMBER MAKANAN:
(1)Jerat Lentik/Sembat
1. Jerat Lentik/Sembat (teknik jerutan dan sentap)
Peralatan:
•Tali paracod, tangsi, tali kambing, rotan atau yang bersesuaian.
•Batang pokok hidup atau ranting yang boleh dibengkokkan dan membina struktur jerat seperti yang ditunjukkan digambar.
•Letak umpan sebagai penarik haiwan atau burung datang.
•Berilmu dan berkemahiran membina jerat.
•Dibina di denai haiwan atau di kawasan burung mencari makanan.
2. Membina perangkap ikan seperti bubu
Peralatan:
•Membina perangkap ikan seperti yang ditunjukkan digambar seperti di atas.
•Menggunakan batang kayu, rotan atau buluh untuk membinanya.
Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :
"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394
Apabila mempelajari ilmu “bushcraft survival”
atau ikhtiar hidup, yang akan diperjelaskan secara lengkap ialah, apabila telah
sesat, jalan terbaik untuk mencari jalan keluar adalah melalui jalan sungai.
Cara ini dipraktikkan di seluruh dunia. Kelebihan menggunakan sungai untuk
mencari jalan keluar adalah, kita tidak perlu meredah hutan yang pastinya
memerlukan tenaga yang banyak untuk mendaki, merintis, ancaman binatang,
serangga berbisa dan sebagainya. Sungai juga adalah sumber air bersih dan
sumber makanan yang mudah sewaktu ikhtiar hidup. Banyak sumber protein yang
boleh diperolehi dari sungai. Selain sungai boleh ia juga boleh diperolehi dari
tasik dan kolam
Ikan Tengas(Copper mahseer)
Belut Sungai (Monopterus albus)
Terdapat berbagai jenis hidupan air yang dapat memberikan sumber
protein. Yang paling mudah didapati adalah ikan yang jenis bersisik seperti
ikan tengas, daun, kelah, jelawat, lampam, dan sebagainya. Contoh ikan yang
tidak bersisik pula, seperti ikan baung, patin, dan keli. Hidupan lain seperti
belut, udang sungai, lokan dan siput contohnya siput godang. Untuk katak,
kura-kura dan labi-labi ia hanya pilihan terakhir jika tiada atau sukar
mendapat hidupan air yang lain dan boleh dikatakan dalam keadaan terpaksa. Jika
memilih katak, pastikan yang tidak beracun contohnya katak minyak. Bagi yang
beracun seperti katak puru dan katak hijau ia tetap boleh dimakan apabila dibuang
kulit dan isi perutnya. Terdapat juga katak bersaiz besar yang hidup di sungai
berarus dipanggil katak gunung yang saiznya boleh mencapai dua kilogram. Ia
mudah ditemui pada bulan Disember dan Januari setiap tahun.
Kancil (Tragulus
kanchil)
Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :
"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394
Hutan negara ini, terdapat berbagai-bagai jenis tubuh-tubuhan dan buah-buahan hutan yang selamat dimakan dan mempunyai nilai komersial. Dalam konteks ikhtiar hidup dan “bushcraft survival”, mempunyai ilmu mengenainya amat membantu untuk meneruskan kelangsungan hidup di hutan di waktu sukar tersebut. Bagi pengamal “preppers” dan “survivalist”, jika B.O.L (bug our location) anda di hutan amat penting tahu ilmu ini seandai bekalan makanan telah terputus atau berkurangan dan tahu pilihan lain mencari makanan yang selamat.
(1)Buah Kabung
(2)Buah Kasai
1. Pokok Enau/kabung (Arenga pinnata)
Sumber makanan adalah umbut dan buah. Buahnya boleh dimakan tetapi perlu direbus satu hingga dua jam untuk buang bahan kimia gatal yang ada pada buahnya. Isinya kenyal dan putih jernih. Pokok ini boleh ditemui di lereng bukit yang berhampiran sungai, lembah serta di tanah pamah. Daunnya boleh dibuat atap. Ia sejenis pokok palma, Pokok kabung juga menghasilkan nira kabung yang boleh diminum, dibuat gula dan cuka.
2. Buah Kasai/Matoa (Pometia pinnata)
Tumbuh liar di kawasan yang berhampiran sungai. Boleh dimakan di mana isinya jernih, nipis, manis dan berbiji. Berwarna hujau muda jika belum matang dan merah kehitaman jika matang. Buahnya bergugus seperti buah longan. Sewaktu ikhtiar hidup ia sebagai pembekal tenaga segera untuk terus hidup. Daun muda pokok ini boleh juga dimakan jika terpaksa.
(3)Buah Bertam
(4)Buah Salak Hutan
3. Pokok Bertam/Muyu (Eugeissona tristis Griff)
Sumber makanan adalah umbut dan buahnya yang masih muda (putik). Buah akan bertukar keras apabila matang walaupun kelihatan seperti buah muda. Isinya berwarna putih jernih dan kenyal. Sifat pokok tumbuh berumpun dan berduri. Pokok ini boleh ditemui di hutan dara. Daunnya boleh dibuat atap. Ia sejenis pokok palma.
4. Pokok Salak Hutan (Salacca wallichiana)
Sumber makanan adalah umbut dan buahnya yang sudah matang. Rasa buah masam manis kadangkala masam. Sifat pokok tumbuh berumpun dan berduri. Pokok ini boleh ditemui di hutan dara dan di kawasan tanah rendah. Daunnya boleh dibuat atap. Ia sejenis pokok palma.
5. Pokok Rotan Jenis Ruak Air, Cincin, Lalih, Semambu Dan Manau
Sumber makanan adalah umbut dan buahnya. Sifat pokok tumbuh memanjat dan berduri. Pokok ini boleh ditemui di hutan dara, di kawasan tanah pamah dan lereng-lereng bukit. Batang pokok rotan boleh digunakan untuk binaan perabot, tali dan duri untuk mata......(bersambung)
Buah Hutan Yang Selamat Di Makan Sewaktu Ikhtiar Hidup
Untuk info selanjutnya, dapatkan di buku saya yang bertajuk :
"kepentingan Ilmu Survival"
Cetakan kedua, anda boleh membelinya melalui kedai Lusuh Adventure, di shopee lusuh adventure atau whatsapp saya 011-12207394